Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

15 Disember 2013

Blogger Otai PAS - Sayuti Omar Mahu @Zahid_Hamidi Diajar Kerana Tuduh Mat Sabu SYIAH !!!



1. Sayuti Omar mula dijulang portal Astro Awani yang selalu cenderung kepada pembangkang selain nampak kebanyakan pengacaranya jenis 'pondan' di link ini http://www.astroawani.com/budget/news/show/10-bukti-mat-sabu-syiah-bukan-baru-kata-penganalisis-26896 

Ia berkenaan isu SYIAH PAS yang dikait ke atas bahu Timbalan Presiden PAS Mohamad bin Sabu atau Mat Sabu

2. Tindakan  Sayuti Omar atau nama glamer MSO dijulang tidak lain demi memastikan pemimpin kesayangan DAP & PKR ini kekal dan kebal dari serangan 'berani mati' Menteri Kementerian Dalam Negeri DS Zahid Hamidi semasa persidangan UMNO Sabtu lepas. Antara yang ditulis beliau  :

Mohd. Sayuti Omar berkata, bukti-bukti itu pernah dijadikan bahan kempen untuk menjatuhkan Mohamad dalam pemilihan parti Islam itu baru-baru ini tetapi ia tidak berjaya dan Mohamad "ampuh di kerusinya".

"PAS sebagai parti dianggotai Mohamad Sabu tentu lebih tahu sejauh mana ahlinya itu melanggar syariat atau membahayakan kepada akidah umat Islam dan ahlinya.



Ketika mengklasifikasikan bukti antara A dan B, ada juga yang bertaraf pemimpin PAS nama Mahfuz Omar membuat lawak jenaka dengan membandingkannya dengan gred telur. Nampak sangat latar belakang pendidikan Mahfuz Omar menjadikan beliau tidak mampu membezakan antara telur dan bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa tentang ajaran SYIAH ini.

Bukti gred A menurut Menteri KDN, hanya akan diserah kepada JAKIM untuk tindakan seterusnya http://www.sinarharian.com.my/semasa/itu-hanya-bukti-gred-b-kata-zahid-1.230876

3. Terbaru beliau telah menghentam Menteri KDN dalam entri terbarunya di sini msomelayu.blogspot.com/2013/12/zahid-hamidi-harus-diajar-caranya.html dengan meminta beliau diajar dengan apa jua cara sekalipun. Nampak begitu tinggi kesumat beliau terhadap Zahid Hamidi yang dulu pernah dipuji oleh beliau dalam tulisannya. Baca kembali pujian melangit beliau tahun 2008 di sini :

Kemesaraan dan stail politik Zahid yang baik dengan semua orang dan boleh pejam mata dengan seteru politiknya bila berjumpa, adalah aset dan modal peribadi Zahid yang jarang dimiliki oleh orang politik. Zahid juga seorang yang mesra dengan sesiapa saja. Kelebihan ini adalah sebahagian kehebatan Zahid.

Perwatakan, ketokohan dan idealiisme Islamnya juga menyebabkan beliau mulai dilihat sebagai tokoh agama dan Islam terulung dalam Umno. Kehadiranya boleh mengganti tempat tokoh-tokoh agam dalam parti berkenaan seperti Wan Mokhtar Ahmad, Yusuf Noor atau Abdul Hamid Othman. Malahan pembawaan Islam Zahid lebih dinamik dan progresif daripada tokoh-tokoh itu ini menyebabkan Islam seperti terjamin ditangan Zahid berbanding dengan mereka yang bergelar ustaz atau kiyai Umno.

Potensi ini jelas bila mana Zahid memberi reaksi yang diharapkan apabila setiap kali timbul isu mengenai agama Islam dan juga isu ketuanan Melayu. Beliau sangat vokal dalam menangnai isu-isu ini. Semangat Islam dan Melayu yang tumbuh menyubur dalam jiwa Zahid menyempurnakan beliau sebagai seorang pemimpin parti Melayu seperti Umno.


Dalam kes Mat Sabu dan siapa belakang MSO pada hemat saya cukup mudah iaitu siapa yang boleh beri duit lebih besar tentu dia akan diturut segala arahannya. Memuji seseorang kerana wang adalah tugas paling senang kerana tidak perlukan jutaan titik peluh jantan untuk memperolehinya. Ini bukan tuduhan namun satu analisa berdasarkan pengalaman dan deria ilmu pengetahuan.

4. Kumpulan Erdogan sudah tentu memiliki segala kesenangan dunia dan tidak mustahil menjadi 'tok dalang' kepada serangan balas begitu hebat oleh blogger otai ini yang dulu pernah berkonfrantasi dengan Husam Musa isu perselisihan peribadi sehingga didamaikan oleh Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Selama ini juga Anwar selalu dipuji melambung tinggi oleh MSO.

5. Ketika MSO membela Mat Sabu dan ketika KDN sudah keluarkan bukti dan menunggu saman pihak beliau, Sinar Harian telah melaporkan kenyataan balas Mat Sabu yang tidak pula memberi gambaran beliau akan membuat saman seperti yang disebut sebelum ini. Sila baca laporan tersebut di sini http://www.sinarharian.com.my/semasa/bukti-syiah-mat-sabu-suruh-kdn-cari-1.230917

6. Adakah kerana faktor Mahkamah Syariah yang akan menjadi tempat perbicaraan isu SYIAH menyebabkan Mat Sabu tidak selesa untuk 'beradu hujjah' di dalam kamar mahkamah atau ia berpunca dari nasihat peguam bekas UMNO bernama Zaid Ibrahim ? Wallahu A'lam.

7. Bila masuk mahkamah Syariah maka peguam seperti Karpal Singh sudah tentu tidak akan dapat membantu beliau. Namun Hanipa Maidin boleh jadi dapat membantu namun jika beliau juga disabitkan dan dituduh dengan pertuduhan yang sama, sudah tentu situasi akan semakin sukar untuk mereka berdua.

8. Kaitan Hanipa Maidin dengan SYIAH ada didedahkan panglima di sini semalam dan kelmarin. http://www.penembak-tepat.com/2013/12/kebetulan-atau-suratan-peguam-mat-sabu.html

9. 3 jam lalu kira-kira jam 8.38 malam The Star (juga selalu pro Pakatan)  juga telah menyiarkan kenyataan Anwar Ibrahim membela Mat Sabu. Situasi nampaknya semakin tegang sehingga memaksa Anwar 'mencemar duli' membuat kenyataan untuk melindungi Mat Sabu dari serangan bertalu-talu pihak Kerajaan isu SYIAH yang jika dibiarkan boleh memusnahkan geng Erdogan dalam PAS dan beliau sendiri.  Berikut kenyataan terkini Anwar isu SYIAH yang mungkin perlu kita fikirkan bersama.

"I was amongst the second delegation of leaders after PLO Yasser Arafat to meet Ayatollah Khomeini in Teharan in early 1980.

"We held discussions on ways to prevent further conflict between the Syiah and Sunni Muslim but does that mean I practice Syiah beliefs?," he said.
Anwar, who was then ABIM president, said that despite some misgivings over Teheran's policies, he too admired the Ayatollah's leadership.


10. Selama ini PAS tidak gemarkan Anwar dan hanya geng Erdogan sahaja yang begitu taksub menjulang beliau sehingga Harakah turut menjadi mangsa dengan menjadikan seolah-olah Anwar itu Presiden PAS yang diberi beberapa halaman liputan berbanding Haji Hadi Awang sendiri. 


Anwar hakikatnya sukar diterima ahli PAS ekoran pendirian Nik Aziz bersikap terlalu mesra dengannya sehingga menimbulkan beberapa pertembungan sesama ahli PAS tentang latar belakag Anwar yang pernah menyerang PAS dengan kata-kata nista. Lihat video :


11. Perkara ini sudah ditulis oleh panglima dan sudah masuk dan disebut di dalam persidangan perwakilan PAS dari Wilayah Persekutuan tahun lepas. 


Kesimpulannya : Isu ini sangat membahayakan puak Erdogan dalam PAS. Bagi UMNO dan Kerajaan, kita perlu dedahkan sebanyak mungkin kaitan Mat Sabu dan pemimpin lain dengan SYIAH demi memastikan persepsi tepat dengan fakta dan hujjah akan menerangi pemikiran rakyat yang sukar mendapat maklumat tentang isu semasa kecuali sedikit sahaja dari kalangan mereka.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate