Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

16 Disember 2013

Dakwaan Mat Sabu SYIAH : KDN Akan Serah Bukti Gred A Kepada JAKIM - @Zahid_Hamidi


  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
 1 / 1 
BAGAN DATOH - Kementerian Dalam Negeri akan menyerahkan semua bukti yang mengaitkan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut.
 
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia berikutan kes itu telah masuk ke peringkat penguatkuasaan.
 
"Segala bukti termasuk bukti Gred A akan diserahkan kepada Jakim kerana kami (KDN) terlibat soal keselamatan manakala soal akidah kita serah kepada pihak berkuasa agama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, sebarang tindakan berhubung kes berkaitan Syiah dibuat oleh Jakim dan Majlis Agama Islam negeri.
 
KDN sebelum ini mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.
 
Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jakim.
 
Beliau yakin tindakan tegas akan diambil oleh pihak berkuasa agama terhadap mana-mana individu yang terlibat dengan fahaman syiah.  - Bernama





Panglima : jika Kerajaan berniat jahat sudah tentu ia didedahkan semasa pemilihan PAS baru-baru ini. Namun ia tidak dilakukan. Kerana sudah pasti persepsi begitulah yang akan timbul jika ia didedah semasa PAS sedang membuat pemilihan kepimpinannya.

Dalam perkiraan anggota keselamatan dan juga Menteri yang bertanggungjawab - bukan keuntungan politik namun keselamatan seluruh rakyat Malaysia terutama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Sesiapa pun terikat dengan peruntukan undang-undang yang ada dan perlu bertindak mengikut kuasa yang diberikan dengan jujur dan adil berdasarkan sumpah menerima jawatan yang dibuat di hadapan YDP Agong selaku Ketua Negara.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate