Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

21 Disember 2013

Isu Zamihan vs Shahidan - memalukan PM @NajibRazak

Berikut tulisan baru disiar dan disebar dengan disangkut ke wall rakan FB Panglima seramai beberatus orang.



Diulangi - isu ini isu agama / akidah bukan pentadbiran atau politik. Kena baca dengan pemahaman berbeza.

Panglima dalam isu akidah tidak kira siapa samada Umno Pas PKR akan kena tegur.
Termasuk musuh Asri iaitu Ust Fathul Bari.
Kita menegur hanya perkara salah sahaja bukan semua perkara kita tolak dari mereka.

Maka terimalah dengan lapang dada segala teguran bukan melenting seperti dunia seakan mahu kiamat. 

Kata mahu ikut Nabi? Sifat Nabi ke mahu herdik orang menyanggah pandangan ulama kerana anda sudah jadi Menteri?

Baca status FB Panglima ini :


Isu Zamihan vs Shahidan : Kenapa Shahidan melenting ? 


Jika beliau bukan Wahabi kenapa nak bising? Jika beliau tidak pernah terima dana Arab Saudi untuk Yayasan bagi tujuan dakwah wahabi kenapa nak lawan pegawai agama KDN yang memang memerangi ajaran menyeleweng ?


Semakin teruk nampak Kabinet Najib Razak bila ada Menteri tidak pandai hormat pandangan ulama yang sudi bantu kerajaan (bukan kejar kemewahan ya...)


Mereka ini lantang demi agama dan saya kenal siapa mereka sejak dahulu hingga sekarang.


Memang isu Syiah sama bahaya dengan Wahabi dan Pluralisme maka jangan kerana menjadi jaguh menentang Syiah maka anda akan selamat menyebar wahabi anda!


Maka mohon Pak Menteri yang memang saya sayangi kerana pendekatan beliau yang begitu rendah diri dengan rakyat - agar mendiamkan diri bab wahabi yang diistilahkan 'hantu' oleh beliau.


Jika mahu membaca bab 'hantu Wahabi' anda juga boleh baca tulisan Dr Asri Zainal Abidin yang pernah menulis di Utusan Malaysia sebelum disingkir kerana tulisan beliau menghina ahli tarekat dan mempertahan akidah sesat dari majoriti ulama ASWJ.


Baca dan anda akan dapati tiada Ijmak Qias selepas Quran dan Sunnah dalam tulisannya.




Serta mempertahankan akidah Uluhiyyah Rububiyyah dalam tulisan beliau.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1115&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive



Yang jelas diajar ulama wahabi klik sini http://qaasasaqidahtauhid.blogspot.com/2008/12/apa-itu-tauhid-uluhiyah-rubbubiyah-dan.html?m=1


Selain itu baca bagaimana akidah juga diancam jika virus wahabi dibiar. Banyak persamaan akidah mereka menyamai Yahudi. Tidak pelik kerana seperti juga Syiah, Wahabi bukan ajaran tulen dari Ulama Muktabar dunia Islam.



Akidah Yahudi :

Di dalam naskah kitab Taurat yang sudah dirubah yang merupakan asas akidah Yahudi yang mereka namakan " SAFAR AL-MULUK " Al-Ishah 22 nomer : 19-20 disebutkan :

و قال فاسمع إذاً كلام الرب قد رأيت الرب جالسا على كرسيه و كل جند السماء وقوف لديه عن يمينه و عن يساره

" Dan berkata " Dengarkanlah, ucapan Tuhan..aku telah melihat Tuhanku duduk di atas kursinya dan semua pasukan langit berdiri di hadapannya dari sebelah kanan dan kirinya ".


Dalam kitab mereka yang berjudul " SAFAR AL-MAZAMIR " Al-Ishah 47 nomer 8 disebutkan :

الله جلس على كرسي قدسه

" Allah duduk di atas kursi qudusnya ".



Akidah wahabi-salafi :


Di dalam kitab andalan wahabi-salafi yaitu Majmu' al-Fatawa Ibnu Taimiyyah al-Harrani imam wahabi juz 4 halaman 374 :


إن محمدا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه



" Sesungguhnya Muhammad Rasulullah didudukkan Allah di atas Arsy bersama Allah ".

Di dalam kitab " Syarh Hadits an-Nuzul " halaman 400 cetakan Dar al-'Ashimah disebutkan bahwasanya Ibnu Taimiyyah berkata :


فما جاءت به الأثار عن النبى من لفظ القعود و الجلوس فى حق الله تعالى كحديث جعفر بن أبى طالب و 

حديث عمر أولى أن لا يماثل صفات أجسام العباد


" Semua hadits yang datang dari Nabi dengan lafadz qu'ud dan julus (duduk) bagi Allah seperti hadits Ja'far bin Abi Thalib dan hadits Umar, lebih utama untuk tidak disamakan dengan anggota tubuh manusia ".


Dalam halaman yang sama Ibnu Taimiyyah berkata :


إذا جلس تبارك و تعالى على الكرسي سمع له أطيط كأطيط الرحل الجديد


" Jika Allah duduk di atas kursi, maka terdengarlah suara suara saat duduk sebagaimana suara penunggang bintang tunggangan karena beratnya "


Kitab tersebut dicetak di Riyadh tahun 1993, penerbit Dar al-'Ashimah yang dita'liq oleh Muhammad al-Khamis.


Di dalam kitab ad-Darimi (bukan ulama sunni al-Hafdiz ad-Darimi pengarang hadits sunan) halaman 73 disebutkan :

هبط الرب عن عرشه إلى كرسيه

" Allah turun dari Arsy ke kursinya "


Kitab itu terbitan Dar al-Kutub al-Ilmiyyah yang dita'liq oleh Muhamamd Hamid al—Faqiy.


Kitab ad-Darimi (al-wahhabu) ini dipuji-puji oleh Ibnu Taimiyyah dan menganjurkannya untuk dipelajari, sebab inilah wahabi menjadi taqlid buta.


Tapi akidah mereka ini disembunyikan dan tidak pernah dipublikasikan ke khalayak umum.


Sekedar info : Lafadz duduk bagi Allah tidak pernah ada dalam al-Quran dan hadits.


Akidah Yahudi :

Di dalam naskah Taurat yang sudah ditahrif yang mereka namakan " Safar at-Takwin Ishah pertama nomer : 26-28 disebutkan :


و قال الله نعمل الإنسان على صورتنا على شبهنا... فخلق الله الإنسان على صورته على صورة الله خلقه ذكرا و أنثى خلقهم

" Allah berkata ; " Kami buat manusia dengan bentuk dan serupa denganku…lalu Allah menciptakan manusia dengan bentuknya, dengan bentuk Allah, dia menciptakan laki-laki dan wanita ".



Akidah wahabi :


Di dalam kitab " Aqidah ahlu Iman fii Khalqi Adam 'ala shurati ar-Rahman " karya Hamud bin Abdullah at-Tuajari syaikh wahabi, yang dicetak di Riyadh oleh penerbit Dar al-Liwa cetakan kedua, disebutkan dalam halama 16 :


قال ابن قتيبة: فرأيت في التوراة: إن الله لما خلق السماء و الأرض قال: نخلق بشرا بصورتنا


" Berkata Ibnu Qathibah " Lalu aku melihat di dalam Taurat : " Sesungguhnya Allah ketika menciptakan langit dan bumi, Dia berkata : " Kami ciptakan manusia dengan bentukku ".

Pada halaman berikutnya di halaman 17 disebutkan :


و في حديث ابن عباس: إن موسى لما ضرب الحجر لبني إسرائيل فتفجر و قال: اشربوا يا حمير فأوحى الله إليه: عمدت إلى خلق من خلقي خلقتهم على صورتي فتشبههم بالحمير ، فما برح حتى عوتب


" Di dalam hadits Ibnu Abbas : " Sesungguhnya Musa ketika memukul batu untuk Bani Israil lalu keluar air dan berkata : " Minumlah wahai keledai, maka Allah mewahyukan pada Musa " Engkau telah mencela satu makhluk dari makhlukku yang Aku telah ciptakan mereka dengan rupaku, lalu engkau samakan mereka dengan keledai " Musa terus ditegor oleh Allah ".


Naudzu billah dari pendustaan pada Allah dan pada para nabi-Nya.


Baca selanjutnya http://semuatentangwahabi.blogspot.com/2012/07/bukti-kongkrit-akidah-wahabi-salafi.html?m=1


Sent from my iPhone

8 ulasan:

Muslim berkata...

Zamihan mmg keras, kdg kdg kedengaran kasar. Tp aqidah yg salah dan silap wajib diperbetulkan utk keselamatan hidup di Akhirat nanti. Jawatan, kedudukan, harta kekayaan adalah semata mata amanah dan ujian. Mulia di sisi Allah swt adalah dgn taqwa. Taqwa hanya hadir bila ada iman. Bgmn ada iman jika ada sifat angkuh, memperkecil org lain hanya kerana jawatan, dan bgmn ada iman bila aqidahnya rosak.
Moga Allah swt melembutkan hati hati kita, menunjukinya utk melihat dan mengikuti jalan Kebenaran.
Sikap angkuh bakal menyesatkan walau berjwtn tinggi walau berilmu tinggi, sbgmn Iblis menjadi sesat dan kufur kerananya.

Tanpa Nama berkata...

kalau semua agamawan lemah lembut je tu pasal makin banyak ajaran sesat.

sebab sikit sikit takut orang sesat terasa hati terus takmau taubat.

datang ustaz zamihan selamba depan muka haji kahar (yang mengaku Nabi)cakap kau kafir..

sama juga dalam bab wahabi dan syiah..

Tanpa Nama berkata...

Zamiham itu sendiri perlu membersihkan diri beliau dari jenayah ilmiah yang dilakukan.

http://www.hafizfirdaus.com/ebook/SWSP/MUQADDIMAH.htm

Tanpa Nama berkata...

Siapa hafiz firdaus the pilot nak judge ustaz zamihan? Muzakarah dgn ustaz abu syafiq pon dia dah out..boleh cari kat youtube. Org dtg muzakarah bawak kitab yg dah dipelajari secara talaqqi dan bersanad. Dia dtg bawak ipad (sheikh Google nya). Ada kah sama org yg berilmu dgn org yg tak berilmu?

Tanpa Nama berkata...

Lihatlah pada hujah, bukan pada individu. Kita bukan nak lawan fatwa. Kita kata benda mudah, jenayah ilmiah. Macam Malaysia Insider yang gemar buat jenayah kewartawanan. Kitab cakap lagu ni, Zamihan kata lagu tu. Bila buka kitab tak de dalam tu. Benda simple.

Bawa Ipad? Hang ni hidup zaman bila. Zaman sekarang kitab dah boleh muat dalam Ipad. Apa ra..


Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua, mengapa kita umat islam jadi begini ( percah belah ),
apa yang kita faham dan anuti amalkanlah , semudra ilmu ini terlalu luas untuk diterokai, sudahkah kita mengenalpasti segala amalan kita diterima Allah , pada hemat saya tak mungkin penjaga baitullah Al Haram itu Allah membiarkan pada orang-orang sesat seperti yang kita tuduh , saya berani mengatakan bahawa kebanyakan anda tidak membaca ,memahami dan mengamalkan Al Quran dan Sunnah Nabi diatas segala segalanya. Sesungguhnya tidak diterima Syahadah kita melainkan berdasarkan ilmu ,bukan pak turut mana-mana orang.

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Setuju dengan tanpa nama (22/12) ttg perpecahan umat Islam. Sepatutnya kita berbincang mengenai masalah-masalah yang dinyatakan tadi, mengikut ajaran Islam berpandukan Al-Quran, dalil dan sunnah.
Tapi kebanyakkan umat Islam lebih suka bergaduh sesama sendiri, dan berebut-rebut untuk tegakkan kepentingan sendiri.
Tapi Alhamdulillah masih ada yang berpegang teguh kepada ajaran Islam mengikut Sunnah.

Ttg Hafiz Firdaus tu, memang sesetengah entri dia bagus dan bernilai untuk dibaca. Tetapi sesetengahnya mungkin boleh dipertikaikan. Untuk mengeluarkan suatu hukum halal dan haram haruslah berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Juga dengan berpandukan kepada ijmak Ulama'.
Bagi sesorang manusia yang berani keluarkan statement seperti fatwa, menghalalkan yang haram tanpa ijma' ulama'..... tu memang perkara yang agak besar, dan sekiranya menyesatkan, si penulis mungkin berdepan dengan salah satu dosa besar. Kerana ini berkaitan dengan akidah orang ramai. Na'uzubillah.

Tanpa Nama berkata...

malaysia insider buat jenayah kewartawanan...habis tu si utusan tu jenayah kewartawanan jugaklah maksudnya hahaha...
ni sekarang problem agama...patutnya, dua-dua berjumpa dan berbincang. kalau dah pemimpin pun begini bagaimana pl masyarakat.

Cari Blog Ini

Translate