Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Disember 2013

Jangan Terkejut Beruk : Mat Sabu Enggan Jawab Isu Syiah Semalam Walau Marah Mahu Saman @Zahid_Hamidi



Isu Syiah ini semakin menampakkan kekeliruan yang tidak mudah diselesaikan. Di mana kita melihat bagaimana episod demi episod telah berlarutan sejak ia mula didedahkan pada hari Sabtu 7 Disember 2013 di PWTC semasa Perhimpunan Agong UMNO 2013 sesi penggulungan. Terkini Mat Sabu atau nama sebenar Mohamad bin Sabu enggan menafikan atau mengesahkan beliau SYIAH !

Menurut Mat Sabu, tindakan saman terhadap Menteri Dalam Negeri itu ekoran kenyataannya pada perhimpunan Agung UM NO baru-baru ini yang mengatakan beliau berfahaman Syiah.
“Saya tidak akan buat apa kenyataan, (Saya) nak cakap harga barang, rasuah dan sebagainya, banyak lagi hal yang melibatkan rakyat. Buat apa nak cakap hal ini?
“Daripada saya jangan tanya apa lagi, saya cuma nak cakap soal harga barang, Rosmah naik jet dan lain-lain, saya tak mahu cakap lagi berkenaan perkara ini,” jawabnya ketika diajukan sama ada beliau ingin membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.


Jika Mat Sabu enggan mengulas isu tuduhan SYIAH kenapa beliau mahu menyaman Zahid Hamidi ? Owh baru faham, hanya peguam akan untung jika kes saman kalah dan Mat Sabu juga akan turut sama beruntung jika Zahid Hamidi diperintah bayar wang kepada beliau.


Dalam kenyataan beliau juga isu Rosmah Mansor nampak lebih utama dari isu Syiah beliau. Adakah anda tidak nampak isu ini ?


Lebih teruk ialah ada juga Melayu bekerja dengan Lim Kit Siang kata isu Syiah untuk alihkan isu kenaikan harga barang bukan kerana menjaga akidah umat Islam.

Alasan untuk mengelak menjawab isu SYIAH mengikut peguam Hanipa Maidin (yang disyaki ada kaitan juga dengan Syiah - sila baca artikel panglima sebelum ini http://www.penembak-tepat.com/2013/12/sah-hanipa-maidin-peguam-mat-sabu.html )

Hanipa bagaimanapun menegaskan bahawa Mat Sabu tidak perlu membuat sebarang penafian berkenaan perkara ini memandangkan isu ini dimulakan dengan kenyataan Zahid yang berunsur fitnah dan boleh menjatuhkan integriti dan maruah Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS dan juga Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang yang baru.
“Isunya ialah dia tuduh Mat Sabu sebagai pemimpin besar Syiah, sesat dan juga mengancam keselamatan negara, itu pada awal sudah fitnah. Mat Sabu telah ambil pendirian dia tidak akan buat sebarang kenyataan berkenaan perkara itu


Apakah akan ada  saman walau beliau cuba mengelak menjawab isu Syiah ? Seperti biasa peguam juga yang akan untung dalam bab ini.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate