Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Disember 2013

Mesti Baca - Kebetulan atau Suratan : Peguam Mat Sabu (Hanipa Maidin) Juga Peguam Ahli Syiah Saman JAIS & UTUSAN MALAYSIA !!!

Isu Mat Sabu ( Timbalan Presiden PAS ) semakin panas. KSU KDN semalam membuat sidang akhbar lanjutan dari pendedahan Menteri KDN DS Ahmad Zahid Hamidi semasa penggulungan Perhimpunan Agong Umno Sabtu lepas.

Selepas membuat beberapa penelitian didapati peguam Mat Sabu iaitu Hanipa Maidin adalah peguam yang sama membela ahli Syiah bernama Mohd Kamil Zuhairi Abd Aziz yang menyaman JAIS dan UTUSAN MALAYSIA tahun 2011.


Ia juga turut disiarkan di Harian Metro tarikh 20.10.2011. 

KUALA LUMPUR: Seorang pengikut Syiah yang ditangkap dalam satu serbuan pada Disember tahun lalu memfailkan saman terhadap sebuah akhbar, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Jais atas dakwaan menerbitkan kenyataan fitnah berhubung serbuan itu.
Mohd Kamilzuhairi Abd Aziz dalam saman itu menamakan penerbit dan pencetak akhbar harian Utusan Malaysia dan akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, bekas pengarah Jais, Datuk Muhammad Khusrin Munawi dan Jais sebagai defendan.

Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi pada 16 Jun lalu. Media memperoleh salinan pernyataan tuntutan itu semalam. 
Terdahulu, Hakim Datuk VT Singham ketika kes itu disebut di hadapannya semalam, membenarkan permohonan Mohd Kamilzuhairi yang diwakili peguamMohamed Hanipa Maidin bagi meminda tarikh artikel itu diterbitkan daripada 16 Disember 2010 kepada 17 Disember 2010.

Beliau juga menetapkan 31 Oktober ini bagi membuat keputusan terhadap permohonan Muhammad Khusrin dan Jais untuk membatalkan saman itu. - Bernama
Artikel ini disiarkan pada : 2011/10/20
Juga disiar oleh Malaysiakini di sini http://www.malaysiakini.com/news/175778Hubungan mereka juga dilihat begitu rapat sehingga bersama-sama pergi berceramah di Mesir pada 26.12.2011. 





Dalam akhbar Syiah abna turut menyatakan pendirian Mohamed Hanipa Maidin:

"Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah".

"Dalam keadaan ulama sunni dan syiah berusaha keras mendekatkan kedua dua mazhab besar ini melalui 'taqrib al madzahib' tindakan Jais nampaknya makin menjauhkan kedua dua mazhab itu", menurut Hanipa Maidin lagi. http://abna.ir/data.asp?lang=15&Id=217734



Lebih jelas Hanipa Maidin juga dalam blog beliau turut menyentuh tentang tindakan JAIS menyerbu puak SYIAH yang didakwa ada kaitan dengan UMNO dan mengkritiknya.


Bagi saya amat tidak adil untuk Jais menyamaratakan syiah dengan ajaran sesat. Ini kerana isu fahaman syiah mempunyai sejarah yang panjang. Ya,benar ada perbezaan teologi antara syiah dan sunni namun agak tersasar untuk Jais meletak kedudukan syiah setara dengan ajaran sesat. 

Bagi saya Jais sepatutnya memilih jalan dialog atau hujah dengan pengikut syiah bukan meyerbu, tangkap dan aibkan mereka. Saya tidak nampak tindakan yang diambil ke atas pengikut syiah itu boleh dikategorikan 'islamic'. Mungkin juga dengan daya intelektual yang tidak begitu tinggi untuk berhadapan dengan pengganut mazhab syiah maka pengarah Jais yang kita tahu amat sinonim dengan Umno terpaksa menggunakan kuasa dan 'force' untuk berdepan dengan pengikut syiah. Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah .


Lebih nyata beliau menulis dalam Harakah tentang Imam Khomeini


Selain itu Hanipa Maidin juga menggunakan tafsir Al Mizan yang disenaraikan sebagai tafsir SYIAH yang disiar oleh beberapa blog dan portal pembangkang dalam tulisan bertajuk : Menentang ekstremisme dari mana sekalipun yang disiar di sini http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=News&file=article&sid=22570


Oleh MOHAMED HANIPA MAIDIN
SAYA tertarik membaca tafsiran ayat 222 Surah Al-Baqarah oleh pengarang Tafsir Al-Mizan 'Allamah Sayyid Hussein TobatobaĆ­ie . Ayat 222 tersebut adalah berkaitan dengan haid ('datang bulan' menurut orang Melayu).
Pengarang Tafsir Al-Mizan menyatakan: "Manusia mempunyai pelbagai pendapat dan adat tentang wanita ketika mereka dalam keadaan haid. Penganut Yahudi bersikap terlalu keras dalam hal ini. 


Mereka meninggalkan wanita yang haid hatta dalam makan dan minum. Wanita Yahudi yang haid akan dipisahkan dengan suami mereka dan wanita dilarang makan bersama ahli keluarga dan juga akan tidur bersendirian.


Berikut bukti tafsir disebut dari penulis SYIAH yang didedah di sini : http://www.voa-islam.com/read/indonesiana/2013/11/21/27556/waspada-ini-63-penerbit-buku-syiah-sesat-yang-mengelabui-umat-islam/#sthash.MTdyK5gG.dpbs


08) Penerbit : CV Firdaus
1. Al-Quran Menjawab Dilema keadilan, Muhsin Qira'ati
2. Imamah Dan Khalifah, Murtadha Muthahhari
3. Keadilan Allah Qadha dan Qadhar, Mujtaba Musawi Lari
4. Kemerdekaan Wanita dalam Keadilan Sosial Islam, Hashemi Rafsanjani
5. Pendidikan Anak: Sejak Dini Hingga Masa Depan, Mahjubah Magazine
6. Tafsir Al Mizan: Ayat-ayat Kepemimpinan, S.M.H. Thabathaba'i
7. Tafsir Al-Mizan: Surat Al-Fatihah, S.M.H. Thabathaba'i
8. Tafsir Al-Mizan: Ruh dan Alam Barzakh, S.M.H. Thabathaba'i
9. Tauhid: Pandangan Dunia Alam Semesta, Muhsin Qara'ati
10. Al-Qur'an Menjawab Dilema Keadilan, Muhsin Qara'ati
- See more at: http://www.voa-islam.com/read/indonesiana/2013/11/21/27556/waspada-ini-63-penerbit-buku-syiah-sesat-yang-mengelabui-umat-islam/#sthash.MTdyK5gG.dpuf


juga sini : http://www.ustazcyber.com/2013/11/senarai-buku-buku-syiah-yang-perlu.html dan sini http://aburedza.wordpress.com/2013/09/01/awas-buku-syiah/


Adakah semua ini kebetulan atau suratan ???

Presiden PAS sendiri tidak menggunakan khidmat Hanipa Maidin ketika menyaman Dr Mashitah jika ada pihak membuat alasan Hanipa Maidin ada jawatan dan memang untuk mempertahan ahli dan pemimpin PAS. 



" Setelah ahli parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyaman seorang doktor di Hosptal Kuala Lumpur (HKL) kerana memfitnahnya semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini turut melakukan tindakan serupa dengan menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim berhubung penyiaran artikelnya yang mengandungi unsur fitnah.

Saman tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.

Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua. "


Mungkin ada juga akan berkata bahawa Hanipa Maidin mungkin sekali sahaja menjadi peguam Mat Sabu. Maka jawapan kita ialah dalam kes yang lain melibatkan saman Timbalan Pengerusi SPR, Mat Sabu juga dibela oleh Hanipa Maidin seperti petikan dari blog Greenboc di sini :

Penyiaran dua artikel dalam bulan Februari tahun ini dalam penerbitan PAS, Harakah, bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' didakwa mengandungi unsur fitnah terhadap timbalan pengerusi SPR itu. 

Wan Ahmad telah memberi keterangan dalam perbicaraan semalam dan mengikut Hanipa, Mat Sabu akan memberi keterangan sebagai defendan pertama dalam saman itu hari ini. 

Hanipa mewakili Mat Sabu dan defendan dalam saman itu manakala Wan Ahmad diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun. 




Hubungan rapat mereka bukan setakat itu sahaja, bahkan dibuktikan dalam artikel yang menceritakan insiden BERSIH 2.0 tahun 2011


Pagi 9 Julai, aku tinggalkan Mat Sabu di bilik hotel dan turun minum. Aku hanya berseluar jeans hitam dan ber­baju T merah (tapi bukan Patriot). Aku minum di gerai mamak tidak jauh dari hotel.

Ramai ahli PAS turut minum dan menyapaku. Kepala aku hanya memikir satu perkara; bagaimana nak melepasi banyak sekatan jalan polis? Aku dan Mat Sabu saling ber­hubungan melalui SMS (khidmat pesanan ringkas).


Kes Bukit Kepong: Pengadu mahu Mat Sabu dibebas


Seterusnya baca : 



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate