Kedua, Ibdilillah, harus berfikir sebelum bercakap, bukan bercakap dan kemudian berfikir. Dia berhak untuk berkongsi pandangan sebagai pengerusi BMB namun kaedah perkongsian maklumat itu harus LEBIH bijak.
Baca kenyataan dikeluarkan oleh Ibdilillah, merujuk kepada pengendali blog pro-kerajaan sebelum ini.
"Buat masa sekarang ini, pada mereka, there is no direction. Direction dia orang hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas pembangkang. Dah tak ada kerja lain ke? Bagi saya kitapun kena fokus bagaimana hendak membantu rakyat," katanya.
Hemat saya, teguran itu harus dikongsikan tatkala dia mengendalikan perjumpaaan bersama semua pengendali blog pro-kerajaan, bukan disiarkan secara terbuka.
Tindakan amat tidak cerdik.
Tidakkah dia terfikir, kenyataannya, "Dah tak ada kerja lain ke?", itu kedengaran menghina usaha semua pengendali blog pro-UMNO selama ini tidak mengenal erti lelah, membantu menyebarkan maklumat lebih tepat mengenai kerajaan Barisan Nasional.
Panas betul telinga kami apabila mendengar kenyataan sulung daripada Pengerusi Biro Media Baru (BMB) Pergerakan Pemuda UMNO yang baru mengenai hala tuju jentera siber UMNO/BN selepas ini. Sebelum mamat ini keluarkan kenyataan dungunya ini, kami sudah mendapat perkhabaran yang beliau menghina semua pejuang siber UMNO dengan kenyataan ini:
"Dia mula bercerita soal insentif kepada pengiat media sosial Pro-Umno yang beliau anggap sebagai satu kesilapan , kerana jika tidak berbayar mereka ini akan 'bedal' kembali pihak yang memberi !! " -http://aktivispendangjr.blogspot.com/2013/12/pertama-kali-aku-terluka-dengan.html
Namun setelah seharian kami menahan marah dan bersabar menantikan kenyataan maafnya, nampaknya Ibdil ternyata terlalu EGO dan bongkak untuk mengakui keceluparan sendiri. Maka hari ini kami tunaikan janji kami untuk memBEDIL IBDIL sehabis-habisnya!
Pertama sekali, kami ingin bertanya kepada Ibdil: SIAPA ANDA? Berapa ramai anak muda yang menjadi pengikut anda di laman Instragram yang bertukar menjadi penyokong UMNO? Atau laman instagram anda itu gunanya hanya untuk memaparkan gambar-gambarLIFESTYLE anda yang anda rasakanPOPULAR?!!
Kedua: Cuba nyatakan satu operasi siber yang pernah anda terlibat atau ketuai demi mempertahankan UMNO?!! Kami sebenarnya tidak berapa faham dengan maksud anda apabila anda menyatakan yang sudah tiba masanya "kita semua buat kerja untuk rakyat, dan kurangkan berpolitik" Kami tahu anda bekerja sebagai pegawai khas Menteri KBS, tetapi tidakkah anda mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sebelum PRU 2008 dan Pak Lah? Adakah Pak Lah tidak buat kerja dahulu? Atau Pak Lah pilih untuk tidak buat engagement dengan isu yang ditimbulkan oleh pembangkang?
Seperkara lagi, anda menyertai UMNO untuk apa? Untuk menabur 'bakti' sahajakah kepada rakyat? Bukankah fungsi UTAMA dan hidup mati parti politik itu sendiri bergantung kepada SOKONGAN?!! Nama pun parti politik, kalau tidak berpolitik hendak jadi apa? Maaf cakaplah, orang macam andalah yang melemahkan dan membunuh UMNO sebenarnya!!!
Bak kata seorang rakan, jikalau anda kurang bijak, bergaullah dengan orang bijak agar anda tidak kelihatan BODOH! Bukankah anda bekerja dengan YB KJ? Tidakkah anda belajar apa-apa daripada gaya politik bos anda?!!
Ketiga: Apakah kelayakan anda untuk mengetuai BMB? Adakah anda ada blog yang boleh mempengaruhi jutaan pembaca?!! Adakah anda mampu untuk menghasilkan artikel bagi menyerang balas isu yang ditimbulkan oleh pihak pembangkang?!! Atau anda hanya berdiam, "buat kerja" untuk rakyat, post dalam instagram posing terbaik anda dan berharap rakyat akan terus menyokong UMNO?!!
Keempat: Apabila anda menyebut mahu mengurangkan berpolitik, dan memperbanyakkan LIFESTYLE, adakah anda bermaksud pejuang siber UMNO perlu meninggalkan terus semua isu yang ditimbulkan oleh pembangkang agar ia terus merebak dan meracuni pemikiran rakyat?!! Adakah anda sedar bahawa YAB PM sendiri pernah mengakui sendiri fakta bahawa lebih 50% sokongan pengundi muda kepada UMNO adalah hasil perjuangan para sibertruper UMNO?!!
Tidakkah anda belajar daripada kesilapan MCA-Gerakan-SUPP yang hanya tinggal beberapa kerusi sahaja lagi di Negara ini kerana sibertrupernya lebih menumpukan kepada LIFESTYLE?!!
Keempat: Adakah anda tahu sibertruper UMNO ini adalah barisan hadapan dengan isu yang dekat dengan rakyat?!! Adakah anda sedar bahawa berapa banyak PRK, PRN dan PRU yang dimenangi dengan bantuan jentera siber ini?!! Di manakah anda ketika ini semua berlaku?!! Adakah anda sedang sibuk berposing untuk foto instagram terbaik anda?!!
Kelima: Adakah anda sedar anda kini menjadi pemimpin pelapis UMNO dan bukannya NGO kebajikan yang tidak mementingkan sokongan rakyat?!! Adakah anda rasakan anda sudah cukup berjaya dan popular hanya dengan memenangi kerusi EXCO Pemuda?!! Anda bercakap soal SUKARELA. Adakah anda bekerja secara sukarela tanpa GAJI dengan YB Menteri KBS?!! Adakah anda sanggup "buat kerja" untuk rakyat secara percuma?!! Adakah anda sanggup mensedekahkan semua GAJI dan ELAUN yang anda terima semasa menjawat jawatan sebagai EXCO Pemuda, Pegawai Khas KJ dan jawatan-jawatan lain kepada rakyat atas nama perjuangan?!!
Kerana kami pasti jika anda buat begitu sejak dahulu, anda mungkin tidak OBESE seperti sekarang! Nasihat kami kepada anda IBDIL, belajar KOMUNIKASI POLITIK terlebih dahulu sebelum boleh rasa diri itu bagus. Kadang-kala pendapat yang keluar dari mulut yang mendahului akal ini boleh memberikan kesan buruk kepada masa depan kita!
Senarai blog turut 'bedil' Ibdil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan