Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mac 2014

BERNAMA - Polis Hanya Cari Maklumat , Bukan Geledah Rumah Kru MH370 - @Zahid_Hamidi





Berita Bernama 

KAJANG, 13 Mac (Bernama) -- Polis hanya mencari maklumat di rumah anak-anak kapal pesawat MH 370 yang boleh membantu menyelesaikan misteri kehilangan pesawat itu dan bukannya menggeledah rumah mereka seperti yang dilaporkan media sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menjelaskan perkara itu, berkata apa yang dibuat hanyalah prosedur biasa kerana fokus penyiasatan masih lagi ke arah mencari kehilangan pesawat itu.

"Apa yang dilakukan oleh polis ialah mencari maklumat, bukan menyiasat.

"Maklumat itu digunakan untuk mempermudahkan pencarian jika ada maklumat yang boleh digunakan sebagai nilai tambah untuk menjadi klu kepada pencarian," tegasnya yang ditemui pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan dan anggota polis bertugas sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di sini hari Khamis.

Ahmad Zahid mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa polis telah menggeledah kediaman anak-anak kapal penerbangan itu bagi menyiasat latar belakang mereka.

Pada 8 Mac lepas, penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS), yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China, secara tiba-tiba hilang dari radar, dan sehingga kini misi mencari dan menyelamat kesemua 227 penumpang,termasuk dua bayi dan 12 kru penerbangan masih diteruskan walaupun sudah memasuki hari keenam.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat dan beberapa pegawai kanan jabatan itu telah pun meminta keterangan daripada empat pegawai imigresen, bagi membantu penyiasatan ke atas dua lelaki warga Iran yang menaiki penerbangan itu menggunakan pasport curi.

Beliau berkata dua daripada empat pegawai Imigresen itu dipanggil kerana mereka bertanggungjawab melepaskan dua lelaki itu masuk ke negara ini dari Phuket, Thailand, pada 28 Feb lepas, manakala dua lagi pegawai dipanggil kerana melepaskan dua lelaki berkenaan ke dalam penerbangan yang hilang itu pada 7 Mac.

"Dia (dua lelaki Iran) masuk (ke Malaysia) menaiki kapal terbang Qatar Airways dari Phuket ke Kuala Lumpur pada 28 Feb. (Dua pegawai Imigresen) itu telah kita panggil dan siasatan secara dalaman telah dilakukan.

"Dan dua orang lagi (dipanggil), bila pasport itu dikemukakan pada 7 Mac bila kedua-dua orang Iran itu keluar daripada kaunter keselamatan untuk pergi ke penerbangan MH370," katanya.

Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa empat pegawai itu tidak digantung daripada tugas kerana mereka telah mengikuti segala prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika hari kejadian.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid merayu agar media Malaysia, tanpa mengira kepentingan sendiri, lebih bersatu hati dalam memberi laporan mengenai insiden kehilangan penerbangan ini.

"Yang penting bagi kita ialah mencari rumusan untuk jalan penyelesaian, bukan kusutkan keadaan. Kita harus bersimpati pada keluarga sahabat penumpang dan kru, " katanya.



Sent from my iPhone

1 ulasan:

QalamQabut berkata...

Janganlah betul bendul sangat bila buat kerja. Bila dah tersebar gambar alat simulasi dalam rumah pilot tu, siasatlah dengan lebih teliti sikit.
Kalau dakwaan tak betul pun, dah boleh jawab bila wartawan tanya. Sekarang ni nampak bodoh bendul pulak.
Tambah lagi bila ada pendapat2 yg katakan alat komunikasi sengaja ditutup. Dah tentulah juruterbang itu dijadikan sasaran utama. Dan siapa yang dikatakan tak reti buat kerja?
Janganlah cakap semua usaha ditumpukan untuk mencari pesawat saja sampai terlondeh kain pun tak sedar!

Cari Blog Ini

Translate