Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mac 2014

YouTube : Raja Bomoh Dato Ibrahim Mat Zin Guna Ayat Quran Tangkap Syaitan Pontianak Melalui Handphone Cecah Lebih SeJuta View


Video :


Perubatan beliau setakat yang dilihat melalui rakaman video adalah jelas guna ayat Quran dan selawat selain syahadah. Selalu ucap 'dengan izin Allah' bukti tauhid beliau kepadaNya. Hukuman ini berdasarkan yang zahir kerana mustahil kita mengetahui batinnya yakni hati beliau.

Antara jasa yang tidak diketahui ialah beliau yang membantu melindungi hakim dari diganggu ilmu ilmu hitam semasa perbicaraan kes ANWAR Ibrahim. Ada blog pernah dedah ANWAR mempunyai bomoh yang membantunya semasa perbicaraan. 




Raja bomoh juga dikhabarkan pernah membantu semasa perbicaraan Mona Fandey. Yang terkenal dengan ilmu hitam hingga dikatakan mampu keluar masuk penjara dan melepaskan tangan dari gari.





Namun beliau bukan maksum dan kita tidak boleh dengan menuduh beliau syirik kecuali ada bukti mulut menyebut kuasa lain lebih hebat dari kuasa Allah.

Mustahil Mahaguru Gayung Ghaib dan Selendang Merah ini jahil dan tidak ada ilmu.

Panel Kajian Akidah JAKIM belum tentu tepat kerana hanya Majlis Fatwa Kebangsaan sahaja yang mampu memberi kata putus berhubung sesuatu isu. Ada yang pro wahabi juga di situ.



Lihat isu pegawai JAKIM Bahagian Panel Akidah yang dikritik penuh ilmiah oleh Ustaz Zamihan yang pengkaji terkenal isu ajaran sesat seperti wahabi Syiah islam liberal ayah pin dll di sini  http://al-ghari.blogspot.com/2011/11/teguran-ilmiah-ke-atas-aizam-masod-atas.html?m=1

Dalam perubatan apa yang suci dan halal boleh digunakan. Seperti garam, madu, limau nipis, dll mengikut ilmu yang dipelajari. Kalau nak guna teropong atau kelapa tak menjadi isu besar. 

Ini pandangan peribadi tanpa ada niat lain kecuali memberi pandangan berdasarkan ilmu pengetahuan dan pengalaman

Jika betul maka segala puji hanya bagi Allah. Jika salah mohon diampunkan khilaf ini.

Wallahu A'lam.


Sent from my iPhone


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate