Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mac 2014

Betul ke @Zahid_Hamidi Iktiraf @Malaysiakini Wahai Ali Tinju ? #msmw2014 cc @NajibRazak

Penjelasan penganjur MSMW 2014 sila klik sini :

Jelas semua kekeliruan sudah dijelaskan oleh penganjur program.

Sebelum itu :

Program Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 pada 27 Februari lalu telah menggegarkan alam maya apabila Menteri Kementerian Dalam Negeri telah memberikan anugerah kepada pemenang yang dipilih melalui undian atas talian  (online) antaranya kepada portal pro pembangkang iaitu Malaysiakini.

Selepas itu Panglima sudah menjelaskan anugerah ini dibuat melalui undian atas Talian memandangkan ada pihak sudah keliru dan termakan propaganda murahan Malaysiakini selepas gagal mencari isu untuk hentam Menteri Dalam Negeri.


Artikel sebelum ini

Selain Malaysiakini, GLC seperti Maybank dan AirAsia juga turut menerima anugerah berdasarkan undian pembaca dan pelayar portal mereka.

Selepas itu Malaysiakini seperti kebiasaan memutarbelitkan keadaan demi membalas dendam kepada DS Zahid Hamidi dengan menggunakan perkataan 'Zahid akhirnya akur M'kini media sosial cemerlang.



Yang sekali pandang kita lihat seolah-olah anugerah ini dipilih oleh Zahid bukan pembaca yang mengundi. Sedangkan Menteri KDN hanya menyampaikan anugerah bukan memilih siapa yang akan menerimanya.

Paling lantang ialah NGO Pro Kerajaan PVTM diketuai Ali Tinju yang mengeluarkan kata-kata tidak sopan kepada Menteri dalam Negeri semalam.




Kita faham mungkin beliau ada agenda peribadi untuk seseorang namun perkataan terlalu celupar tidak sepatutnya dilemparkan kepada Zahid hanya kerana beliau menyampaikan anugerah kepada pemenang termasuk Malaysiakini.

Besar bezanya antara memberi anugerah dan menyampaikan anugerah. Pemilihan dibuat penganjur berdasarkan undian dan tidak ada isu bahawa Malaysiakini menjadi punca Menteri perlu dimaki sedemikian. 

Melagakan antara Zahid dengan Rosmah bukanlah satu sikap profesional namun dan paling memeranjatkan pemimpin persatuan bekas askar melakukan perbuatan biadap tersebut kepada pemimpin Kerajaan yang juga pernah berjasa kepada tentera semasa meneraju Kementerian Pertahanan sebelum ini.

Adakah ini patut diterima atau patut dikecam oleh kita ?

Kalau nak bodek usahlah terlalu kuat sampai menghamburkan perkataan keji terhadap pemimpin kita. Jangan masalah peribadi dijadikan masalah nasional seperti ANWAR. Jangan terlalu ghairah sehingga menyakiti hati orang lain dan para penyokongnya.






Aksi Tonggeng punggung Ali Tinju yang memalukan penyokong Kerajaan yang dijadikan isu oleh pembangkang dan dikaitkan dengan isteri PM.


Sekali lagi, propaganda 'sampah' ini jangan mempengaruhi kita semua kerana ia hanya mahukan kita bergaduh sesama sendiri dan melagakan antara PM dengan Menteri secara tidak langsung.

Kebetulan pula Malaysiakini juga memberi promosi kepada Ali Tinju seperti anda dapat saksikan video di atas

Adalah ada agenda mereka berdua ? Wallahu A'lam

Hanya 'sampah' sahaja akan makan propaganda sampah seperti yang kita saksikan ketika ini !!!

Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gua rasa blog ini dibayar oleh Si Zahid Komedi kot

Cari Blog Ini

Translate