Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Mac 2014

Artikel Panas 'Jantankah Pas?' Serlah Kebodohan @Anwaribrahim - Sebarkan !!!


SESEKALI menyelak Suara Keadilan, akan adalah momokan-momokan yang terpacul daripada laporannya.

Terbaharu, terbitan 25 Februari 2014 media rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melaporkan kenyataan oleh 'bakal Menteri Besar Selangor yang baharu', Anwar Ibrahim mengenai tujuh keutamaan Kajang.

Tujuh perkara itu adalah kononnya hasil dapatan utama daripada 'pengalaman' Anwar berinteraksi dengan penduduk Kajang yang katanya, menunjukkan perkara itu memerlukan perhatian.

Cuma, yang peliknya daripada tujuh perkara itu, tiga isu pokok iaitu pengurusan sampah dan kebersihan; pengurusan gerai penjaja dan peniaga kecil serta perkhidmatan Majlis Perbandaran Kajang, dibangkitkan oleh Anwar, bukannya di bawah kerajaan Pusat. Tetapi pihak berkuasa tempatan (PBT) kerajaan PKR Selangor.

Macam mana Anwar mahu menjadi Menteri Besar sekiranya bidang kuasa PBT pun dia sendiri tidak tahu? Masalah gerai penjaja, pengurusan sampah dan Majlis Perbandaran Kajang adalah masalah kerajaan negeri Selangor. Mengapa perlu menuding jari kepada kerajaan Pusat? Tidakkah ibarat 'meludah ke langit, terkena batang hidung sendiri'?

Apakah Anwar layak menjadi Menteri Besar ketika penyandang jawatannya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sendiri menolak kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang kononnya mendapati rakyat Kajang mahu Anwar menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

Bahkan, Abdul Khalid menyelar habis kajian itu sebagai satu cubaan mahu memutarbelitkan rakyat Selangor.

Dalam konteks kedudukan siapa Menteri Besar Selangor selepas Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini, Pas sepatutnya menjadi kuasa penentu yang dominan. Dengan penguasaan 15 kerusi DUN, lebih satu daripada PKR, Pas sudah boleh buat hiruk-pikuk soal ini.

Mengapa suara-suara yang datang daripada Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha Pas Selangor, Mohd. Khairuddin Othman kelihatan sudah senyap.

Sedangkan pada peringkat awal ketika kemuncak kalangan penyokong PKR mencanangkan Anwar sebagai Menteri Besar, Suhaizan tidak bersetuju! Katanya, perkara mengenai Menteri Besar patut dibincang dan diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi pakatan pembangkang.

"Tindakan ketua pembangkang itu membayangkan dirinya mungkin menjadi menteri besar Selangor jika menang Pilihan Raya Kecil kerusi DUN Kajang dilihat sebagai suatu yang tidak wajar.

"(Malah) tindakan Anwar itu dilihat seperti tidak menghormati menteri besar sedia ada," kata Suhaizan.

Mohd. Khairuddin juga senada Suhaizan. Kata Mohd. Khairuddin, Pas Selangor akan mengemukakan senarai calon sendiri untuk jawatan Menteri Besar jika Abdul Khalid berundur dan mengosongkan kerusinya. Malah, katanya, Exco negeri, Iskandar Samad merupakan calon utama selain beberapa nama yang difikirkan layak dan sesuai.

"Mengapa kita tidak hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam DUN," kata Mohd. Khairuddin.

Cuma, persoalannya, sejauh mana kejantanan Pas dalam mempertahankan hak-hak parti itu di Selangor?

Banyak insiden yang berlaku dalam hal-hal melibatkan di mana Pas sepatutnya mendapat lebih bahagiannya sebelum ini, tidak pula disuarakan oleh kepimpinannya.

Cuba tanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kenapa perlu Mursyidul Am Pas itu yang semua tahu tidak berapa sihat sanggup melalui perjalanan jauh dari Kelantan tahun lalu untuk menemui Bishop Sebastian Francis dan Karpal Singh di Pulau Pinang? Kenapa tidak dinyatakan bahawa dalam kedua-dua pertemuan itu, Nik Abdul Aziz telah menjelaskan kenapa Majlis Syura mengambil ketetapan menentang pendirian Karpal dan Bishop Sebastian yang mahukan kalimah Allah itu bebas digunakan dalam Bible Melayu?

Kenapa tidak digunakan kesempatan itu untuk memahamkan mereka? Cuma yang tampak ketara, pertemuan bersejarah itu diraikan dengan kek hari jadi.

Bukan sahaja Nik Abdul Aziz, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga goyah dengan pendiriannya dalam mempertahankan isu membabitkan kalimah Allah sehingga terpaksa 'diperkukuhkan' dengan kenyataan Anwar.

Malahan, Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustafa Ali turut mengambil pendirian isu kalimah Allah yang ditentang penggunaannya dalam bible Melayu dan Majlis Syura Pas, tidak akan menjadi agenda kempen Pas dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau tahun lepas.

Lebih pelik lagi, tidak ada komentar daripada siapapun blogger pro Pas yang meminta orang Pas supaya bersuara memberi sokongan kepada barisan peguam yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dalam mempertahankan kalimah Allah. Di mana kejantanan Pas?

Cuma, kalau pun ada suara jantan Pas, mungkin ia datang daripada bekas Ketua Dewan Ulama Pas, Allahyarham Datuk Harun Taib yang berani menyuarakan agar Pas mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR. Ini diluahkan dalam ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia di Kota Sarang Semut, Alor Setar pada 13 September lalu tahun lalu.

Harun mengambil iktibar daripada kemerosotan prestasi Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, yang cuma menang 21 kerusi Parlimen tetapi hilang kerajaan negeri Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini, Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR. Namun, Allah lebih menyayangi orang yang tegas dan berprinsip seperti Allahyarham Harun. Apa yang dibangkitkan oleh arwah, tidak ada susulannya.

Pas semakin hilang pendayungnya. Pas perlu berdiri di atas kaki sendiri kalau pun mahu terus berada dalam platform pakatan pembangkang.

Sejak pemilihan Pas yang lalu sehingga hari ini, difahamkan, telah tiga kali mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat diadakan.

Dalam siri mesyuarat berkenaan, dikatakan Abdul Hadi menerima tekanan begitu hebat dalam isu tertentu yang dibangkitkan.

Ini sehinggakan acap kali terpacul daripada mulut seorang pemimpin kanan parti yang juga pendokong kuat Anwar Ibrahim dalam mesyuarat AJK Pas Pusat itu terhadap Abdul Hadi: 'Kalau tak setuju, sila letak jawatan'.

Di mana penasihat guaman Abdul Hadi ketika Presiden Pas itu terkontang-kanting keseorangan tahun lalu, sehinggakan terpaksa berdepan dengan satu kes penghakiman ingkarnya baru-baru ini.

Terserlahkah kejantanan Pas dalam mempertahankan apa sahaja prinsip dan pendiriannya menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Kajang 23 Mac ini?

Hal ini tentu sekali akan berlaku apabila melibatkan soal kedudukan Menteri Besar Selangor, tidak kira menang atau kalah Anwar. Adakah Pas kekal jantannya?



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140303/re_05/Jantankah-Pas#ixzz2uquXNJLm 
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Sent from my iPhone

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAS memang Bodo sejak azali....bertambah tambah bodo & dungu sejak membenarkan diri rela di liwat.....harap kopiah , janggut sejemput & jubah serebeh jer la....tapi telor dlm kain dah hilang....tahaluf siyasi kunun...!!!! PAS hanya sekadar anjing belaan dlm PR jer....kuat menyalak bila berdepan dgn UMNO jer....dlm PR,,, senyap sunyi seribu bahasa....

Cari Blog Ini

Translate