Pengikut Blog Panglima

23 Mac 2014

#MH370 : Laporan Panggilan Misteri Kepada Kapten Zaharie Hanya Spekulasi – @PDRMsia

 

KUALA LUMPUR: Polis berkata laporan sebuah akhbar United Kingdom The Mail yang mendakwa bahawa Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang identitinya meragukan sebelum MH370 berlepas, hanyalah sekadar “spekulasi semata-mata”.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) Komunikasi Korporat Bukit Aman, Datin Asmawati Ahmad berkata akhbar tersebut juga tidak mempunyai hak eksklusif untuk melaporkan butiran siasatan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Polis Diraja Malaysia tidak bertanggungjawab atas penyebaran maklumat, yang berasal daripada sumber-sumber yang tidak dinamakan dan tidak disahkan, ” Asmawati dipetik sebagai berkata oleh akhbar The Star.

Sebelum ini, The Mail (edisi Ahad The Daily Mail) mendakwa dalam satu laporan bahawa Zaharie telah menerima satu panggilan selama dua minit daripada seorang ‘wanita misteri’ sebelum berlepas pada 8 Mac.

Laporan itu juga mendakwa bahawa penyiasat telah mengesan bahawa nombor itu diperolehi daripada sebuah kedai menjual kad SIM untuk telefon bimbit di Kuala Lumpur.

SIM kad itu, menurut The Mail, telah dibeli ‘baru-baru ini’ oleh seseorang yang menggunakan identiti palsu yang memberikan nama seorang wanita.

“Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie… dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad SIM yang tidak boleh dikesan. Semua pihak yang pernah menghubungi Zaharie sebelum penerbangan berlepas telahpun diambil keterangan, ” kata laporan itu – Astroawani
Catat Ulasan