Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 April 2014

Kupasan Bab Mimpi Oleh Ustaz Emran Ahmad @SinarOnline - Susulan Mimpi Ustaz Darul Manzil Mengenai #MH370


Beberapa siri artikel tentang mimpi oleh Ustaz Khairul dari Darul Manzil telah tersebar dengan meluas dan turut disiarkan juga di sini. Selepas membuat carian ditemui sedikit kupasan ustaz Emran Ahmad yang nampak di blog beliau http://ustaz.blogspot.com/ adalah seorang peminat Syeikh Albani dan Syeikh Utsaimin yang menjadi rujukan golonga Wahabi. 

Namun dalam hal ini kita petik perkataan beliau di bawah tentang mimpi yang boleh menjadi panduan jika dimimpikan oleh orang soleh, agar jangan ada golongan Wahabi menolak pandangannya sedangkan beliau sealiran dengan mereka berdasarkan bukti link yang disebutkan di atas. Selain bukti artikel ini yang turut menolak amalan tasauf dan tariqat yang disifatkan sesat dan tidak ada nas dalam Al Quran dan Sunnah. 

'Mereka adalah golongan yang hampir kepada kubur-kuburan, berhujah dengan mimpi dan cerita wali-wali, suka mengada-adakan hadith palsu, sangat kuat pegangan kepada hadith-hadith dhaif, ghulu dan melampau kepada tuan-tuan guru dan tokoh mereka, giat mempromosikan ajaran kesufian dan tariqat, suka memecah belahkan umat Islam dan menyesatkan sesama muslim, taasub dalam masalah fiqhiyah dan mazhab, gila popular, suka mencari redha sultan dan pemerintah, tamak kepada harta dunia, buruk akhlak dan perangai yang jauh daripada al-sunnah dan paling penting mereka ialah golongan yang amat jarang membaca hadith Nabi salalalhualaihiwassalam dan jauh daripada riwayat hadith serta membenci para ulama'nya dan mengelar mereka dengan tuduhan yang bukan-bukan.'


Selain itu mimpi bertemu orang Soleh atau Awliya Allah menurut apa yang saya tahu, juga tidak mampu ditiru oleh Syaitan kerana dijaga oleh Allah sebagaimana para Nabi dan Rasul dijaga dari syaitan menyerupai mereka. Kerana pewaris Nabi juga mewarisi dari Nabi namun tidak setinggi darjat Nabi namun mereka dilindungi oleh Allah dengan istilah 'mahfuz' yakni dipelihara bukan 'madmun' iaitu dijamin seperti para Nabi dan Rasul. Ini menurut apa yang saya pelajari dari tuan guru saya di Mesir. Wallahu A'lam.

 Buku beliau terbitan PTS :

Buku ke-7 Ust. Emran
Walaupun nampak meletak link Harakhdaily namun saya tidak mahu membuat tuduhan beliau ahli PAS walaupun kaitan PAS dengan Wahabi memang sudah didedahkan termasuk di blog panglima di sini. 

Buku beliau keenam :
 
 Buku ke-6 Ust. Emran

Sinar Harian memang selalu promosi pro pembangkang dan juga pro wahabi. Itu pandangan saya dan mungkin ia tidak betul.. 

 
Artikel beliau  hasil temuramah wartawan di Sinar Harian :

Mimpi ialah pengalaman minda separa sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pemikiran, perasaan atau pergerakan lain-lain panca indera manusia sewaktu tidur. Mimpi berlaku tanpa kawalan dan kesedaran oleh orang yang mengalaminya.

Penceramah bebas, Emran Ahmad berkata, dalam al-Quran, ALLAH SWT menyebut mengenai mimpi dalam tiga keadaan. Pertama dengan menggunakan kalimah ar-Rukyah iaitu mimpi yang benar. Kedua dengan menggunakan kalimah al-hadis yang bermaksud mimpi tentang kejadian yang akan berlaku. Ketiga ialah kalimah al-hulum, iaitu mimpi khayalan dan mainan tidur.


Menurutnya, berdasarkan penjelasan di atas maka tidak semua mimpi itu boleh dipercayai dan tidak pula boleh didustakan sebaliknya ia amat bergantung kepada peribadi orang yang bermimpi dan keadaan mimpi yang berlaku kepada dirinya.

“Ini disebabkan golongan ulama menyebut bahawa mimpi itu dinilai berdasarkan keperibadian seseorang itu. Maksudnya jika orang bermimpi itu ialah yang soleh dan dipercayai, maka mimpinya itu juga boleh dipercayai.

“Tetapi jika bermimpi itu ialah seorang yang fasik dan ahli maksiat maka mimpinya adalah dusta dan tidak boleh dipercayai,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau menjelaskan, hukumnya adalah tetap sama dengan prinsip Islam dalam bab penerimaan maklumat atau berita sebagaimana firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“Wahai orang-orang beriman, jika datang kepada mu orang yang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah kamu periksa dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan mu itu.” (Surah al-Hujurat : 6)


Perspektif Islam

Emran berkata, mimpi mempunyai kedudukan dalam Islam kerana ia pernah dijadikan ALLAH SWT sebagai alat atau kaedah dalam penyampaian wahyu kepada nabi dan rasul. Bagaimanapun keadaan ini hanya berlaku apabila wahyu masih berjalan dan Rasulullah SAW masih hidup. Apabila Baginda wafat maka wahyu pun terputus dan tidak ada lagi nabi selepas Baginda serta syariat Islam pun telah sempurna.

Oleh demikian mimpi telah disebutkan ulama ahli sunnah secara ijmak bahawa ia tidak boleh dijadikan sebagai hujah agama atau pegangan dalam akidah. Sebaliknya mimpi yang baik atau rukyah solehah itu adalah lebih kepada nasihat atau tazkirah dan rezeki daripada ALLAH secara peribadi dan khusus untuk orang yang bermimpi sahaja tanpa menokok tambah atau mengubah apa-apa daripada ajaran Islam yang telah sedia ada dalam al-Quran dan Sunnah.

Muslim haruslah berhati-hati dalam masalah mimpi dan jangan terpedaya dengan dakwaan sesetengah pihak yang membawa ajaran atau fahaman kononnya bertemu nabi atau wali tertentu dalam mimpi yang mengajarkan kepadanya ilmu atau memberitahu sesuatu rahsia.

Sesungguhnya Islam itu telah pun sempurna dan Rasulullah menunaikan amanah sebagai utusan ALLAH dengan menyampaikan semua kebaikan dan perkara agama tanpa tertinggal. Maka tidak perlu lagi ditokok tambah oleh golongan tukang karut atau penipu,” katanya.

Selain itu katanya, dalam hadis mimpi itu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu mimpi yang benar daripada ALLAH, seperti wahyu kepada golongan nabi dalam tidur mereka atau pun ilham dan pertolongan kepada orang yang soleh; mimpi buruk yang datang daripada syaitan; mimpi biasa yang sering berlaku kepada kita dalam kehidupan seharian apabila terbawa-bawa perkara pada waktu siang atau apa yang dilalui individu itu ke dalam mimpi akibat kelesuan otak dan permainan minda separa sedar.

Ini berdasarkan hadis dari Abu Hurairah RA yang berkata bahawa bersabda Rasulullah yang bermaksud: “Mimpi itu ada tiga bahagian iaitu berita atau khabar gembira dari ALLAH, apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan.” (Riwayat Ahmad)

“Setiap mimpi yang dialami seseorang perlu dibahagikan atau diperhatikan mengikut kategorinya apakah mimpi tersebut merupakan mimpi yang benar atau merupakan gangguan syaitan atau pun permainan tidur akibat keletihan otak.

“Sekiranya mimpi tersebut jatuh dalam kategori mimpi yang benar maka ia boleh dipercayai dan perlu dirujuk kepada orang yang soleh dan alim untuk ditanyakan pengertian dan maksudnya,” jelasnya.


Tafsir mimpi

Tidak ramai orang tahu mentafsirkan mimpi kecuali sedikit. Ilmu mentafsirkan mimpi adalah anugerah ALLAH kepada mereka yang mendalami ayat-ayat al-Quran serta berpengetahuan tinggi terhadap kitab ALLAH dan sunnah. Kata Emran, adalah menjadi kebiasaan bahawa orang yang mahir mentafsirkan mimpi ialah mereka yang tahu mentafsirkan al-Quran dan ayat ALLAH serta mempunyai pengalaman luas dalam hidup.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang dikehendaki ALLAH akan kebaikan baginya maka ALLAH pun akan memberikan kepadanya kefahaman dalam urusan agama.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Mimpi tidak boleh diceritakan dalam ceramah atau menjadi modal untuk tazkirah kepada orang ramai akan apa yang ditemui atau dilihat individu itu dalam tidurnya kerana hal tersebut menyalahi adab mimpi serta berlawanan dengan sunnah Rasulullah. Dalam Islam, tidur dianggap sebagai mati kecil dan proses keluarnya roh daripada jasad buat sementara waktu,” ujarnya.

Emran berkata, digalakkan sebelum tidur umat Islam membersihkan diri dan mengambil wuduk serta membaca doa di samping zikir yang diajarkan Rasulullah SAW seterusnya membaca surah daripada al-Quran. Antara yang baik dan mudah diamalkan ialah membaca surah Al-Ikhlas, Al-Falak dan An-Nas sebanyak tiga kali sebelum tidur bagi memohon perlindungan ALLAH daripada gangguan syaitan dan kemudian meniup tapak tangan lalu menyapu ke seluruh badan seperti yang diajarkan oleh Baginda.

“Kesimpulannya Muslim wajib bersangka baik kepada ALLAH dan selalu meyakini bahawa tiada mudarat dan manfaat yang boleh diberikan makhluk kepada kita tanpa izin ALLAH SWT. Ini kerana hanya ALLAH yang boleh menimpakan mudarat atau memberikan manfaat kepada manusia bukan selainnya termasuklah mimpi atau gangguan tidur serta jin dan syaitan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/rencana/petanda-mimpi-menurut-islam-1.38084

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate