Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Mei 2014

BN menang #PRKTelukIntan - Mah Siew Keong Dijulang Penyokong

Keputusan Tidak Rasmi FB KP JASA : BN Menang di Teluk Intan 301 Undi

Tak Rasmi : BN Menang Dengan 150 Undi #PRKTelukIntan

Mesej rakan whatsapp :

Hahahaha
Yahooooo
😃😃😃😃
Tidak rasmi BN menang 150 undi, BN - 20,022; DAP 19,872 ;Rosak - 228

Harap info ini tepat.


Sent from my iPhone

Terkini #PRKTelukIntan : Dyana dahului Mah Siew Keong dengan begitu tipis

Banyakkan berdoa semoga kita menang.

Keputusan Pengiraan Undi Jam 7.33 Pm

Sumber rakan whatsapp :

Keputusan tidak rasmi, 7:33pm:
DAP 19,279
BN 18,581
Undi Rosak 485


Harap BN boleh menang.


Sent from my iPhone

Suspek Bunuh Kanak-Kanak Semalam Ditemui Mati Lemas







Berita :

http://m.utusan.com.my/Jenayah/20140531/je_01/Kanak-kanak-dibunuh-kejam-dipercayai-akibat-dendam.


Sent from my iPhone
Sent from my iPhone

Suasana di PRK Teluk Intan - Rayu Undi Guna Kanak-kanak Amat Dikesali

30 Mei 2014

Mah sertai Kabinet jika menang PRK Teluk Intan | Astro Awani


BEIJING: Jawatan dalam Kabinet menanti Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong jika beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan pada Sabtu ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau bersedia melakukan komitmen itu di sini.

"Saya boleh membuat komitmen itu di sini. Jika Datuk Mah memenangi pilihan raya kecil Teluk Intan, maka sebagai Presiden Gerakan, beliau akan dilantik menganggotai Kabinet," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan enam hari beliau ke China, pada Khamis.

Beliau berkata sebagai antara parti pengasas BN, sudah menjadi amalan untuk melantik Presiden Gerakan menganggotai Kabinet.

Ditanya kementerian mana yang akan ditawarkan kepada Mah, Najib berkata adalah terlalu awal untuk memutuskan perkara itu.

"Belum lagi... perkara itu akan diputuskan kemudian," katanya.

Mah, 53, anak watan Teluk Intan, pada mulanya bertanding kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum 1999 yang menyaksikan beliau menewaskan calon DAP N.Rajendran dengan majoriti 2,783 undi.

Bekas Ketua Pemuda Gerakan dan Pengerusi Gerakan Teluk Intan itu mengekalkan kerusi berkenaan pada pilihan raya umum 2004 namun tewas dalam tsunami politik pada 2008.

Dalam pilihan raya umum 2013, Mah gagal merampas kembali kerusi itu dan kali ini, beliau berdepan dalam pertembungan satu lawan satu dengan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Kali terakhir Gerakan memegang jawatan dalam Kabinet ialah menerusi bekas Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon.





Sent from my iPhone

Keris 7 Lok: Kenapa @Dyanasmd Jumpa Musuh @LimKitSiang @RameshRaoAKS Dan Tony Tan Tengah Malam ??? #PRKTelukIntan


 

Woohoooo...

Agak aneh apabila melihat gambar di atas. Pertemuan rahsia antara Ramesh Rao dan Tony Tan bekas naib pengerusi DAP Kedah. Ini yang menimbulkan kemusykilan bagaimana mereka boleh bertemu di tengah malam?

Lokasi bertempat di Teluk Intan tanpa pengiring untuk Dyana. Apa yang mereka bincangkan? Berjumpa dengan dua orang musuh kepada Lim Kit Siang merupaka satu perkara yang tidak dijangka.

Selanjutnya baca :

http://keris7lok.blogspot.com/2014/05/kenapa-dyana-jumpa-rameshraoaks-dan.html?m=1


Sent from my iPhone

#PRKTelukIntan: PAS Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang - Dulu Tegar Pertahan Islam Sekarang Lemah Iman Angkara Kawan



PRK Teluk Intan: Pas keliru!

PADA 16 Mei 1972, Pas memecat Ahli Parlimennya dari Parit, Cikgu Hashim Gera atas sebab berjoget lambak dalam satu majlis di lobi Parlimen.

Masa zaman itu, Pas begitu tegar dalam hal berkait agama. Meski Cikgu Hashim mempertahan tindakannya pada masa di lobi Parlimen itu, juga hal joget secara umum sebagai sebuah tarian yang bersih di hadapan jawatankuasa disiplin, beliau langsung tidak diendahkan.

"Bila dia (perempuan joget) datang, saya lari. Bila saya datang, dia (perempuan joget) itu lari. Tidak berlaku sentuhan antara perempuan dan lelaki kerana saya datang dia lari, dia datang saya lari". Bagaimanapun Pas menolak penjelasan Cikgu Hashim dan dia tetap dipecat kerana dianggap mencemar agama dan memalukan Pas sebagai sebuah parti politik yang sepatutnya mencerminkan sebuah jemaah Islam yang sempurna.

Hari ini, isu seperti Cikgu Hashim sudah tidak kedengaran lagi. Malah lebih ketara dan terbaharu semasa kempen pilihan raya di Bukit Gelugor dan menyusul menjelang pengundian kerusi Parlimen Teluk Intan Sabtu ini, kefahaman pemimpin Pas terhadap makna joget sudah berubah. Kalau UMNO datang, Pas lari. Kalau DAP datang, anehnya, tidak pula Pas lari. Lari tidak, bahkan semakin diraikan pula.

Sudah terang lagi bersuluh. Jelas sekali Pas menikus apabila berdepan dengan DAP. Di Bukit Gelugor tempoh hari, Pas sanggup korbankan orangnya sendiri, Mohamed Nabi Bux Mohd. Nabi Abd. Sathar yang menjadi calon bebas untuk memperjuangkan 'ideologi' parti itu menentang calon DAP. Tetapi oleh kerana menjaga hati DAP, Mohamed Nabi Bux tidak diperakui pula sebagai ahli Pas walaupun dia bertegas mengatakan dia ahli Pas Gombak yang sah dan sijil keanggotaannya bukan palsu.

Itulah gelagat Pas. Sanggup meminggirkan ahli sendiri demi DAP. Apabila Pas berdepan dengan UMNO, macam musuh pula dibuatnya ke atas parti itu. Bak parti berlainan agama pula UMNO itu. Kalau lalu ular dan UMNO depan mata agaknya, tentu sekali UMNO akan ditalanya dulu.

Pas pada masa-masa lepas tidak sama seperti hari ini. Pas semakin liberal dalam banyak hal mengenai hukum agama. Pas mula pandai 'melacur' dalam politik dan berkiblat kepada permainan real politik. Pas sanggup berpeluk, bercium dan bersentuhan dengan DAP.

Sebab itu mungkin ada rasionalnya apabila Mohamed Nabi Bux menyifatkan dua pemimpin tertinggi Pas sedia ada umpama 'talam dua muka' berikutan tindakan mereka yang memutar-belit prinsip perjuangan Pas yang umum maklum diperjuangkan sejak lama dahulu.

"Apabila di depan pengundi Melayu, dia cakap itu adalah perjuangan Pas tetapi di depan kaum Cina malu-malu apabila bercakap pasal itu," katanya.

Pas harus sedar mengenai agenda sebenar parti untuk memperjuangkan ideologinya dan tidak bercakap atas dasar politik semata-mata.

Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini, sememangnya ramai hairan mengapa Pas begitu teruja sehingga bersungguh-sungguh hendak memenangkan calon DAP di situ.

Sudahlah calon DAP itu secara terbuka menentang keras ideologi perjuangan Pas, tambah pelik lagi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap DAP berjasa besar sehingga menjadikan itu sebab utama mengapa partinya mengerah seluruh jentera untuk membantu calon DAP.

Sampai begitu sekali ucapan Abdul Hadi. Bukan sahaja Abdul Hadi tetapi ustaz dalam kalangan Pas pun beria-ia mahu memberi kemenangan kepada DAP. Malahan jaminan itu disuarakan pula jentera Pas yang menaruh keyakinan dapat meraih undi orang Melayu untuk DAP. Ini disasarkan di kawasan majoriti Melayu antaranya Kampung Changkat Jong dan Kampung Melayu. Apa sudah jadi Pas?

Ciri-ciri calon DAP di Teluk Intan amat jelas bertentangan dengan apa yang diagung-agungkan oleh Pas selama ini. Calon DAP tersebut secara jelas dan sedar, menolak ideologi Islam Pas.

Di manakah prinsip muslimat Pas! Tergadai prinsip disebabkan politik sempit parti. Muhasabah dirilah Pas. Jangan ada perasaan ujub (bangga dan sombong diri), kelak Allah SWT akan membayar tunai atas sikap dan tingkah laku kamu.

Di mana ustaz Pas? Apakah sanggup membiarkan perkara ini berleluasa? Anda yang lebih tahu hukum-hakam. Janganlah menjadi bisu melihat kemungkaran berlaku di bawah tanggungjawab ustaz sendiri.

Kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampakkah? Janganlah memberi komen berpilih. Tentang UMNO, cepat sahaja anda jatuhi hukum. Tetapi apabila ahli sendiri buat salah, membisu seribu bahasa. Bukankah itu dinamakan Assabiyyah!

Beberapa pemimpin DAP sebelum ini termasuk Naib Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, Tony Pua dan lain-lain telah mencabar Pas supaya keluar dari pakatan pembangkang jika masih berkeras hendak bentangkan usul berkenaan di Parlimen. Dengan apa yang telah dan sedang berlaku di PRK Teluk Intan, ia telah menjawab persoalan dalam artikel saya sebelum ini "Jantankah Pas?"

Pas bersikap pilih kasih tidak bertempat kepada orang UMNO berbanding kepada sekutunya, DAP dan PKR. Sebab itu mengikut kajian yang telah dibuat serta maklum balas yang diperoleh, calon BN diyakini mempunyai harapan cerah di Teluk Intan. Sekurang-kurangnya dengan majoriti yang kecil.

Undi Melayu dijangka solid kepada BN. Juga sekitar 70 hingga 75% undi Melayu akan terarah ke BN. Begitu juga undi kaum India sekitar 80% akan ke BN. Akhirnya, mengikut perkiraan tersebut, hanya 15% diperlukan oleh BN daripada kaum Cina.

Percayalah, selepas PRK Teluk Intan ini nasib calon DAP akan menimpa sama seperti apa yang berlaku kepada aktivis Tunku Aziz. Diketepikan dan dipinggirkan, bak kata pepatah, 'habis madu, sepah dibuang'.

DATUK Ahmad Faris Abdul Halim ialah penganalisis isu-isu semasa


Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20140530/re_03/PRK-Teluk-Intan-Pas-keliru#ixzz33BQIcmLp 
© Utusan Melayu (M) Bhd 
Sent from my iPhone

Calon BN dilantik dalam Kabinet jika menang PRK Teluk Intan - @NajibRazak


BEIJING 29 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong yang juga Presiden Gerakan akan dilantik ke dalam Kabinet jika menang dalam pilihan raya itu. - UTUSAN ONLINE


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140529/dn_38/Calon-BN-dilantik-dalam-Kabinet-jika-menang-PRK-Teluk-Intan---Najib#ixzz337xGnjsN
© Utusan Melayu (M) Bhd 

29 Mei 2014

Gambar Rumah Mangsa Rogol 38 Lelaki di Kelantan

Kenapa Naib Presiden Umno @Zahid_Hamidi Jadi Sasaran @Malaysiakini Terutama di #PRKTelukIntan ???


Menteri dalam Negeri Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid bin Hamidi yang juga Naib Presiden Umno telah menjadi sasaran Malaysiakini sepanjang kempen PRK Teluk Intan. 

Kehadiran beliau hampir setiap hari di PRK Teluk Intan bukan sahaja sangat membantu jentera BN bahkan turut menggerunkan pembangkang yang ketandusan isu untuk digunakan dalam kempen mereka yang bermula dengan langkah kiri kali ini. Ekoran perselisihan dalaman DAP yang menolak calon Melayu Dyana Sofya dan mahu calon Cina tempatan sebagai wakil DAP !



Blog pembangkang yang mengakui kehadiran hampir setiap hari DSAZH ke Teluk Intan bantu kempen PRK untuk BN



DSAZH bersama pemimpin BN lain kempen untuk BN di Pekan Baru Teluk Intan pada hari Selasa 27.5.2014 lalu

Terkini isu tidak kenang budi yang dimainkan dengan begitu hebat oleh pasukan siber Pakatan.

Kenyataan sebenar DSAZH ialah  mengikut blog Pisau : 

Naib Presiden Umno hari ini menyuarakan perasaan kesalnya terhadap masyarakat Cina, terutamanya yang terlibat dalam perniagaan, memilih DAP dalam pilihan raya apabila sudah berjaya.

"Kalau sekali lagi orang Teluk Intan memilih DAP, saya sedih. Orang Melayu sedih, orang India lagi sedih, Cina tak apalah, dia berniaga macam-macam.

"Tetapi kalau tak ada org Melayu dan orang India tolong, beli barang dia, dia pun tak boleh berniaga. Betul tak ? Orang Melayu dan India tolong peniaga-peniaga Cina, betul tak?

"Dia dah senang, dia pun pilih DAP. Tak kenang budi, betul tak ?" soalnya sambil disambut laungan "betul" oleh hadirin.

Baca sepenuhnya kisah sabotaj penyokong Cina DAP Teluk Intan di sini http://www.pisau.net/zahid-peniaga-cina-tak-kenang-budi-betul-tak-sebab-tu-ismail-sabri-turun-berjihad/


Sebenarnya serangan ke atas DSAZH  bukan sahaja baru bermula bahkan telah lama semenjak melancarkan Ops Cantas memburu penjenayah yang mendapat pujian ramai pihak kerana berjaya membuatkan penjenayah lari ke luar negara untuk membuat tatoo mereka. 

Diikuti pelancaran pasukan STING yang menumpukan usaha melumpuhkan kegiatan dadah ke peringkat akar umbi hingga memanaskan hati kumpulan penjenayah dan pemimpin politik yang disokong dan menyokong mereka.

Semua sudah tahu gosip pembangkang dengan kumpulan gangster yang bagaikan irama dan lagu. Kerana itu apabila anggota polis mati mereka tidak bising seperti mana ketika penjenayah mati di dalam tahanan polis sehingga menampakkan sokongan mereka atas nama hak asasi dan keadilan hanyalah untuk penjenayah sahaja.

Semangat anggota polis juga telah bertambah dengan akta baru diperkenalkan iaitu PCA 2013 yang mana berjaya diluluskan walau mendapat tentangan majoriti pihak pembangkang. Ia seumpama taring yang dikembalikan kepada pihak PDRM demi memastikan penjenayah akan dihapuskan hingga ke akar umbi.

Sebagai portal popular walau hanya pandai memusing cerita, Malaysiakini juga tidak ketinggalan turut memainkan cerita nada yang sama. Memastikan imej Naib Presiden yang paling kanan ini akan jatuh sekaligus menjatuhkan sokongan dan membuka pintu kekalahan kepada Mah Siew Keong.

Keghairahan Malaysiakini bukan sedikit hingga telah mencabar tahap kesabaran YAB Perdana Menteri sehingga menghantar notis saman kepada portal pro Pembangkang beberapa hari lalu.



Kepimpinan DSAZH terutamanya dalam menangani Lahad Datu yang berjaya diselesaikan dalam masa yang singkat dengan serangan sebelum Subuh  ke atas kubu pengganas, juga telah membuka mata ramai pihak sehingga mereka telah melancarkan serangan besar-besaran mencari isu yang boleh menjatuhkan beliau.

Ia begitu berjaya sehingga ada juga kalangan kita yang terpengaruh lalu memulakan serangan ke atas DSAZH seperti isu British Oversea Citizens (BOC) yang akhirnya tenang selepas kenyataan media dikeluarkan. Yang mulanya dicetuskan oleh pemimpin DAP.

Kerana itu isu ugut pengundi, rasuah, perkauman dilemparkan dalam skala yang besar kepada DSAZH di alam maya oleh Malaysiakini terutama semasa PRK kali ini dengan taktik melaga-lagakan antara komponen adalah sudah dijangka.

Mereka telah memanipulasi kenyataan media DSAZH dan dilagakan dengan pemimpin MIC MCA sehingga membuatkan imej BN seperti telah punah ekoran kenyataan beliau. Walhal mengikut sumber sahih ia tidak benar dan hanya manipulasi atau spin oleh Malaysiakini.

Kenyataan balas pemimpin Umno Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menasihatkan agar jangan terpengaruh dengan taktik kotor ini bukti bahawa apa yang berlaku hasil manipulasi Malaysiakini dan portal pro pembangkang yang lain demi keuntungan pihak yang disokong oleh mereka terutama pembangkang.



Blog SAHABAT saya MyMassa telah mendedahkan dana asing yang mengalir ke Malaysiakini dan juga kawalan ke atas portal tersebut. 

Baca selanjutnya di sini 


Hakikatnya isu Cina tidak kenang budi sama seperti isu Melayu tidak kenang budi atau India. Jika mereka menyokong parti yang tidak membantu mereka dan membenci parti BN yang selama ini gigih membantu mereka hingga berjaya.

Maka Melayu Cina atau India yang menyokong Pakatan adalah dianggap melupakan jasa atau tidak mengenang budi walaupun hak memilih parti adalah hak mereka. 

Jika jasa BN membangunkan negara dan ekonomi sehingga kaum Cina dapat berjaya dan menguasai kedudukan 10 orang terkaya di Malaysia sudah dilupakan maka tidak salah jika Naib Presiden Umno DSAZH menyifatkan golongan Cina tersebut sebagai tidak mengenang budi.

Hanya India dan Melayu sahaja yang sedar dari dakyah pembangkang kerana mereka sudah nampak penipuan demi penipuan yang dibuat oleh Pakatan yang hanya pandai berjanji namun gagal ditepati.

Mungkin Cina di Teluk Intan akan membuktikan mereka juga berjaya membebaskan diri dari pukauan dan gertakan Pembangkang kali ini - dengan memilih BN secara total - yang mungkin menekan mereka dengan pelbagai cara untuk terus memberi undi kepada calon Pakatan walau tidak akan mampu berdasarkan pengalaman cetek Dyana untuk memacu Teluk Intan ke arah lebih cemerlang dan gemilang.

Kita yakin Cina di Teluk Intan akan berubah kali ini. Undilah BN untuk Malaysia dan Perak yang lebih berjaya.

Tidak mustahil Mah Siew Keong akan dilantik menjadi Menteri Pengangkutan jika beliau menang selepas MCA menolak jawatan yang diperuntukan kepada mereka hingga ke hari ini. 






Sent from my iPhone
Sent from my iPhone

Ibu Kandung Sanggup Dera Anak Hingga Mati

Akibat perceraian anak yang jadi mangsa. Jangan runtuhkan rumahtangga yang dibina. Fikirkan masa depan anak kita. 



Sent from my iPhone

PM @Najibrazak Beri Penghormatan Terakhir Kpd Almarhum Sultan Azlan Shah | MYNEWSHUB


KUALA KANGSAR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah, yang mangkat Rabu.

Najib yang sedang dalam rangka lawatan rasmi ke China, tiba di Balairong Seri Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini pada 9 pagi dan akan kembali ke Beijing untuk menyambung lawatan enam hari yang bermula Selasa sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Beliau diiringi Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan turut bertemu kerabat diraja Perak untuk merafak sembah ucapan takziah atas kemangkatan baginda.

Istiadat penghormatan terakhir dimulakan dengan kumpulan orang awam dari pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi sebelum disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing dari 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari.

Ini diiikuti Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan dari 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari semalam dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar.

Jenazah baginda kini disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

Baginda memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Feb 1984. – BERNAMA

33

44

11 (1)




Sent from my iPhone

28 Mei 2014

Istiadat Perkabungan DiRaja - Ceramah Politik Juga Dilarang Tanda Hormat Almarhum Sultan

Pengumuman Kemangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah oleh MB @ZambryAbdKadir





لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُاَ
للّبسم الله الرحمن الرحيمهُ

اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سيّدنامُØ­َÙ…َّدٍ Ùˆَ عَÙ„َÙ‰ آلِ  Ø³ÙŠØ¯Ø¯Ù†Ø§ Ù…ُØ­َÙ…

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ

AL FATIHAH 

Dengan dukcitanya adalah dimaklumkan bahawa Al marhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat sebentar tadi.

Sekian. 

28hb Mei,2014
1.38pm
from perak mb's  press office.
/--------

Gempar : Kicap ABC ada cicak ???

Gambar di bawah banyak disebarkan. Melalui whatsapp.

Pusat Gerakan DAP dibakar Pemuda Umno?

Harap sebarkan perkara sebenar.

27 Mei 2014

BERNAMA - Heret Pengeluar Cadbury Ke Mahkamah - LPKPM


                      Gambar hiasan 


KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diminta bertindak lebih tegas dengan mengheret pengilang coklat Cadbury Confectionery (M) Sdn Bhd ke mahkamah ekoran daripada penemuan DNA khinzir di dalam dua produknya.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Prof Datuk Seri Dr Saharuddin Awang Yahya berkata tindakan tersebut wajar bagi memastikan perkara seumpama tidak berulang.

"Sekadar nasihat dan amaran tidak cukup, mereka perlu dibawa ke mahkamah supaya perkara ini dapat dijadikan tauladan kepada pengilang lain," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Saharuddin juga berkata pihak Cadbury perlu membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada umat Islam serta menarik balik semua variasi coklat keluaran syarikatnya daripada pasaran kerana dikhuatiri dikeluarkan menggunakan mesin yang sama.

Beliau turut menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengambil langkah mengemas kini hab halal di negara ini supaya tiada keraguan dalam kalangan pengguna terutamanya umat Islam terhadap sijil dan logo halal Malaysia.

"Malaysia dikenali sebagai hab halal utama dan terkenal di peringkat global, Jakim merupakan satu-satunya badan yang berkuasa dalam bidang halal, akan tetapi bila berlaku perkara seperti ini pengguna akan hilang kepercayaan terhadap institusi halal negara kita," katanya.

Beliau turut mencadangkan Jakim menjalankan pemantauan dengan lebih kerap terhadap pengilang-pengilang bukan Islam termasuk bagi produk kosmetik.

Sabtu lepas Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat keluaran syarikat itu mengandungi DNA khinzir iaitu Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013N01RI1).

-- BERNAMA



Sent from my iPhone

MPV Dipercayai Milik Penjenayah Ditemui - Astro Awani

Manifesto Calon BN Mah Siew Keong #prktelukintan - Sebarkan

Kenyataan Menteri dalam Negeri @Zahid_Hamidi Polis Mati Dirempuh Penjenayah di Perak Semalam - Youtube




PERUTUSAN YAB PM @NAJIBRAZAK SEMPENA HARI ISRA MIKRAJ



KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam di negara ini bersama-sama mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj dengan menggerakkan semangat kesatuan bertunjangkan wasatiyyah serta mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam.

Perdana Menteri berkata, jambatan silaturrahim juga perlu dijaga atas dasar perjuangan agama, permuafakatan, saling membantu, berkasih sayang tanpa mengira bangsa dan agama.

"Inilah tonggak keharmonian dan perpaduan di negara kita yang perlu dipertahankan bersama-sama," katanya dalam perutusan khas sempena peristiwa Israk dan Mikraj 1435H, yang dimuatnaik di laman blog www.1malaysia.com.my.

Beliau berkata, antara hikmah bersejarah di sebalik peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab itu adalah sebuah persahabatan ikhlas yang ditunjukkan oleh (Khalifah) Abu Bakar sehingga mendapat gelaran As-Siddiq (yang benar) kerana terus membenarkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140526/dn_40/Najib-ajak-umat-Islam-bersatu-sempena-Israk-dan-Mikraj#ixzz32sy04Mz5
© Utusan Melayu (M) Bhd


26 Mei 2014

Jamal Abdillah Bantu Kempen PRK Teluk Intan




Beliau memang asal Teluk Intan.

Suasana di lokasi  dirakam sebentar tadi :






Kehadiran memang membanggakan. Tahniah jentera BN yang menggunakan artis untuk membantu kempen Teluk Intan kali ini.gambar tengok di bawah :



Pengaruh mereka bukan sedikit.

Semalam juga di Sg Samak semasa ceramah Datuk Ahmad Maslan Datuk Seri Noh Omar dan Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi penyanyi Rohana Jalil Nasier Wahab dan Anahita turut hadir beri sokongan dan membuat persembahan.


Harap strategi baru akan dilaksanakan untuk memikat hati pengundi Teluk Intan sekaligus menyaksikan peluang Calon BN menjadi Menteri mewakili kaum Cina dalam kabinet Malaysia.






Anggota polis maut, cedera parah dilanggar penyamun di Teluk Intan


Lokasi mayat ditemui selepas dilanggar

Keadaan motor URB ditunggani mangsa


Wajah mangsa terbunuh.


Kereta Toyota Wish yang dipercayai dibakar penjenayah untuk hilang bukti..






Berita Utusan Malaysia :

TELUK INTAN 26 Mei - Seorang anggota polis maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan penyamun dalam kejadian di Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang belum dikenalpasti identiti pula cedera parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa dilanggar oleh satu daripada dua buah kereta yang dinaiki penjenayah terbabit yang baharu sahaja merompak sebuah van rokok.

Katanya, kereta yang dinaiki suspek itu adalah jenis Toyota Wish warna Silver bernombor pendaftaran WRV 5308 dan sebuah lagi kenderaan jenis Honda.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis,'' katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140526/je_08/Anggota-polis-maut-cedera-parah-dilanggar-penyamun#ixzz32pWvGu2w
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Poster #PRKTelukIntan : Calon DAP @Dyanasmd Menipu ???

Video Kenyataan Menteri dalam Negeri @Zahid_Hamidi Isu Baju Rela Jika BN Menang #PRKTelukIntan - Mohon Sebarkan

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/MHWF_Skzhts

Cadbury Malaysia kesal isu DNA Babi - @AstroAwani

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/i6jwW7o7Erg



Kekesalan tidak cukup. Tetapi perlu diikuti dengan menarik kembali produk. Dan mengusahakan produk mengikut cara diajar yang lslam.


Sent from my iPhone

Cari Blog Ini

Translate