Pengikut Blog Panglima

27 Mei 2014

PERUTUSAN YAB PM @NAJIBRAZAK SEMPENA HARI ISRA MIKRAJ



KUALA LUMPUR 26 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam di negara ini bersama-sama mengambil iktibar peristiwa Israk dan Mikraj dengan menggerakkan semangat kesatuan bertunjangkan wasatiyyah serta mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam.

Perdana Menteri berkata, jambatan silaturrahim juga perlu dijaga atas dasar perjuangan agama, permuafakatan, saling membantu, berkasih sayang tanpa mengira bangsa dan agama.

"Inilah tonggak keharmonian dan perpaduan di negara kita yang perlu dipertahankan bersama-sama," katanya dalam perutusan khas sempena peristiwa Israk dan Mikraj 1435H, yang dimuatnaik di laman blog www.1malaysia.com.my.

Beliau berkata, antara hikmah bersejarah di sebalik peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab itu adalah sebuah persahabatan ikhlas yang ditunjukkan oleh (Khalifah) Abu Bakar sehingga mendapat gelaran As-Siddiq (yang benar) kerana terus membenarkan kata-kata Nabi Muhammad s.a.w berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140526/dn_40/Najib-ajak-umat-Islam-bersatu-sempena-Israk-dan-Mikraj#ixzz32sy04Mz5
© Utusan Melayu (M) Bhd


Catat Ulasan