Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

26 Mei 2014

Anggota polis maut, cedera parah dilanggar penyamun di Teluk Intan


Lokasi mayat ditemui selepas dilanggar

Keadaan motor URB ditunggani mangsa


Wajah mangsa terbunuh.


Kereta Toyota Wish yang dipercayai dibakar penjenayah untuk hilang bukti..






Berita Utusan Malaysia :

TELUK INTAN 26 Mei - Seorang anggota polis maut manakala rakannya cedera parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan penyamun dalam kejadian di Batu 10 menghala ke Alor Pongsu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa, Lans Koperal Mohd. Azuan Abdullah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala rakannya yang belum dikenalpasti identiti pula cedera parah.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, mangsa dilanggar oleh satu daripada dua buah kereta yang dinaiki penjenayah terbabit yang baharu sahaja merompak sebuah van rokok.

Katanya, kereta yang dinaiki suspek itu adalah jenis Toyota Wish warna Silver bernombor pendaftaran WRV 5308 dan sebuah lagi kenderaan jenis Honda.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis,'' katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20140526/je_08/Anggota-polis-maut-cedera-parah-dilanggar-penyamun#ixzz32pWvGu2w
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate