Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mei 2014

Gambar #Selfie PM @NajibRazak bersama @BarackObama dalam Kereta The Beast





Gambar selfie Najib Tun Razak dan Barack Obama dalam The Beast.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi 31 keping gambar koleksi peribadi beliau bersama Barack Obama bersempena kunjungan Presiden Amerika Syarikat itu ke negara ini pada 26 April lalu.

Gambar-gambar menarik berkenaan telah dimuat naik ke laman sosial Facebook milik beliau, hari ini.

Antara gambar yang menarik perhatian ketika lawatan singkat Obama ialah gambar ‘selfie’ dalam kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat, The Beast yang sekali gus menggambarkan kemesraan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Perdana Menteri turut memberi komen beserta gambar-gambar dalam entri beliau dengan menyatakan April 2014 menjadi peristiwa penting dalam sejarah Malaysia dengan kunjungan tiga hari Obama itu, menjadikan beliau Presiden Amerika Syarikat kedua berbuat demikian selepas lawatan Presiden Lyndon, B. Johnson pada 1966.

"Kita sangat berbesar hati menerima kunjungan beliau dan kedua-dua negara telah bersetuju untuk menaik taraf hubungan dua hala dengan perkongsian yang menyeluruh.

"Saya juga menyertai Presiden Obama di dalam kereta Presiden terkenal yang dikenali sebagai The Beast," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140504/dn_06/Najib-kongsi-gambar-bersama-Obama#ixzz30onPzexU
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate