Pengikut Blog Panglima

05 Mei 2014

PM @NajibRazak Ziarah Jenazah Bekas Adun Hulu Bernam - Al Fatihah



 

HULU SELANGOR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah jenazah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam Datuk Mohammed Idris Abu Bakar di kediamannya di Kalumpang, dekat sini.

Najib tiba di kediaman Allahyarham pada 12.40 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 20 minit.

Antara yang turut menziarahi jenazah ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan, Wakil Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Menurut adik ipar allahyarham, Mohd Nizar Mohd Nazir, Mohammed Idris menghembuskan nafas terakhir kita-kira 2 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk barah urus.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norliah Mohd Nazir, 58, dan lima orang anak terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalumpang selepas solat Zohor.

Selain pernah berkhidmat sebagai Adun, Allahyarham Mohamed Idris juga merupakan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor bagi tempoh 1998 hingga 2013 dan pernah menjadi Ketua Pemuda Selangor sejak 1990 hingga 1993.

Najib ketika ditemui pemberita, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat merendah diri dan peramah.

“Allahyarham juga seorang anggota parti yang setia,” katanya.

Sementara itu, Zahid pula berkata Allahyarham semasa hayatnya amat disukai dan disegani oleh kawan-kawan, malah musuh politik juga menyenangi sikap dan sifatnya yang ramah.

Bagi Kamalanathan, yang juga anggota Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham merupakan individu yang banyak memberi sokongan dalam kerjaya politiknya termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010.

Dalam keadaan sebak menahan air mata, Kamalanathan berkata :”Saya hari ini…kerana didikan beliau. Saya akan ikut kepimpinannya”. – BERNAMA
 
Catat Ulasan