Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 Mei 2014

Kita Perlu Sedar Siapakah Faisal Tehrani dan Zainah Anwar (Pengasas Sister In Islam) Di Malaysia



Taktik terbaru golongan sesat seperti Wahabi Syiah Islam liberal atau ajaran sesat : berlindung sebalik parti, NGO atau Kelab yang mendampingi pemimpin hebat ! 


Ada juga sudah serap diri dalam parti politik. Semua sudah tahu siapa mereka. Terbaru mereka sudah diletak dalam Majlis Ulama Pemuda Umno seperti diumum beberapa hari yang lalu.


Sehebat Faisal Tehrani jemput PM DS Najib Razak rasmi buku beliau yang didakwa seleweng, ia tetap diharam KDN kerana fahamannya bukan kerana dilancarkan oleh siapa. 


KDN akan dikata 'tin kosong' jika gagal kuatkuasa undang-undang banteras ajaran sesat walau jarang dipuji bila mengambil tindakan seperti yang dikehendaki rakyat. 


PM kita memang suka membaca buku, selepas Tun Mahathir Kadir Jasin pernah memberitahu dalam satu wacana ilmu bahawa Najib Razak PM kedua yang banyak membaca buku.

Kerana itu jemputan melancarkan buku tidak ditolak oleh beliau.


Cuma tak pasti adalah sikap berlumba membaca buku Tun M dengan Tun H ditiru juga antara NR dan RM.


Dengan melancarkan buku Faisal Tehrani YAB Perdana Menteri seperti sudah terkena 'getah' yang menjadi bahan serangan Pembangkang apabila pihak penguatkuasa seperti KDN mengambil tindakan terhadap buku beliau. 


Kalau boleh jika Menteri atau PM nak lancar buku kena check pemikiran penulisnya dan jangan sebarangan terima. Juga jika mahu menulis buku jangan pula dipilih penulis pro Islam Liberal seperti Zainah Anwar yang disebut telah diminta menulis buku yang diberi tajuk 'Legacy of Honour' yang mengisahkan keluarga bekas PM jalur keturunan Menteri Pertahanan DS Hishammuddin Hussein.


http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2011%2f5%2f22%2flifefocus%2f8708899










Meskipun tidak salah namun ia seperti memberi mesej wujud hubungan rapat antara pemimpin dengan penulisnya. Sesuatu yang memberi bola tanggung percuma kepada pembangkang.


Harap pegawai PM dan Menteri akan menerima teguran ini dengan dada lapang.


Bab pemikiran boleh rujuk Prof Wan Mohd Noor Wan Daud anak murid Prof Naquib Al Attas dan juga anak muridnya yang gigih menyebar pemahaman Islam ASWJ di negara dan luar negara. Yang turut gigih membantu PM Najib Razak di Biro Tatanegara.


Lebih jauh dari itu kita juga perlu sedar bahaya gerakan Anti Hadis dipercayai cuba menggunakan Kelab pro Tun M untuk menyebarkan doktrin mereka. Perkara ini sudah didedahkan sebelum ini dan jawapan Tun M tentang Hudud tidak mustahil hasil pemikiran kumpulan ini yang telah berjaya mempengaruhi Tun M.


Meskipun kita tidak menafikan hubungan rapat Tun M dengan Kassim Ahmad namun sebagai negarawan mustahil beliau akan menerima pemikiran ini jika tidak kerana usaha terancang Puak Anti Hadis menyuntik info tidak tepat sehingga berjaya menjadikan kenyataan Tun M sebagai dilihat menyebelahi puak mereka.


Lihat kenyataan Tun M mengiktiraf mazhab Syafei yang ditolak Kassim Ahmad. Lihat juga Mukhriz Mahathir menerima Habib Syech bukti

beliau bukan wahabi atau anti hadis.


Ada kalangan mereka turut menjadi penulis blog popular yang mungkin tidak sedar sudah terpengaruh dengan fahaman ini.


Kepada Allah kita doa agar bumi kita tidak tidak dipenuhi golongan sesat dan dipimpin pemimpin yang menyesatkan.


Bab pemimpin PAS ikut fahaman wahabi dan Syiah yang didedah panglima selama ini anda boleh cari di ruangan 'search' bahagian atas blog.


Mohon maaf kepada yang tidak menyukai tulisan ini.


Berkata benar memang pahit walau ia adalah ubat yang bermanfaat...

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate