Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

14 Mei 2014

Tiga Sebab Ahmad Razif kekal MB yang sah - Pakar Perlembagaan


Mohd. Hafarizam

KUALA LUMPUR 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang baharu mengangkat sumpah pelantikan malam tadi kekal sebagai Menteri Besar Terengganu yang sah meskipun tiga wakil rakyat daripada UMNO mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil Bebas.

Pakar Perlembagaan, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika ditemubual menerusi siaran langsung Buletin 12 Awani di saluran Astro Awani 502 hari ini berkata, kedudukan itu berdasarkan beberapa faktor iaitu:

* Selagi kedudukan Ahmad Razif tidak dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk diambil undi tidak percaya, maka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir itu adalah Menteri Besar Terengganu yang sah.

* Selagi tiada permin­taan untuk membubarkan DUN oleh Ahmad Razif selaku Menteri Besar, maka DUN sedia ada masih lagi berterusan dan beliau masih lagi memegang jawatan Menteri Besar.

* Selagi tiada pelantikan Menteri Besar ba­haru oleh Sultan Terengganu atas sebab baginda telah mendapati Ahmad Razif telah hilang kepercayaan ADUN-ADUN, beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Terengganu.

Mohd. Hafarizam berkata, situasi yang berlaku di Perak pada 2009 apabila tiga ADUN pakatan pembangkang mengumumkan keluar parti adalah berbeza dengan keadaan di Te­rengganu.

Beliau yang juga Pe­nasihat Undang-Undang UMNO berkata, ini kerana tiga ADUN berkenaan bukan sahaja keluar daripada parti masing-masing menjadi ADUN Bebas tetapi turut menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

"Disebabkan itu, Sultan Perak selepas menemuduga 31 ADUN termasuk tiga ADUN Bebas yang memberi sokongan kepada BN telah berkenan melantik Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menjadi Menteri Besar baharu,'' ujarnya.

Tambah beliau, situasi antara kedua-dua buah negeri itu juga berbeza kerana apa yang berlaku adalah pengumuman secara lisan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said; ADUN Ajil, Ghazali Taib dan ADUN Bukit Besi, Roslee Daud bahawa mereka telah keluar daripada UMNO dan menjadi ADUN Bebas.

Berikutan itu, katanya, beberapa persoalan timbul iaitu apakah surat mengenai keputusan itu diterima oleh Pejabat Setiausaha Agung UMNO secara rasmi dan apakah dimaklumkan kepada Speaker DUN Terengganu.

"Jika diambil kira pengumuman secara lisan oleh ketiga-tiga ADUN ini, mereka hanya menyatakan keluar daripada UMNO tetapi mereka tidak menyatakan menyokong Pas. Ini berbeza dengan situasi di Perak kerana sokongan tiga ADUN Bebas telah diberikan kepada BN,'' katanya.

Mohd. Hafarizam berkata, rakyat Terengganu tidak perlu gusar bahawa kerajaan BN Terengganu telah tumbang kerana Ahmad Razif masih Menteri Besar.

Katanya, kerajaan yang memerintah Terengganu pada masa ini adalah kerajaan BN yang diterajui UMNO.

"Tidak timbul Pas mengambil alih tampuk pentadbiran kerana apakah 15 ADUN mereka telah menghadap Sultan Terengganu.

"Apakah Sultan Terengganu berpuas hati bahawa kerajaan BN telah hilang majoriti dan paling penting apakah baginda berkenan melantik Menteri Besar baharu daripada Pas,'' katanya.

http://m.utusan.com.my/Politik/20140514/po_07/Ahmad-Razif-kekal-MB-yang-sah

Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate