Pengikut Blog Panglima

11 Jun 2014

Blogger Pembangkang Perlekeh Menteri dalam Negeri @Zahid_Hamidi Ekoran Kekalahan PRK Teluk Intan Kesan Ops Cantas Khas @pdrmsia


Blogger Pakatan mencuit Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi berkenaan kekalahan PRK Teluk Intan yang dikaitkan dengan amaran beliau terhadap gangster yang dikatakan antara punca penentuan kemenangan atau kekalahan dalam pilihanraya.


Kerana selain beliau, Timbalan Ketua Polis juga telah mengesa orang ramai keluar mengundi kerana polis telah memastikan keselamatan mereka sepanjang proses sebelum dan semasa pengundian.





Gangster juga dikatakan membuat taruhan perjudian dan kerana itu mereka diberi amaran jangan jadikan Prk sebagai medan untuk mengaut keuntungan.

Adalah tidak wajar keamanan dan kemakmuran  rakyat ditentukan pihak tertentu yang akhirnya menjadikan rakyat sebagai mangsa hinggalah ke pengundian PRU akan datang.

Kerana itu tidak salah DS Ahmad Zahid mengimbas amaran beliau kepada gangster antara punca kemenangan BN di Teluk Intan yang tidak dijangka oleh sesiapa pun.

Bahkan suasana semasa keputusan juga agak kecoh di mana penyokong pembangkang turut meminta undian dikira semula namun ditolak oleh SPR kerana ia patut dilakukan di tempat pembuangan undi.

Banyak faktor lain menyumbang kekalahan DAP dan semua orang mengetahui hakikatnya.

Cuma menujukan serangan kepada menteri dalam negeri adalah cara terbaik oleh pembangkang yang sering membela penjenayah untuk memastikan beliau tidak disukai dan seterusnya gangsterisme akan berkembang kembali jika beliau berjaya dijatuhkan !!!

Ramai juga menulis bagaimana operasi rumah urut yang dikait dengan gangsterisme berkembang pesat sejak Pakatan memegang kerajaan.

Kesan Ops Cantas Khas menyaksikan pihak polis telah menahan hampir 80 ribu penjenayah sepanjang ia dilaksanakan sejak 17 Ogos 2013 hingga kini.

sila rujuk berita di sini http://m.thesundaily.my/node/255905




Kepada penyokong kerajaan BN terpulang kepada anda untuk mengiyakan kenyataan Pembangkang atau melawan kembali keceluparan mereka memperlekeh usaha kerajaan yang komited menentang perjudian dan gangsterisme di negara kita.

Tahniah kepada pihak polis atas kejayaan anda menjaga kemakmuran negara.

Sent from my iPhone
Catat Ulasan