Kita penat berbicara tentang sukan. Masalah demi masalah melanda.
Jika perubahan kecil tidak mampu berjaya maka perubahan besar-besaran perlu dilaksana.
Sukan membawa imej negara. Benar kita menang dalam sukan skuasy dan hoki namun sukan lain juga perlu diambil kira.
Kenapa skuasy dan hoki boleh berjaya?
Sudah tentu terletak kepada pengurusannya !
Saya meneliti jarak dekat bagaimana pencapaian pasukan ATM sebelum ini dan kini PDRM yang berubah di bawah pengurusan Menteri DS Ahmad Zahid Hamidi bukti bagaimana pemimpin memainkan peranan. Hingga kekal tanpa kalah hingga sekarang.
Lihat juga pengurusan Tan Sri Annuar Musa maka The Red Warrior menjadi sebuah pasukan terkenal. Siapa yang mengikuti perkembangan pasukan ini akan dapat melihat transformasi beliau bawa hingga beberapa kali pasukan TRW bergelar juara.
Lihat juga JDT yang begitu cemerlang hasil sentuhan Tengku Mahkota Johor juga perlu diambil kira.
Semuanya berkaitan pemimpin dan kepimpinan.
Maka dalam bab sukan yang begitu ramai menoleh pandangan maka sudah tiba masa kita melihat kembali apakah cara sesuai untuk meningkatkan mutu sukan kita.
Pemimpin yang gagal perlu letak jawatan kerana inilah lumrah kepimpinan bukan terus menongkat langit mahu meneruskan kepimpinan.
Di Barat pemimpin yang gagal akan meletak jawatan dan Pengurus pasukan bola sepak juga tidak terkecuali.
Jangan menunggu rakyat mendesak baru perubahan mahu dilakukan!
Maka kita perlu berani membuat perubahan agar harapan jutaan rakyat terhadap sukan negara akan menjadi nyata.
Jangan biar mereka meleleh air liur melihat pasukan dunia beraksi dan Malaysia masih tidak pernah mampu melayakkan diri ke pertandingan tersebut.
Kepada YAB Perdana Menteri kita bergantung harapan agar sukan akan dapat disuntik semangat transformasi hebat beliau dan bukan dimonopoli pihak atau kaum tertentu sahaja.
Sekian, mohon pandangan.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan