Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

18 Julai 2014

Hasan Ali cabar Pas pecat @KhalidSamad

ARKIB : 17/07/2014




Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Julai - Pas dicabar mengambil tindakan tegas termasuk memecat Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad ekoran pelbagai kenyataan kontroversinya sehingga mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, jika beliau yang sebelum ini bertindak menyuarakan kepentingan bangsa Melayu dan agama Islam di Selangor dipecat oleh Pas, tiada sebab untuk Khalid kebal daripada tindakan serupa.

Katanya, tindak-tanduk Khalid bukan sahaja mencemarkan perjuangan Pas tetapi pendiriannya yang berterusan konsisten 'menyerang' agensi agama di Selangor seolah-olah menjadi jurucakap kepada golongan yang liberalisme, pluralisme dan sekuralisme.

"Pengalaman saya sewaktu menjadi exco kerajaan negeri, Khalid dalam banyak hal menjadi penghalang kepada usaha menjamin kemuliaan Islam seperti peristiwa mengharamkan jualan arak di Shah Alam dan isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

"Saya masih ingat, Khalid sering menidakkan apa juga bentuk undang-undang dan peraturan yang ingin dikuatkuasakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya dalam sidang akhbar di rumahnya, di Damansara Utama, di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut turut disertai Timbalan Presiden Jati, Datuk Aidit Ghazali.

Semalam, Sultan Sharafuddin menzahirkan kemurkaan baginda kepada Khalid apabila menyifatkan tindakan mempersoal kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebagai perbuatan biadab selain penentangan terhadap baginda selaku ketua agama Islam negeri.

Mengulas lanjut, Hasan berkata, beliau pelik mengapa kepimpinan Pas tidak berani mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap Khalid, sedangkan sering kali kenyataan-kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Shah Alam itu mengguris hati orang Islam.

"Bagi saya kalau kita melihat kepada 'dosa' yang telah dilakukan oleh Khalid adalah wajar untuk beliau dihukum kerana kalau terus dibiar dan tidak diambil sebarang tindakan, sayap dan kesombongan dia makin berkembang," ujarnya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140717/po_02/Hasan-Ali-cabar-Pas-pecat-Khalid#ixzz37kecqd6e
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate