Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Ogos 2014

3 Adun BN Akan Dilantik Exco Selangor Kerana Sokong @Khalid_Ibrahim ???


Jika benar maka ia akan mewujudkan Kerajaan campuran tanpa ikatan tertentu dengannTan Sri Khalid Ibrahim menjadi MB.

Kajang Move sudah bertukar Khalid Move - pasti memeningkan lagi Anwar yang tentu tidak menyangka Khalid hanya gagap bercakap tetapi pantas bertindak !

Semuanya kuasa Allah dan antara dua yang buruk tentu kita memilih paling kurang keburukan untuk dijadikan rakan.

Tiada pokok akar pun berguna.

Exco Khalid

Shah Alam – Tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor dari Barisan Nasional (BN) dijangka akan ditawarkan untuk mengisi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat, Kerajaan Negeri Selango (Exco) dalam rombakan yang bakal dilakukan tidak lama lagi.

Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, ia sebagai balasan kerana menyokong pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya difahamkan Tan Sri akan mengadakan rombakan dalam masa yang terdekat sejurus selepas beliau berjumpa dengan wakil-wakil Exco dari DAP dan PKR.

"Selepas perjumpaan tersebut, Tan Sri  dijangka akan mengugurkan beberapa nama dari DAP dan PKR bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri" katanya kepada SuaraTv sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai spekulasi itu.

"Selanjutnya, baik kita tunggu pengumuman yang akan dibuat oleh Tan Sri Menteri Besar" ujarnya lagi.

BN  Selangor sebentar tadi mengumumkan akan memberikan sokongan penuh kepada Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

"Saya mengikuti kenyataan dikeluarkan MB Khalid tentang status kedudukan beliau. Saya sudah berhubung dengan PM untuk mendapatkan hala tuju.

"Saya nak nyatakan BN sokong status Khalid kekal sebagai MB Selangor tanpa mengira fahaman politik. Kita juga tidak melihat kewajaran kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Selangor kerana apa yang penting soal kesinambungan dan nasib rakyat Selangor," katanya pada satu sidang media di Putrajaya hari ini.

Terdahulu Abdul Khalid di dalam sidang akhbar hari ini berkata Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan dan memperkenankan beliau untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

Khalid berkata, beliau turut menjelaskan kepada Tuanku bahawa dirinya masih memperolehi kepercayaan majoriti daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).

Jelasnya, beliau akan kekal dengan jawatannya dan menjalankan tugas seperti biasa sehingga terdapat perkembangan baharu.

Beliau turut menjelaskan akan bertemu enam exco lain dari PKR dan DAP untuk bertanya mengenai kesanggupan bekerjasama bersama pentadbiran beliau.

"Kalau mereka tak mahu bersama dalam pasukan menteri besar, lebih baik mereka tak jadi exco," kata beliau.

http://portal.suara.tv/?p=19992


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate