Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Ogos 2014

5 Kelebihan Proton Suprima vs Toyota Vios 2013

1. HARGA
Suprima S:-
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (metallic) RM76,688
  • Proton Suprima S 1.6 Executive (solid) RM76,338
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (metallic) RM79,988
  • Proton Suprima S 1.6 Premium (solid) RM79,638
Toyota Vios 2013:-
  • Toyota Vios 1.5 TRD Sportivo – RM93,200.00
  • Toyota Vios 1.5 G – RM88,500
  • Toyota Vios 1.5 E – RM82,900
  • Toyota Vios 1.5 J (Automatik)  – RM77,300
  • Toyota Vios 1.5 J (Manual) – RM73,200
Kesimpulan - Proton Suprima S memenangi kategori ini walaupun varian Vios J adalah lebih murah. Perlu diingatkan gear Vios J adalah manual dan varian automatik Vios hanya bermula pada harga yang lebih tinggi berbanding Suprima. Sudah tentu pilihan gear automatik menjadi pilihan terutamanya kepada pembeli yang kebanyakannya membuat pemanduan di dalam kota. Malah dengan hanya perbezaan RM3,000 sahaja berbanding varian asas, pembeli Suprima S sudah boleh mendapatkan varian yang paling hebat iaitu Premium.
banding
2. REKAAN LUARAN
Suprima S – secara mudah, model ini sebenarnya adalah Proton Preve versi hatchback. Daripada komen yang diterima, ramai yang kurang berpuas hati dengan rekabentuk belakang Suprima S.  Lampu bahagian belakang tidak cukup menggoda pada pandangan kami. Namun bahagian depan Suprima S memang tidak dinafikan mempunyai ciri-ciri yang mampu menarik perhatian.
Toyota Vios 2013 - masih mengekalkan rekaan “dugong”, itulah antara komen yang kami terima. Secara jujur nampak seperti tiada kajian mendalam yang dilakukan oleh Toyota untuk model terbarunya ini. Kemungkinan besar ini adalah kerana keyakinan Toyota untuk menjual produknya kepada rakyat Malaysia. Lampu belakang Vios juga dilihat kurang menarik dan tidak mengikuti perkembangan seperti model-model kereta daripada Korea.
Kesimpulan – Oleh kerana rekaan luaran adalah satu perkara subjektif, kami tidak dapat memberi kelebihan kepada salah satu model ini. Mungkin di mata kami nampak hodoh, tetapi di mata anda nampak cantik. Apa pun, jika kami disuruh membuat pilihan daripada segi luaran sahaja, kami akan memilih Toyota Vios 2013.
3. REKAAN DALAMAN

kchproton1708
Suprima S - secara jujur, rekaan dalaman model ini nampak tidak begitu menarik. Sekali pandang, nampak terlalu kosong. Namun begitu, ciri-ciri seperti GPS dikuasakan Android, wifi, 7 inci LCD untuk pemain DVD dan 4-6 speaker berdasarkan model, memang terserlah kecanggihan yang ditawarkan.
Toyota Vios 2013 lebih kemas dan menarik jika dibandingkan dengan Suprima S. Turut ditawarkan skrin sesentuh 5.8 inci secara pilihan, Bluetooth, kamera undur belakang dan pemain DVD.
Kesimpulan - daripada segi susun atur, ia dimenangi oleh Vios. Namun daripada segi nilai untuk wang, Suprima S memenanginya. Tiada bayaran tambahan atau caj dikenakan untuk mendapatkan rekaan dalam premium Suprima S jika dibandingkan dengan Vios.
4. KESELAMATAN
Suprima S - enam beg udara, tingkap kuasa anti-perangkap, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) serta bagi model premium disertakan Park Assist dan kamera undur.
Toyota Vios 2013 - dua beg udara, Sistem Anti Kekunci Membrek (ABS) dengan EBS.
Kesimpulan - dimenangi sepenuhnya oleh Suprima S yang mendapat 5 bintang di dalam ujian keselamatan ANCAP.
5. ENJIN
Suprima S - 1.6 liter dengan ProTonic Continuous Variable Transmission (CVT), tujuh kelajuan automatik yang menawarkan kuasa maksimum 140 PS pada 5,000 revolusi per minit (rpm) dan kuasa kilas 205 Newton meter (Nm) pada 2,000 hingga 4,000 rpm, berkuasa sama seperti enjin 2.0 liter lain.
Toyota Vios 2013 - njin 1NZ-FE 1.5 liter dengan kuasa 109ps bersama-sama tork maksimum 141Nm. Sistem transmisinya juga masih mengekalkan kotak gear automatik empat kelajuan, termasuk versi manual lima kelajuan.
Kesimpulan kekecewaan pada Vios 2013 kerana tidak menggunakan enjin baru sebaliknya hanya guna semula enjin yang digunapakai di dalam model Vios sebelum ini. Kategori ini dimenangi oleh Suprima S.


Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate