Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

27 Ogos 2014

MB @Khalid_Ibrahim Nafi Hanya Satu Nama Dikemukakan PR Tahun 2008 dan 201

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan bukan hanya satu nama calon yang dikemukakan perikatan itu kepada istana untuk pemilihan menteri besar pada tahun 2008 dan 2013.

Abdul Khalid mendakwa, perkara tersebut tidak dilaporkan dengan tepat.

"Ada calon lain juga yang dikemukakan kepada istana secara berasingan dan kedua-duanya dibuat oleh PKR dan Pas.

"Ia (merujuk kepada pemilihan MB) pada tahun 2008 dan 2013," katanya kepada pemberita, hari ini.

Ketika ditanya sekali lagi berkenaan perkara sama, Abdul Khalid tetap menegaskan bahawa bukan namanya saja yang dihantar kepada pihak istana.

"Bukan satu nama yang diberi kepada istana. Ia lebih daripada satu nama

"PR tidak ke muka hanya satu nama ketika itu," soal wartawan dan Abdul Khalid menjawab, " Ya. Sebagai tambahan kepada nama saya dengan surat yang berbeza. Ia (kemuka nama) berasingan," jelas beliau.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan mengemukakan cadangan untuk diadakan pilihan raya negeri (PRN) kepada Sultan Selangor, Abdul Khalid hanya menjawab, "perkara yang kita nak selesaikan ialah pelantikan menteri besar yang baharu. Apabila menteri besar dilantik, isu bubar tidak timbul."

Semalam, PKR dan DAP kekal dengan keputusan menamakan satu sahaja nama sebagai calon menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada
Sultan Selangor meskipun baginda telah menitahkan agar pakatan itu mengemukakan lebih daripada dua nama.

Menurut kenyataan bersama itu, keputusan tersebut sejajar dengan konvensi pelantikan menteri besar pada 2013 di mana PR hanya menamakan satu nama sahaja iaitu Abdul Khalid.

"Mengambil kira titah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan konvensi yang diamalkan sebelum ini dalam pelantikan Menteri Besar, (di mana) PR telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013.

"Pencalonan ini diperkenankan dan diterima pakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor.

"Oleh itu, PKR dan DAP menjunjung titah Sultan Selangor itu dan akan mempersembahkan pencalonan Wan Azizah untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sejajar dengan konvensi yang diamalkan oleh PR dalam tahun 2013 memandangkan Wan Azizah sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Ahli Dewan Negeri (termasuk Wan Azizah sendiri)," kata kenyataan itu.








http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/jawatan-mb-tak-benar-pr-hanya-hantar-1-nama-1.311654


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate