Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

31 Ogos 2014

Nepotisme PKR terus diselar PAS - @UMOnline


Nepotisme PKR terus diselar

NASRUDIN HASSAN

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Selepas membidas keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal jawatan Menteri Besar Selangor, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nasrudin Hassan terus lantang membuat kritikan dalam isu berkenaan.

Kali ini beliau menyentuh mengenai amalan nepotisme dengan merujuk isu pelantikan menantu kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2009 sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Katanya, ekoran pelantikan berkenaan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dikritik hebat sehingga membawa kepada pengunduran beliau.

Justeru, Ahli Parlimen Temerloh itu mempersoalkan apakah nepotisme hanya terpakai kepada menantu Nik Abdul Aziz tetapi tidak kepada pihak lain termasuk dalam isu Menteri Besar Selangor.

"Pas Pusat menasihati Kelantan dan Abdul Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini. Atau nepotisme hanya untuk Abdul Ariffahmi menantu Nik Abdul Aziz, tidak kepada yang lain," katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Semalam, beliau secara sinis menyifatkan keputusan Anwar menamakan Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor satu perkara luar biasa.

Sementara itu, Nasrudin mempersoalkan mengapakah nepotisme tidak diterima dalam isu pelantikan Abdul Ariffahmi lima tahun lalu jika amalan itu dibenarkan.

"Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baharu sekarang. Sepatutnya ia sudah diterima lima tahun lalu. Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme pada hari ini," ujarnya sinis.

Dalam tulisannya di Facebook, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berhubung isu pemilihan calon untuk jawatan Menteri Besar Selangor.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20140831/po_01/Nepotisme-PKR-terus-diselar#ixzz3BvlQEmK5 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate