Pengikut Blog Panglima

26 September 2014

Analisa Kemenangan Cikgu Mat Razi @Barisanasional di #PRkPengkalanKubo

Keputusan PRK Pengkalan Kubor mengikut Utusan Malaysia sms alert :

Calon BN, Mat Razi Mat Ail memperolehi 9,961 undi

calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim dengan 7,326 undi dan

Bebas, Aizat Bukhary Ismail Bukhary pula mendapat 38 undi.

Undi rosak 230.

Jumlah yang keluar mengundi adalah 73 peratus.


Analisa :

Pada PRU 13 Allahyarham Dato Nor kZahidi menang apabila mendapat 10,174 undi dengan majoriti 1736 undi.

Dengan 2635 undi majoriti, Ini bermakna Cikgu Mat Razi telah mendapat pertambahan majoriti sebanyak 899 undi walaupun peratusan mengundi hanya 73% tidak seperti PRU yang lalu iaitu 78.94 %

Undi rosak juga berkurangan dari 344 kepada 230 undi. Mungkin perpaduan kalangan Umno yang semakin baik dan penyokong atas pagar kini telah memihak kepada BN dan tidak lagi merosakkan undi menjadi faktor penyebab ini.

Faktor calon dan juga Allahyarham Dato Norzahidi disamping kemelut Pakatan Rakyat menyebabkan undi beralih arah kepada BN.

Calon PAS yang didatangkan juga didapati gagal menunjukkan ketokohan beliau apabila hanya menjawab soalan wartawan dengan dibantu EXCO Kelantan hingga terbongkar dalan cawan.

Lebih jauh beliau dikhabarkan pro Anwarinas dalam PAS !!

Kemenangan selesa ini juga boleh jadi kerana PAS mungkin berpecah dari dalam antara penyokong Hj Hadi dan Anwarinas kerana calon yang ditampilkan tidak setanding dengan calon BN yang membawa imej warak sebagai pengasas pondok dan digelar ustaz.

Mengikut ayahanda panglima yang juga pernah mengajar bersama beliau sejak dahulu cikgu Mat Razi seorang yang baik dengan semua orang. Faktor inilah menjadi magnet yang membuka hati rakyat untuk memilihnya menjadi wakil mereka di Pengkalan Kubor.

Walaupun dikecam oleh Ketua Penerangan PAS Kelantan Ustaz Nasarudin Daud kerana imej ustaz yang dihina oleh beliau namun pengundi tetap menyatakan pandangan mereka dengan memberi kepercayaan kepada Cikgu Mat Razi sebagai tanda simpati.

Faktor lain ialah pengaruh beberapa pondok di Pengkalan Kubor mengikut rakan saya yang meninjau dari dekat perjalanan PRK di sana mungkin menjadi penambah perisa kemenangan. Tidak silap beliau menyebut ada enam buah pondok di dalam DUN Pengkalan Kubor.

Semua tahu PRU lalu isu Tok Guru Abdullah Saamah di Pondok Geting menjadi tumpuan seluruh negara kerana berani melawan Nik Aziz yang pro wahabi dan kali ini pondok pondok di Kelantan menggunakan peluang untuk membalas jasa BN memperjuangkan isu mereka, membela nasib mereka dan menyokong Ahlu Sunnah Wal Jamaah sehingga ia menjadi titik perubahan pemikiran tuan tuan guru pondok di sana.

Kunjungan TPM Tan SRI Muhyiddin juga memberi aura kemenangan kepada BN terutama ketika melawat kawasan pondok dan sekolah agama semasa kempen bantu calon BN di sana.

Maka tidak pelik dari lima saluran menang PAS kini hanya mampu menang satu PDM sahaja mengikut info yang diterima.

PAS kini wajar menilai kembali kekalahan ini dan mereka juga wajar memikirkan apakah ada lagi ruang untuk PAS terus membiarkan ahli mereka diperkuda PKR DAP selepas dihina dan dicaci dalam krisis MB Selangor yang menyaksikan PAS menolak Presiden PKR isteri Anwar Ibrahim Dr Wan Azizah dan meletakkan Azmin sebagai calon MB.

Fikirlah..


Keputusan PRU 12 dan 13 untuk rujukan
Catat Ulasan