Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

02 September 2014

Bapa MB Terengganu meninggal dunia - Al Fatihah






Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA

KUALA TERENGGANU 2 Sept. - Bapa kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman meninggal dunia akibat sakit paru-paru di Kediaman Seri Iman di sini kira-kira pukul 6.15 petang tadi.

Allahyarham Abdul Rahman Mohammad, 86, yang juga bapa kepada sembilan anak itu dikatakan menghembuskan nafasnya di hadapan cucu-cucunya selepas dibawa pulang daripada Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).

Jenazah Allahyarham dijangka disembahyangkan di Kediaman Seri Iman kira-kira pukul 10 pagi esok sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir dekat sini. - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140902/dn_46/Bapa-MB-Terengganu-meninggal-dunia#ixzz3CAj6K36X
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate