Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

08 September 2014

BERNAMA - PAS S'gor Pohon PKR, DAP Patuhi Titah Sultan


PAS S'gor Pohon PKR, DAP Patuhi Titah Sultan

SHAH ALAM, 8 Sept (Bernama) -- PAS Selangor hari ini memohon kepada rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat, PKR dan DAP, agar akur dengan titah Sultan Selangor berhubung pencalonan menteri besar baharu.

Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata PAS Selangor menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kemurkaan Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengemukakan satu nama sahaja sebagai calon menteri besar Selangor yang baharu.

Sultan menitahkan agar PKR, PAS dan DAP masing-masing mengemukakan nama lebih daripada dua calon menteri besar kepada istana.

"PAS Selangor mohon rakan-rakan kita agar akur kepada titah Tuanku Sultan kerana kita tidak akan ke mana-mana apabila menentang institusi Raja ini," katanya dalam satu kenyataan.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani hari ini menerusi satu kenyataan berkata tindakan PKR dan DAP itu disifatkan telah mengingkari titah Sultan pada 27 Ogos itu.

Baginda bertitah demikian selepas menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sehingga proses pelantikan menteri besar baharu selesai.

Hanya PAS yang akur dengan titah Sultan Selangor dengan menyenaraikan tiga nama calon menteri besar.

Dalam pada itu, Mohd Khairuddin menegaskan PAS Selangor akan patuh kepada sebarang titah Sultan Selangor bagi kebaikan rakyat negeri itu.

"Kita yakin kemelut (politik di Selangor) boleh diselesaikan dan kita harap ia diselesaikan segera.

"Lagi lama kemelut ini berlaku...maka lagi susah rakyat kita," katanya.

-- BERNAMA



Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate