Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 September 2014

Dap Akan Diharamkan ROS Punca Serangan Terhadap Menteri @KdnPutrajaya @Zahid_Hamidi ???


Baca artikel ini yang mendedahkan kembali kes DAP dengan pemilihannya yang boleh menjadi punca parti mereka boleh diharamkan.

Kekecohan sama juga berlaku pada PKR yang hingga kini masih belum selesai dan menjadi perhatian ramai.

Jika Umno pernah diharamkan ekoran krisis Team A Team B 1988 maka tiada sebab DAP tidak boleh diharamkan!

Menyerang dan mahu saman ROS ialah tindakan samseng DAP untuk menutup segala tahi busuk kelemahan parti mereka yang begitu suci dipotretkan di mata minda rakyat.

Kegagalan DAP juga tidak mengejutkan kerana Pakatan Rakyat juga hingga kini masih gagal didaftarkan seperti Barisan Nasional!

Maka jangan menyerang DS Zahid Hamidi dalam hal ini kerana akhir sekali rakyat akan makin jelas nampak permainan licik dap untuk menutup kesilapan mereka yang boleh membawa kepada pengharaman parti tersebut.

Tiada siapa pun kebal dari Perlembagaan dan kerana itu penguatkuasaan adalah langkah tepat untuk mengajar mana-mana pihak yang berani menjadikan Perlembagaan sebagai mainan apabila mereka mendapat sokongan padu para peguam yang sealiran dengan mereka.


Baca dan mohon sebarkan 



Umum tahu DAP bergelumang dengan isu dalaman. Antara isu paling teruk ada lah Isu pemilihan anggota kerja pusat nya (CEC).

Pada awal keputusan dikatakan masalah sistem komputer yang menyebabkan salah perkiraan undi, namun lama kelamaan terbukti bahawa bukan sistem komputer yang bermasalah , tetapi ada cubaan mahu manipulasi keputusan.

Keputusan yang mahu dikeluarkan dari pemilihan ada lah supaya calon yang bersesuaian dengan kepimpinan Kit Siang dan Guan Eng sahaja yang konon nya mahu dipilih.

Sehingga kini DAP masih belum selesaikan lagi isu ini, dan amat merisaukan juga apa bila ROS sebagai pendaftar pertubuhan agak perlahan sedikit dengan isu DAP ini.

Sebagai kepimpinan haram DAP melahirkan perkara haram juga seperti PPS. Puak yang akur kepada kehendak Guan Eng dan DAP ini terlahir dari kepimpinan belum pasti DAP akibat ROS ,masih belum ambil tindakan lagi.

Sebagai parti yang kesahihan nya belum pasti, DAP juga menjaid partner didalam sebuah Pakatan yang juga belum didaftar ia iu Pakatan Rakyat.

Pendek kata sesuatau yang haram telah melibatkan diri nya dengan yang haram juga , selain melahirkan yang haram seperti PPS.

Rakyat amat menunggu akan tindakan tegas dari pendaftar pertubuhan seperti ROS supaya segera mengambil tindakan dan tidak menunggu masa yang lama kerana DAP bukan satu pertubuhan biasa tetapi mempunyai agenda yang bersar, ia itu mahu memerintah negara melalui tindak tanduk dan helah nya.

Mana mungkin sesuatu yang haram boleh memerintah negara, maka jawapan akan tetap di nanti, ia itu bila kah DAP akan diharamkan oleh ROS.


http://www.malaysia-instinct.net/2014/09/bila-dap-nak-diharamkan.html?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate