Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

10 September 2014

EGM Majlis Peguam 19 Sept Depan Bincang Akta Hasutan

Saya terfikir jika peguam dan Majlis Peguam
Menghasut adakah boleh dikenakan Akta Hasutan???

Adakah kerana mereka peguam maka Peguam Negara segan atau takut mengambil tindakan ?

Jangan benar sesiapa pun bebas tanpa terikat di tali undang-undang negara !!!

Salah tetap salah walau dia seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar atau Timbalan Perdana Menteri sekalipun.

Hari ini ramai penjenayah dan politician berlagak bila mereka mendapat pembelaan peguam atas perlakuan melanggar undang undang.

Gejala dan tabiat ini sangat berbahaya kerana mereka akan menjadi tidak terkawal untuk menghasut dan mengutuk sesiapa pun waima Sultan dan Raja Pemerintah.

Dalam hal ini kuasa media sosial kita diharap dapat mempertahankan institusi Raja dan kedudukan agama serta Melayu di Malaysia.

Bila sokongan rakyat merosot hasil perjuangan kita di alam maya sudah tentu mereka akan berfikir banyak kali untuk melakukan kesilapan yang dikecam pengguna media sosial dan disebarkan ke aplikasi Whatsapp dan Telegram.

Hari ini kemerosotan makin jelas bila kita pejuang maya bersatu tanpa mengira puak atau pemimpin untuk melanyak pemimpin Pembangkang yang biadap dengan Raja kita.

Namun ia belum mencukupi dan kita perlu ramaikan lagi Batalion Siber kita agar kuasa media rakyat akan menghalang Pakatan penipu Pembangkang untuk bertindak mengikut hawa nafsu liar mereka demi mengejar kuasa dan harta.

Ayuhhhh kita kemaskan barisan satukan tujuan untuk agama bahasa dan tanah air kita!

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate