Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 September 2014

Rasis DAP @Malaysiakini vs Rasis UMNO @Zahid_Hamidi cc @NajibRazak @LimKitSiang @Anwaribrahim




KUANTAN, 7 Sept (Bernama) -- Naib Presiden Umno Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu perlu mempertahankan empat institusi yang selama ini menjadi tonggak kekuatan bangsa dan Umno.


Katanya empat institusi tersebut adalah agama Islam sebagai agama persekutuan, sultan sebagai raja berpelembagaan, hak keistimewaan orang Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.



"Kita dalam Umno harus pertahankan empat institusi ini, tiada kompromi terhadap keempat-empat institusi ini dan Umnolah yang mendukung kekuatan empat perkara ini," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kuantan di sini hari ini.



Beliau berkata pada masa kini terdapat pihak tertentu yang cuba menyanggah empat institusi tersebut apabila melihat Umno mula berpecah dan ada juga anggota parti yang bertelagah sesama sendiri.



"Sehubungan itu, saya menyeru semua orang Melayu tidak kira di dalam Umno, PAS atau Parti Keadilan Rakyat, kini tiba masanya kita bersatu untuk sama-sama mempertahankan empat perkara ini kerana ia tidak ternilai harganya dan kita tidak mahu ia dihapuskan daripada Perlembagaan," katanya.



Beliau berkata setiap ahli parti juga perlu bermuhasabah dan melupakan apa sahaja persengketaan yang wujud sesama mereka dengan mengakui kesalahan dan kelemahan yang mungkin pernah dilakukan mereka.



Terdahulu, Ahmad Zahid turut merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Indera Mahkota, di sini.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/po/newspolitics.php?id=1066643






ZAHID HAMIDI 'CHAMPION' MELAYU

1. Zahid Hamidi telah menjadi "target" dan sasaran media haluan kiri seperti Malaysiakini, KiniTV dan beberapa akhbar utama yang lain antaranya seperti The Sun, Malay Mail) , namun yang pastinya portal dan pengurusan akhbar ini ditulangi oleh kaum Cina.

2. Dalam PRK Pengkalan Kubor, semua mengetahui ia merupakan kawasan majoriti 93 % Melayu. Soalnya mengapa wartawan Cina yang berduyun mengekori setiap ceramah Zahid Hamidi sehingga pengundi pun naik rimas.

3. Walaupun Zahid Hamidi sudah sedia maklum ramai wartawan Cina dalam program ceramahnya, Zahid tetap tegar dan lantang menyuarakan hak Bangsa Melayu yang perlu dipertahankan oleh kita semua.

4. Akibatnya Malaysiakini dan konco-konco akhbar lain melabelkan Zahid membuat kenyataan RASIS. Terang lagi bersuluh wartawan Cina ini sengaja memcari isu untuk dilabelkan sebagai perkauman. Sanggup bersengkang mata hingga ke dinihari mendengar ceramah Zahid dan masuk ke kawasan pedalaman di Pengkalan Kubor atas niat jahat ini.

5. Apakah kenyataan Zahid Hamidi untuk mempertahankan Hak Istimewa Bumiputra boleh dianggap rasis ? Sebenarnya ramai dalam kalangan kita sudah dibutakan akan makna Rasis itu sendiri.

6. Rasis adalah rasa perkauman melampau sehingga menindas kaum lain. Tetapi Pembangkang yang ditulangi oleh kaum Cina merencana doktrin kononnya maksud rasis adalah ketika kita memperjuangkan hak Melayu. Hak Bumiputra sudah termaktub dalam Perlembagaan dalam Perkara 153.

7. Adakah Perlembagaan Persekutuan juga rasis ? Apakah kewujudan UMNO untuk orang Melayu, MCA untuk kaum Cina dan MIC untuk kaum India adalah Rasis? Apakah DAP yang telah memperkudakan beberapa ekor calon Melayu dalam PRK lalu sudah tidak Rasis ?

8. Yang patut kita faham dan gelar rasis adalah kumpulan yang mempertikaikan Hak Melayu dan Bumiputra iaitu Cina DAP bukan pemimpin UMNO yang menuntut hak kaumnya. Semalam Lim Kit Siang mencabar Polis untuk menyiasat kenyataan Zahid "Langkah mayat saya dulu, jika hak Melayu ingin dihapuskan" dalam tempoh 24 jam. Zahid hanya mempertahankan klausa dalam Perlembagaan, Lim Kit Siang dan DAP yang mempertikaikan Perlembagaan selama ini.

9. Generasi muda perlu sedar Cina DAP sedang mendidik kita dan menakut-nakutkan Melayu dari memperjuangkan haknya yang sedia termaktub dalam Perlembagaan. Akhirnya lama kelamaan generasi muda lupa akan hak kaum mereka sendiri.

10. Inilah modus operandi masyarakat Cina di Malaysia yang mempergunakan istilah rasis secara songsang. Sedangkan sudah terang dalam PRU 13 lalu tsunami masyarakat Cina, pengundi Cina tolak Dyana Sofya PRK Teluk Intan dan perjuangan konsep kesaksamaan hak di Malaysia patut dihukum sebagai ektremis dan rasis.

11. Zahid Hamidi adalah satu-satunya pemimpin UMNO yang berani bercakap tentang realiti dan kebenaran. Zahid adalah "real politician" yang bercakap secara terbuka bukan bermuka-muka mengikut siapa pendengar di depannya. Depan Melayu cakap A, depan Cina cakap B dan depan India cakap C.

12. Zahid Hamidi adalah 'the only leader' yang berani menyuarakan pegangan dan pendiriannya dalam menegakkan ketuanan Melayu. "One Man Show" yang ditunjukkan oleh Zahid ini seharusnya menjadi aspirasi anak muda dan masyarakat belia khususnya dalam memperjuangkan hak Melayu yang semakin dilupakan oleh generasi Y.

13. Apa pun saya sangat sedih tika Zahid Hamidi dikecam oleh media nyamuk haluan kiri, blogger Melayu yang hidup atas wang ringgit juga sanggup menghentam Zahid Hamidi. Jangan kerana cita-cita peribadi sanggup melihat pemimpin lain dicerca walau ia di arus yang benar. Jangan juga kerana wang, hak bangsa diinjak oleh bangsa lain.

14. Keseluruhannya, masyarakat Malaysia perlu faham makna dan definisi rasis yang betul. Jangan terpedaya dengan pemikiran liberal,prinsip kemodenan, keterbukaan yang meracuni pemikiran generasi baru di media sosial.

Tulisan ini dikirim melalui whatsapp....






Panglima menunggu siapa lagi anak jantan yang akan bangkit bersuara membela hak hak orang Melayu seperti Naib Presiden UMNO DS Zahid Hamidi.

Adakah ada yang berani seperti beliau melaungkan suara keramat perjuangan umno sejak berzaman untuk dilaungkan di tengah kemodenan fikiran yang dibawa balaci Dajjal yang liberal menggunakan alat-alat mereka untuk perjuangan menentang Perlembagaan Negara.

Adakah ada ?

Kita tunggu dan lihat adakah masih ada keberanian seperti mantan Presiden UMNO Tun Mahathir dalam diri pemimpin UMNo hari ini !!!

Jangan bercakap soal perpaduan jika suara pemimpin kita juga tidak senada untuk bangkit membela nasib dan hak orang Melayu di hadapan bukan Melayu!

Mereka perlu hormat kedudukan kita dan kita jugak jamin tidak akan mengambil hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perlembagaan Negara.

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate