Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

24 September 2014

Tulisan Zaini Hassan Tentang @AzminAli di @UMOnline Utusan Malaysia Tidak Hina Istana Selangor


Ada rakan blogger menyifatkan Utusan Malaysia menghina Sultan Selangor dengan muka depan seperti imej di bawah


Pada pandangan saya sebagai pemerhati politik dan blog saya mendapati tulisan Zain Hassan tidak menghina Istana Selangor.

Jelas beliau cermat dalam tulisannya yang disiar di Utusan Malaysia hari ini.

Perkataan yang mungkin terlepas pandangan setengah pihak ialah : 

  " Jadi pihak Istana sudah tiada pilihan. Sebenarnya Istana sudah melakukan yang terbaik." adalah tepat kerana menunjukkan situasi yang ada tidak ada pilihan lain. "

Baca sepenuhnya di bawah

© Utusan Melayu (M) Bhd 



Seterusnya tulis Zaini lagi

" Atas dasar itu, tawaran dikemukakan kepada ADUN Pas. Malangnya, mereka mahu mendapat mandat jelas daripada muktamar agung. Sebab itu tarikh pengumuman dibuat hanya selepas muktamar.

Malangnya Muktamar Agung Pas tidak memberi mandat yang jelas dan tegas untuk ADUN mereka menerima jawatan MB.

Walaupun ada cubaan daripada Dewan Ulama untuk usul itu dibahas dan diluluskan, namun perwakilan gagal memberikan mandat yang diperlukan.

Sebaliknya menyerahkan kepada Tuanku untuk memutuskannya, ditambah dengan kenyataan jawatan MB Selangor adalah hak PKR.

Sebab itu Tuanku tiada pilihan. Azizah tidak boleh diterima. Pas sendiri tidak tegas dan jelas. UMNO pula tidak bersedia.

Dan Putrajaya pula, kononnya atas usaha gigih dua Tan Sri itu, memberi mesej boleh menerima Azmin.

Maka Tuanku berakhir dengan kedudukan tiada pilihan melainkan terpaksa melantik juga Azmin sebagai MB. "


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140924/re_06/Misteri-MB-Azmin-Langkah-2A-kisah-2-Tan-Sri-dan-RM32b#ixzz3ED1dCrOg
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Harap isu ini tidak berpanjangan kerana beliau sudah meneliti dan diteliti kembali pihak lain sebelum diterbitkan.

Zaini tidak ada maksud mahu hina Sultan atau merendahkan keputusan yang dibuat oleh baginda. Rakyat sendiri menerima keputusan ini biarpun mereka sedar bahawa tidak ada pilihan yang ada selain manusia bernama Azmin Ali.

Kelicikan Anwar bermain wayang memang sudah disebut bukan oleh Zaini sahaja bahkan ramai lagi yang mengakuinya termasuk pihak UMNO dan Barisan Nasional.




Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate