Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

05 September 2014

Tindakan GAMIS Serbu @KDNPutrajaya Petanda Awal Keganasan Melibatkan Mahasiswa ???













Mahasiswa jika bijak berfikir akan dihormati kawan dan lawan.

Jika mereka bijak namun mudah diperdaya maka mereka akan menjadi agen perosak agama bangsa negara !

Mengatakan Akta Hasutan perlu dihapuskan bermakna mahu agar sesiapa pun boleh menjadi syaitan menghasut ke arah kejahatan!

Kesannya negara akan hancur bila pergaduhan berlaku antara Melayu dan Cina atau Melayu dengan India 

Adakah mahasiswa sedar kesannya jika dihapuskan akta hasutan ini. ?

Atau mereka sudah diperdaya dengan hujah sampah oleh guru akademik di kampus yang  rendah nilai moral ilmunya ?

Baca artikel di bawah untuk memahami latar belakang GAMIS !

Mereka juga jangan dibiar bergerak bebas menceroboh premis kerajaan dan menghasut rakyat sewenang-wenangnya !!!




13 tahun yang lalu, gerakan ini telah membuat demo membantah ISA di Kuala Lumpur. Kini pada 5 September mereka mahu lagi membantah Akta Hasutan. Persoalannya mengapa sekarang?

Apakah mereka ini berdemo bagi pihak sesiapa? Gamis adalah pertubuhan tidak berdaftar di kampus  yang menggunakan pelajar untuk "tujuan tujuan yang lain" di luar kampus.

"Gamis mengapi-apikan perasaan mahasiswa membenci kerajaan dan pemimpin kerajaan melalui demonstrasi dan yang terbaru kejadian di Masjid Negara.

Ujarnya, ini menyalahi undang-undang seperti kaedah 3 (a), (b) dan 11, Bahagian 11 Tatatertib Am dalam kaedah-kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 yang memungkinkan seseorang pelajar dibuang universiti" (rujuk sini).

Pada 8 Julai 2001, pihak Kementerian Pendidikan telah mengesahkan bahawa GAMIS bersama dengan Front Anak Muda Untuk Demokrasi, Universiti Bangsar Utama, Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (MYSDM) serta Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju,  Gerakan Mahasiswa Lantang Negara, Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Jawatankuasa Mahasiswa-Mahasiswi dan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI) adalah pertubuhan haram di kampus. 

Yang diperbodohkan sekarang siapa sebenarnya? Gamis terang terang tuduh KDN sedang menggila dalam poster mereka di atas. Marah sebab pihak polis tahan PPS yang juga sebuah pertubuhan haram di Pulau Pinang? 

Mahasiswa usah jadi bodoh, jangan terikut dengan hasutan emosi pihak mahasiswa pro pembangkang ini. Mereka takut dengan undang undang sebab sudah terbukti mereka yang berada di pihak yang salah. Amat wajar juga GAMIS ini ditahan, usah dibiar anasir negatif ini pengaruhi pelajar.


http://anginperubahan.blogspot.com/2014/09/gamis-pula-cabar-kdn-tuduh-kdn-menggila.html?m=1


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate