Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Oktober 2014

Doa Hari Arafah دعاء يوم العرفة


DOA ARAFAH

Umat Islam disunnahkan membaca 'Doa Hari Arafah' walau di mana pun mereka berada. Satu-satunya doa dimakbulkan Allah SWT pada masa dan tempat tertentu adalah Padang Arafah iaitu hari kesemua Jemaah Haji berkumpul di Padang Arafah, simbolik dan lambang Padang Mahsyar.


Ketikanya ialah selepas gelincir matahari 9 Zulhijjah sehingga sebelum terbit Fajar 10 Zulhijjah. Berdoalah di mana jua, kita hanya menyatakan permohonan kita kepada Allah SWT hak menunaikan adalah hak Allah Ta'ala.

DOA ARAFAH




(Dalam Bahasa Melayu)

Ya Allah! Wahai Yang Paling Dermawan dari semua yang memberi, Wahai Yang Paling Baik dari semua yang diharap, Wahai Yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.

Ya Allah! Sampaikanlah selawat ke atas Nabi Muhammad dan keluarganya yang terdahulu; Sampaikan selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang kemudiannya; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para malaikat; Sampaikanlah selawat ke atas Muhammad dan keluarganya yang berada dalam kafilah para Rasul. Ya Allah! Kurniakanlah kepada Muhammad dan keluarganya, wasilah, keutamaan, kemuliaan dan darjat yang tertinggi.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW, dan daku belum pernah melihatnya; Maka jangan halangi daku  untuk melihatnya pada hari kiamat. Anugerahkanlah padaku supaya dapat berdekatan dengannya. Matikan daku dalam agamanya. Berilah daku minuman dari telaganya, minuman yang segar yang tiada lagi dahaga selamanya dan sesudahnya. Sesungguhnya Dikau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Ya Allah! Bahawasanya daku mempercayai Muhammad SAW dan daku belum pernah melihatnya. Maka  perkenalkan padaku wajahnya di syurga. Ya Allah! Sampaikanlah salamku yang tak terhingga kepada Muhammad dan keluarganya. Aamin Ya Rabbal Alamin

Dibawah ini ialah link Doa Arafah dalam Bahasa Arab.



Nabi Shallallahu'alaihi Wasallam  bersabda: "Sebaik-baik doa  adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ia


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate