Anak Felda semakin maju hari ini dan telah banyak mencatatkan kejayaan termasuk mendaki gunung Everest.
Mereka juga cemerlang dalam pelajaran walau belajar di pendalaman.
Transformasi kehidupan mereka bukan bermula hari ini bahkan sejak zaman ayahanda DS Najib Tun Abdul Razak lagi...
Kali ini Malaysia semakin berbangga apabila anak Felda mencipta kaedah pembayaran elektronik yang mempunyai kerjasama dengan syarikat Visa
Kejayaan mereka sepatutnya membanggakan semua pihak dan sudah pasti mendapat bantuan semua pihak kerana kejayaan mereka adalah kejayaan Malaysia.
Dengan adanya TERAJU ditubuh oleh YAB Perdana Menteri untuk membantu anak bumiputera maka anak Felda pasti akan dibantu hingga berjaya ke peringkat dunia.
Syarikat seperti ini diharap lebih banyak lagi akan muncul di Malaysia. Selepas kejayaan syarikat milik rakyat Malaysia yang lain di peringkat dunia.
Kenalan saya seorang penulis yang aktif di FB Encik Norizan Sharif atau NOBISHA yang berada dalam pengurusan tertinggi TERAJU pasti akan atau telah melihat potensi syarikat ini.
Jika syarikat seumpama ini tidak mendapat pembelaan sudah pasti ucapan YAB Perdana Menteri semasa melancarkan Agenda Pemerkasaan Bumiputera pada Sept 2013 lalu di UiTM Shah Alam
akan menjadi retorik sahaja.
Bersama kita berusaha lahirkan jutawan kaya raya dan tinggi sifat patriotisme mereka kepada negara.
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan