Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Oktober 2014

Ketua Menteri Melaka Nafi Sokong atau Lulus Penganjuran Oktober Fest 2014


salinan tulisan blog Cucu Tok Selampit :




Hari ini, Ketua Menteri Melaka, DS Idris Haron telah mengeluarkan Kenyataan Media menafikan penglibatan Kerajaan Negeri Melaka ke atas penganjuran 'Octoberfest'. CTS ada membuat posting berkenaan semalam, baca di sini. Kenyataan Media yang dikeluarkan hari ini amat bertentangan sekali dengan apa yang disiarkan oleh kebanyakan akhbar-akhbar utama semalam. Nampaknya melalui Kenyataan Media ini jelas menunjukkan Kerajaan Negeri Melaka tidak pernah meluluskan penganjuran Oktoberfest. Persoalan sekarang siapa yang berbohong? 

Adalah diharapkan Kerjaan Negeri Melaka mengeluarkan arahan supaya akhbar-akhbar yang menyiarkan berita tidak tepat semalam agar memohon maaf dan menarik kembali berita berkenaan atau dikenakan tindakan undang-undang oleh Kerajaan Negeri. Ini adalah kerana isu ini telah dimanipulasikan dengan meluas oleh pembangkang dan telah mencemarkan nama UMNO dan Kerajaan Pusat secara tidak langsung.

Di bawah LINK video temuramah dengan DS Idris Haron mengenai isu 'Octoberfest':

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate