http://www.astroawani.com/videos/show/buletin-awani/dr-ulil-abshar-abdalla-juga-dilarang-masuk-42173
Ulil Abshar dilarang ke Malaysia
Oleh MD AZRIN ROSLY
pengarang@utusan.com.my
KUCHING 11 Okt. - Tokoh liberal melampau dari Indonesia, Dr. Ulil Abshar Abdalla yang sebelum ini dijadual akan menghadiri satu diskusi di ibu negara, dilarang memasuki negara ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen semalam bagi menghalang Ulil Abshar yang dijadual menyertai program tersebut pada 18 Oktober ini.
"Ulil Abshar mendapat jemputan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara yang kehadirannya mengundang protes orang ramai.
"Sekiranya dibenarkan dia berceramah dan hadir beberapa program di sini, ia akan merosakkan akidah dan pegangan kita sebagai Ahlul Sunnah Wal Jamaah," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di sini hari ini.
Yang turut hadir, timbalan beliau, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Sebelum ini, beberapa pihak membuat laporan polis bagi membantah penganjuran diskusi meja bulat bertajuk `Tantangan Fundamentalisme Agama Abad Ini' pada 18 Oktober depan yang dianjurkan oleh Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan Islamic Renaissance Front.
Ahmad Zahid berkata, sekatan itu akan berkuat kuasa sehingga Ulil Abshar tidak mendatangkan bahaya dan polis akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi memantau perkembangan itu.
Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan juga tidak akan membenarkan 350 pengikut pemimpin Jemaah Islamiyah (JI), Abu Bakar Bashir yang akan dibebaskan dari penjara Indonesia tahun hadapan masuk ke negara ini.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi menghalang kehadiran pengikut kumpulan itu.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141012/je_01/Ulil-Abshar-dilarang-ke-Malaysia#ixzz3FzBqGPm1
© Utusan Melayu (M) Bhd
Zahid tegas halang Dr Ulil Abshar masuk ke Malaysia
Mohamad Fadli
| October 12, 2014
Ini dikhuatiri kehadirannya pada diskusi meja bulat 'Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini' pada 18 Oktober ini memesongkan akidah umat Islam.
PETALING JAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan mengambil tindakan tegas menghalang tokoh liberal Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla memasuki negara ini.
Menurut beliau, ini kerana dikhuatiri kehadirannya pada diskusi meja bulat ‘Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini’ pada 18 Oktober ini memesongkan akidah umat Islam.
Zahid berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau seterusnya menghalang kehadiran tokoh liberal melampau itu pada program berkenaan.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di Kuching, semalam.
Sebelum ini, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) membantah keras kehadiran Ulil Absar sebagai ‘tetamu utama’ diskusi meja bulat itu anjuran oleh Islamic Renaissance Front dan Global Movement of Moderates Foundation.
Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata Ulil terlalu banyak mempersoalkan nas-nas agama yang bersifat qat’i dan dengan sendirinya merendah-rendahkan hal ehwal agama Islam.
“Perkara ini sinonim dengan organisasi beliau iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) di mana fahaman ini telah diharamkan di Indonesia dan juga negara kita Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/10/12/zahid-tegas-halang-dr-ulil-abshar-masuk-ke-malaysia/
No entry for ‘deviant’ Indonesian Islamic scholar Ulil Abshar, says Zahid Hamidi
October 12, 2014
Ahmad Zahid said the entry ban on Dr Ulil Abshar Abdalla will remain until he is no longer found to be a danger to Islam. ― Picture by Choo Choy MayKUALA LUMPUR, Oct 12 — Indonesian Islamic scholar Dr Ulil Abshar Abdalla will not be allowed into the country, Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi said, citing a need to protect Malaysia's brand of Islam.
The founder of the Indonesian Liberal Islam Network is scheduled to speak at a conference here Wednesday about combating the growing threat of Islamic State (IS), organised by local Muslim group, Islamic Renaissance Front (IRF).
"The police have received several reports that when he delivers lectures or attends programmes organised by non-governmental organisations, he would not only damage the faith of Muslims but also deviates from the teachings of Sunni the Wajama'ah," Ahmad Zahid was quoted by state news agency Bernama today as saying in Kuching.
According to Bernama, the minister said the entry ban on the Indonesian will remain until he is no longer found to be a danger to Islam.
Dr Ulil is regarded as a liberal Islamic scholar whose views are controversial among Islamic conservatives.
Last week, the Federal Territory Islamic Religious Department (JAWI) director Paimuzi Yahya said the IRF-organised talk would be banned, claiming Ulil lacks credentials to spread Islamic teachings in the Federal Territories.
Paimuzi said JAWI feared the discussion would threaten the sanctity of Islam and the harmony among Muslims, and called on the organisers to cancel the event or face legal action based on Sections 4, 5, and 11 of the Syariah Criminal Offences (Federal Territories) Act 1997.
Section 4 relates to the offence of teaching false doctrines, while Sections 5 and 11 prohibits the propagation of non-Islamic religious doctrines among Muslims and the teaching of Islam without tauliah or credentials.
The penalties for some of these offences include a maximum fine of RM5,000 or a maximum three-year jail term or a maximum whipping of six strokes or any combinations.
In response, IRF chairman Dr Ahmad Farouk Musa said that attempts by JAWI to enforce the laws over the talk may amount to an “abuse of power, stressing that the event was not meant to spread religious teachings or doctrines.
However, he also indicated that IRF is reviewing the event, saying that the new venue would be in Kuala Lumpur if the organisation continues with the discussion.
“We will consider the objections and we will see whether it will be possible for us to hold it or it'll be counter-productive for us,” he told Malay Mail Online on October 10.
Ulil Abshar akan cetus ketegangan
SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) membantah keras kedatangan tokoh Jaringan Islam Liberal (JIL) Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla yang disifatkan akan menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat negara ini.
Sekretariat Majlis Ulama Isma, Dr Mohd Isa Hamzah berkata, pandangan dan pegangan Ulil Abshar menyimpang jauh daripada pegangan masyarakat Malaysia.
“Kedatangan beliau akan menimbulkan suasana tegang dan kemarahan umat Islam di Malaysia. Tafsiran semula terhadap al-Quran dengan kaedah hermeneutik yang digunakan Ulil Abshar bertentangan dengan kaedah digunakan mufasirin yang muktabar.
“Contohnya, beliau mengatakan tudung ialah budaya dan bukan ajaran al-Quran, dan hukuman potong tangan adalah tradisi zaman itu, sesuai dengan masyarakat ketika itu sahaja,” katanya.
Menurutnya, banyak tafsiran kontekstual ayat-ayat al-Quran yang dipegang Ulil Abshar menyeleweng daripada kefahaman jumhur ulama.
Nama Ulil Abshar mula menjadi perbualan di negara ini selepas beliau diundang menghadiri program diskusi meja bulat bertajuk Tentangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini, anjuran Islamic Ranaissance Front (IRF) yang dijadual berlangsung pada 18 Oktober ini di
Kuala Lumpur.
Penganjuran itu, mendapat kecaman hebat banyak pihak kerana Ulil Abshar dianggap penyokong ajaran Ahmadiah yang difatwakan sebagai sesat di Malaysia dan Indonesia.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Khamis lalu, dilaporkan mengeluarkan larangan penganjuran program itu kerana Ulil Abshar tiada tauliah menyebarkan Islam di sini.
Ulil Abshar hina Nabi Muhammad SAW
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menegaskan, penganjuran diskusi itu tidak sesuai di negara ini kerana berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 1996, hanya aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dibenar diamalkan di Malaysia dan usaha
membawa pemikiran bertentangan dengan ajaran itu perlu disekat.
Sementara itu, Mohd Isa berkata, aktiviti persidangan meja bulat tidak salah dibuat di negara ini, namun program anjuran IRF itu seharusnya tidak memanggil Ulil Abshar.
“Persidangan meja bulat ini tidak seharusnya diuar-uarkan kepada umum. Pemikiran Ulil Abshar sangat kontroversi dan orang Indonesia yang agak liberal pun tidak boleh terima pandangannya,” katanya.
Menurut Mohd Isa, pihak berkaitan perlu berhati-hati dengan istilah sederhana dan Islam moderat yang digunakan Barat kerana apa yang mereka maksudkan ialah pemikiran yang menolak syariah.
Ujarnya, kebebasan bersuara juga dijamin oleh Islam tetapi perlu ada batasannya.
“Kerajaan perlu kawal sekiranya ia membawa mudarat kepada masyarakat sehingga kestabilan terganggu dan masyarakat marah,” katanya.
Ulil Abshar yang dilahirkan pada 1967 di Jawa Tengah, mengakui dirinya Islam liberal dan mencetuskan kontroversi di Indonesia pada 2003, apabila berkata undang-undang syariah tidak wujud dan Nabi Muhammad SAW hanya tokoh sejarah.
Akibat itu, ada kumpulan ulama Indonesia seperti Forum Ulama Ummat Islam di Bandung, mengeluarkan fatwa hukuman bunuh ke atasnya.
Fatwa yang kali pertama dikeluarkan ulama Indonesia ke atas pemimpin Islam lain bagaimanapun, tidak diiktiraf kerajaan negara itu dan tidak boleh dilaksanakan dari segi undang-undang.
Artikel tulisan Ulil Abshar Menjadi Muslim Dengan Perspektif Liberal, dikatakan menampilkan idea yang dianggap menyimpang daripada akidah dan syariat Islam.
http://www.sinarharian.com.my/semasa/ulil-abshar-akan-cetus-ketegangan-1.323752 Sekretariat Majlis Ulama Isma, Dr Mohd Isa Hamzah berkata, pandangan dan pegangan Ulil Abshar menyimpang jauh daripada pegangan masyarakat Malaysia.

Kerajaan halang Ulil Abshar masuk Malaysia
HARAKAHDAILY | 12 Oktober 2014.
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil tindakan tegas menghalang tokoh liberal Indonesia, Dr Ulil Abshar Abdalla memasuki negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ini kerana dikhuatiri kehadirannya pada diskusi meja bulat 'Tantangan Fundamentalisme Agama di Abad Ini' pada 18 Oktober ini memesongkan akidah umat Islam.
Memetik laporan Berita Harian online, Zahid berkata, arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau seterusnya menghalang kehadiran tokoh liberal melampau itu pada program berkenaan.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penutup Seminar Keselamatan dan Ketenteraman Awam (Sekam) di Kuching, semalam.
Sebelum ini, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) membantah keras kehadiran Ulil Absar sebagai 'tetamu utama' diskusi meja bulat itu anjuran oleh Islamic Renaissance Front dan Global Movement of Moderates Foundation.
Setiausaha Agung PUM, Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata Ulil terlalu banyak mempersoalkan nas-nas agama yang bersifat qat'i dan dengan sendirinya merendah-rendahkan hal ehwal agama Islam.
"Perkara ini sinonim dengan organisasi beliau iaitu Jaringan Islam Liberal (JIL) di mana fahaman ini telah diharamkan di Indonesia dan juga negara kita Malaysia," ujarnya dalam satu kenyataan. -HARAKAHDAILY 12/10/2014
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/31412-kerajaan-halang-ulil-abshar-masuk-malaysia
Dalam kenyataan di twitter Anwar Ibrahim memberi komen kepada tweet Ulil ABshar :
Must allow reasoned discourse NOT ban! "@ulil: Authority might ban my entrance to Malaysia. But Islamic progressive ideas can't be stopped."
https://twitter.com/anwaribrahim/status/521161350240686080
Tidak pelik Ulil Abshar dipertahankan apabila Anwar juga dilihat pernah bersama tokoh liberal Indonesia yang lain bernama Musdah Mulia
Musdah Mulia ini yang berani mengatakan Homokseksual diterima islam ini merupakan Pengarah UIN, Jakarta. Beliau memberi pendapat begitu kerana bersandarkan pendapat majoriti sarjana Muslim Moderat. Diatas keberanian beliau menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa ( International Women Courage Award pada tahun 2007 oleh Paula Dobriansky, Penolong Setiausaha Jabatan Negara Amerika Syarikat. Siti Musdah juga merupakan Ketua Muslimat Nahdlatul Ulama (NU) yang dipimpin oleh Abdurrahman Wahid (Gus Dur).
Cerita penuh boleh baca di sini http://rmf7.wordpress.com/2010/12/08/anwar-dan-siti-musdah-moderate-muslim-gay-is-okay/
atau http://www.anwaraidc.com/2009/12/raja-petra-gunakan-fatwa-songsang-musdah-mulia-halalkan-homoseksual.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan