Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Oktober 2014

Minta bantuan Interpol ekstradisi Alvin Tan - @Razaliibrahim

MUAR 30 Sept. - Blogger lucah, Alvin Tan yang menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa pemimpin negara perlu diekstradisi segera ke tanah air untuk dikenakan hukuman setelah melarikan diri dan cuba mendapat suaka politik di Amerika Syarikat (AS).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yakin, kerjasama menerusi Polis Antarabangsa (Interpol) mampu mengesan Alvin Tan ditambah pula dengan dengan kehebatan pasukan polis AS.

"Hubungan baik kita dengan AS akan membantu usaha mengesan dan membawa Alvin balik ke Malaysia. Kita pun tahu kecekapan polis AS dalam melakukan siasatan dan sepatutnya usaha ini tidak ada masalah.

"Tidak ada sebab Alvin perlu diberi perlindungan politik kerana dia mempunyai kes di negara ini. Dia telah mencabar kerukunan undang-undang dan tidak boleh terlepas begitu sahaja. Perbuatannya amat biadab dan serius," katanya ditemuiselepas Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Jalan Othman, di sini hari ini.

Beliau mengulas status Facebook terbaharu Alvin yang mengeluarkan kata-kata kesat dan memaki Najib, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan UMNO.

Alvin, 26, yang sebelum ini pernah dihadapkan ke mahkamah kerana mempersendakan Islam pada bulan Ramadan serta menyiarkan aksi seks bersama pasangannya, Vivian Lee, 25, kini dikehendaki pihak berkuasa Malaysia tetapi dia mendakwa telah melarikan diri ke AS untuk mendapatkan perlindungan politik.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20141001/je_04/Minta-bantuan-Interpol-ekstradisi-Alvin-Tan#ixzz3EslQY8Kq 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate