Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

01 Oktober 2014

PDRM, NYPD jalin kerjasama tangani rasuah dan tingkat integriti - @Zahid_Hamidi @kdnputrajaya @pdrmsia




PDRM, NYPD jalin kerjasama

NEW YORK 29 Sept. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Polis New York (NYPD) bagi mempertingkatkan inisiatif dalam menangani aspek integriti pasukan itu termasuk membanteras rasuah dalam kalangan anggota polis.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PDRM yakin sesuatu boleh dipelajari daripada pengalaman 20 tahun NYPD menangani aspek integriti dan rasuah dalam kalangan anggota polisnya.

"Langkah berkongsi amalan terbaik NYPD dalam membanteras rasuah dalam kalangan pegawainya adalah sebahagian daripada usaha ke arah meningkatkan imej dan integriti pasukan PDRM," kata beliau yang dalam rangka lawatan ke Amerika Syarikat (AS) sehingga Khamis ini kepada wartawan Malaysia di sini.

Beliau menjelaskan NYPD pernah berhadapan persepsi negatif mengenai integritinya di kalangan warga Amerika sendiri 20 tahun yang lepas tetapi telah berjaya menanganinya menerusi pelaksanaan amalan-amalan terbaik.

"NYPD telah berjaya mengatasi rasuah sistemik, rasuah oportunis dan rasuah kelaziman dalam kalangan anggotanya," kata beliau sambil menjelaskan era siber berkemungkinan akan turut mempengaruhi elemen rasuah.

"Polis Malaysia juga menghadapi masalah yang sama walaupun telah berjaya menurunkan kadar jenayah dengan ketara. Masyarakat mempunyai persepsi bahawa majoriti anggota polis melwkukan rasuah. Justeru kerjasama boleh dijalin dengan pihak AS terutama NYPD berdasarkan pengalaman mereka selama 20 tahun dalam hal berkenaan.

"Usaha ini (mempertingkan inisiatif integriti) telah pun dilaksanakan menerusi penubuhan sebuah jabatan baru di PDRM iaitu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Mei lepas," katanya.

Selain itu, kata Ahmad Zahid, jabatan baru tersebut adalah bagi menangani persepsi negatif rakyat terhadap PDRM.

Antara lain, amalan terbaik menganggap seseorang anggota polis melakukan kesalahan jika enggan mengambil laporan atau aduan orang ramai, mempertikaikan tangkapan atau saman, menganggotai persatuan jenayah, tidak bersetuju dasar atau tindakan jabatan, terbabit dalam pertikaian domestik, membuat gangguan, kehilangan harta, menyalahguna komputer pejabat dan salah laku di luar waktu bertugas.

Selain amalan terbaik, PDRM turut mencari kaedah-kaedah menambah baik skim perkhidmatannya sebagai satu daripada inisiatif membanteras rasuah.

Semasa di AS, Ahmad Zahid berkata, beliau dan pasukannya termasuk Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Keselamatan), Datuk Alwi Ibrahim mengadakan perbincangan berhubung hal tersebut ketika bertemu para pegawai kanan Biro Hal Ehwal Dalaman NYPD, bekas Ketua Polis New York, Charles V. Campisi serta pihak Suruhanjaya Untuk Menangani Rasuah di Kalangan Anggota Polis.

Ahmad Zahid juga diberikan taklimat mengenai langkah bersepadu 52 agensi di New York termasuk di peringkat Pusat, negeri dan daerah bagi menangani isu ancaman keganasan.

Maklumat dan pengalaman semua pihak itu dalam melindungi 8 juta penduduk New York serta 7 juta lagi yang setiap hari keluar masuk ke kota metropolitan ini kerana bekerja cukup bermakna, tambahnya. - UTUSAN

http://m.utusan.com.my/Dalam_Negeri/20140930/dn_01/PDRM-NYPD-jalin-kerjasama


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate