2 sebab kenapa Kelantan tak layak dapat royalti minyak ;
1 1. Isu Jarak = Memang claim royalti out sebab terlebih jarak.
I 2. Isu Lokasi = Kawasan tersebut turut milik Thailand.
Masalah ini bukan sahaja pada jaraknya, tapi juga tentang lokasinya. Lokasi minyak yang Husam dok bising tu terletak di sempadan Thailand. Ia dipanggil Malaysia-Thailand Joint Authority(MTJA),kalau nak sangat royalti kena ada persetujuan Thailand le jugak.
Dalam Petroleum Act kita menyatakan, negeri boleh dapat royalti JIKA semuanya berada dalam perairan Malaysia. So adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya??? Sebab bertindih dengan Thailand, sebab itu ia jadi MTJA, so maknanya Kelantan kena mintak dari MTJA la. Very straight forward. Lokasinya di sempadan yang turut diclaim oleh Thailand, so forfeit la royalti minyak untuk Kelantan sebab tidak seperti Petroleum Act yang menyatakan jika ia berada dalam perairan Malaysia.
Inilah sebabnya kenapa, negeri2 lain seperti Sarawak, Sabah, Terengganu boleh dapat royalti tetapi Kelantan tak boleh dengan begitu saja. Sebab lokasinya adalah pertindihan dengan Thailand. Kelantan kena selesai dengan MTJA dulu, baru boleh sembang pasal royalti, maklumlah kerajaan BN bukan pemerintah di Thailand ... kah kah kah. Ini dia map lokasi untuk rujukan ;
Ini lokasi / koordinat asal paip yang Husam kelentong sampai ke Songkhla tu, paip tu mai dari mana? Mai dari MTJA, MTJA sapa punya? Kelantan punya?
Memang payah Kelantan nak dapat royalti. Kena settle dengan MTJA dulu.
Map ni cukup jelas memberitahu Kelantan tidak berhak mendapat royalti sepenuhnya, maklumlah Thailand pun ada hak sebab lokasinya, dan Thailand juga adalah pelabur jugak dalam pembangunan kawasan JDA ni. Clear cut dalam Petroleum Act 1974 di bawah tajuk Ownership, perkara 2, barisan 3 - Dalam perairan Malaysia sahaja!! So adakah JDA ini dalam perairan Malaysia sepenuhnya??? TIDAK!! Ia adalah milik usahasama MTJA!! So adakah Kelantan berhak? TIDAK!! Kelantan kena selesai dulu dengan MTJA baru boleh sembang pasal royalti.
Sepenuhnya baca :
Satu lagi artikel menarik isu royalti 👍👍👍
Selama ini acapkali masyarakat umum khususnya rakyat Kelantan dimomokkan dengan dakwaan Kerajaan Pusat pimpinan BN telah menzalimi penduduk negeri itu.
Asal saja pemimpin PAS tampil di pentas ceramah mahupun dalam kenyataan politik mereka di dada media, tuduhan Kerajaan Pusat menzalimi Kelantan sering diulang-ulang.
Motifnya satu, supaya semangat kenegerian dikalangan penduduknya terus bersemarak selanjutnya menyukarkan usaha BN kembali memerintah negeri tersebut.
Hakikatnya, tuduhan Kerajaan Pusat menzalimi penduduk Kelantan langsung tidak berasas. Realiti depan mata dan fakta yang disebut oleh Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi cukup untuk menjawab tuduhan tersebut.
Dalam tempoh 2 tahun sejak 2010, Kelantan disahkan telah menikmati bantuan kewangan dan pembangunan yang bernilai sekitar RM5.3 bilion.
Berbanding pendapatan yang disumbangkan kepada Pusat dari hasil negeri pula cuma sekitar RM300 juta untuk tempoh yang sama. Banyak perbezaannya.
Malah masalah kemiskinan di Kelantan yang telah mencatatkan penurunan kepada 4.8% pada 2009 juga hasil kerja berterusan Kerajaan Pusat dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (dulu Kementerian pembangunan Luar Bandar)serta pelbagai agensi pusat.
Hatta untuk bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun asyik mengharapkan pemberian dari kerajaan pusat termasuklah untuk baikpulih jalanraya pun telah siap sedia dana khas dari pusat.
Kalau nak harapkan kerjabuat pemimpin PAS harus sampai sekarang kadar kemiskinan Kelantan akan kekal pada tahap 19.2% seperti pernah direkodkan pada 1997, mana taknya bila dah 24 jam sehari 7 hari seminggu ramai pimpinan PAS negeri kegemarannya hanya berceramah siang malam.
Belum pernah lagi dalam sejarah dunia ceramah politik dapat mengurangkan kemiskinan rakyat, melainkan berjaya menambah pendapatan si tukang ceramah itu memang betul ada – sebab itu dalam PAS tukang ceramah lebih ramai berbanding pemimpin yang berkhidmat untuk rakyat.
Manakala projek pembangunan dan tender di buka kepada semua tanpa mengira ideologi parti sekalipun Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ditugaskan mengelola setiap peruntukan untuk negeri Kelantan.
Tidak cukup dengan itu, untuk bantu selesaikan masalah bekalan air di Kelantan disediakan pula bantuan pinjaman RM600 juta – tapi sayang dek kerana bebalnya pimpinan negeri sampai sekarang masalah air belum dapat diselesaikan.
Adakah semua ini menunjukkan Kerajaan Pusat pimpinan BN adalah zalim dan tidak bertanggungjawab sebagaimana kerap dituduh oleh pemimpin PAS? Tentu saja ya jawapannya bagi totok hijau yang dah sekian lama menyokong buta tuli apa saja dakwaan PAS.
Bagi mereka, selagi tiap projek dan pemberian bantuan dari Kerajan Pusat itu tidak dilabelkan dengan istilah Islamik selagi itulah sukar untuk mereka melihat kenyataan secara terbuka dan berterima kasih dengan keprihatinan Kerajaan Pusat.
Dan tentu sekali pemimpin PAS akan mengelak dari menceritakan kebenaran perihal prihatinnya Kerajaan Pusat kepada penduduk negeri Kelantan, lagipun membuka cerita sedemikian bermakna akan terdedah pada umum betapa sia-sianya 22 tahun Kelantan di bawah PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan