Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Oktober 2014

Subsidi RON95 & Diesel - Penjelasan oleh @ahmadmaslan cc @najibrazak


Subsidi RON95 & Diesel:Sedikit penjela
Subsidi RON95 & Diesel:

Sedikit penjelasan..
Oleh: Ahmad Maslan

1. Selama ini rakyat Msia samada yg kaya, sederhana & berpendapatan rendah mendapat subsidi RON95 & diesel tapi ramai yg tidak sedar kewujudan subsidi itu walau ada dimaklumkan di pam2 minyak.

2. Jumlah subsidi Kjaan utk RON95 & diesel thn lepas sahaja berjumlah RM24.8 billion & tahun ini sekitar RM21-22 billion. Purata RM2b sebulan!! Ini kerana ketika harga minyak tinggi, subsidi seliter adalah juga tinggi iaitu di antara 50-80sen seliter.

3. Bila ditarik balik 20 sen subsidi, maka RON95 kini berharga RM2.30 seliter & diesel RM2.20 seliter. Harga terkini sebenar di pasaran utk RON95 ialah RM2.58 seliter, tapi harga Msia cuma RM2.30. Bermakna Kjaan masih beri subsidi 28 sen seliter. Utk diesel pula harga terkini sebenar RM2.52. Harga Msia RM2.20. Bermakna 32 sen masih lagi diberi subsidi oleh Kjaan.

4. Hampir RM2 ribu juta sebulan telah dibelanja utk subsidi bahan bakar yg tentunya "hangus terbakar". RM2 ribu juta boleh bina 2 ribu dewan org ramai di 2 ribu kpg dgn harga RM1 juta sebuah dewan. Boleh bina 4 buah universiti sebulan dgn harga RM500 juta sebuah. (48 universiti setahun!!) Boleh bina 2 ribu kilometer jalan kpg utk Sabah & Sarawak. Tapi semuanya tak boleh dilakukan sbb kita beri subsidi utk RON95 & Diesel. 

(Itupun Kerajaan BN dituduh zalim dan PM Najib bodoh? - Editor)

5. Siapakah penerima terbesar subsidi berjumlah RM2billion sebulan itu? Data yg ada mendapati 70% diguna oleh mereka yg berpendapatan tinggi & sederhana tinggi. Sbbnya mereka memiliki lebih banyak kenderaan & kuasa / CC kereta yg lebih besar. Rakyat di kpg2 & pinggir2 bandar hanya guna motorsikal & kereta2 yg kecil ccnya justeru mengguna minyak yg sedikit.

6. Subsidi sepatutnya diberi kpd mereka yg miskin bukan kpd yg kaya. Jadi subsidi diesel & petrol ini telah sekian lama tersasar. Ini adalah tidak adil & tidak rasional. Dulu ketika minyak murah & kenderaan tidak sebanyak masa kini, subsidi minyak cuma RM2 billion setahun yg kini rm2billion sebulan. Semakin kecillah peruntukan kpd rakyat terbanyak yg boleh diberikan.

7. Maka utk lebih adil,  subsidi minyak itu perlu dikurangkan. Penjimatannya boleh diberi kpd rakyat yg lebih layak. Pengurangan subsidi 20 sen sebelum ini berjumlah rm4 billion & diberi dlm bentuk BR1M yg telah menafaatkan hampir 7 juta rakyat & keluarga di negara ini.

8. Tentu rakyat sedang menunggu berita2 baik yg akan diumum oleh YAB PM dlm Bajet 2015 pada 10/10/14 ini. Semuanya itu perlu kpd peruntukan yg banyak. Sbhgnya tentu drpd subsidi minyak yg telah dijimatkan lagi sebanyak 20 sen seliter utk faedah kpd ramai rakyat yg lebih memerlukan.

9. Msia mmg negara pengeluar minyak, lebih kurang 600 ribu tong sehari. Minyak kita berkualiti tinggi maka kita eksport & dapat hasil yg lebih kpd negara. Arab Saudi & USA lebih 1.7juta tong sehari. Kita negara pengeluar yg ke 27 di dunia. Jadi minyak yg ada di stesyen seluruh negara adalah diimport & harganya ikut pasaran dunia.

10. Memang sukar utk membuat keputusan yg tidak popular. Tapi keputusan itu adalah utk membetulkan ketidakadilan yg berlaku. Subsidi minyak yg banyak itu boleh diagih kpd rakyat dgn lebih bersasar & tepat spt BRIM yg lebih tinggi jumlahnya & juga  pembangunan luar bandar yg lebih baik.

11. Rakyat terbanyak skrng ini masih menikmati subsidi tepong, gas memasak, beras ST15, minyak masak, diesel, RON95, kesihatan/perubatan, pendidikan, rm100 utk anak sekolah, rm250 voucher buku. Utk pesawah ada pelbagai subsidi padi, ada sara hidup nelayan rm200 sebulan, bantuan2 JKM, Kedai Rakyat 1Msia dll.

12. Kebajikan yg banyak ini akan diteruskan malahan akan sentiasa diperbaiki. Namun, utk membetulkan ke arah yg lebih adil & rasional, khususnya ttg subsidi minyak secara pukal yg tersasar itu, ianya memerlukan kefahaman & kesabaran ramai & banyak pihak. Komitmen kpd kesejahteraan rakyat tetap jadi keutamaan Kjaan. Tkasih.

(ABM/TMK1/1 Okt 14/ 10.45mlm)

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate