Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

03 Disember 2014

Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim Timbalan Ketua Polis Negara Mula 1 Disember 2014

03/12/2014 9:27pm

KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Menurut kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini, pelantikan Noor Rashid berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya.

"Selaras dengan peruntukan fasal (4) dan (5), Perkara 140, Perlembagaan Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenankan lantikan Noor Rashid sebagai Timbalan Ketua Polis Negara," katanya.

Lantikan Noor Rashid bagi menggantikan Tan Sri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang bersara wajib pada 7 September lepas. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1203&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_40.htm#ixzz3KqR3OErp 
Hakcipta terpelihara 


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate