Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

20 Disember 2014

Gambar2 - Banjir makin buruk di Pantai Timur - Utusan Online







image2.JPG


Banjir makin buruk

Di Kuala Krai, seramai 2,951 mangsa daripada 775 keluarga dipindahkan ke 13 pusat pemindahan manakala di Kota Bharu (1,019 mangsa), Machang (362 mangsa) dan Tanah Merah (695 mangsa).

Di Kuala Terengganu pula, jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 8,806 orang petang ini berbanding 9,098 orang pagi tadi.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga pukul 6 petang, tujuh daerah terjejas oleh banjir melibatkan 2,527 keluarga yang ditempatkan di 128 pusat pemindahan.

Daerah Besut paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa teramai iaitu 4,359 orang di 49 pusat, berbanding jumlah mangsa 2,232 orang dari 582 keluarga yang ditempatkan di 25 pusat pada sebelah pagi.

Di Setiu, 643 orang dari 169 keluarga masih berada di 14 pusat pemindahan berbanding 1,904 mangsa dari 500 keluarga di sebelah pagi.

Di Mersing, sebanyak 305 orang daripada 87 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir di sekitar Mersing selepas kediaman masing-masing dinaiki air kira-kira satu meter berikutan hujan berte­rusan sejak awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohamed Shahar Abdul Aziz berkata, kawasan yang terlibat adalah Kampung Che Wook, melibatkan 250 mangsa daripada 73 keluarga yang berpindah ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pantai.

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/banjir-makin-buruk-1.38761


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate