KENYATAAN MEDIA
Zulkifli Bin Noordin
Saya merujuk kepada kenyataan Exco Agama Islam Pulau Pinang yg menyatakan bahawa Kerajaan DAP Pulau Pinang melarang sebarang perarakan sambutan Mauliddurrosul, sebaliknya mengubahnya dengan program dalam dewan.
Saya mengutuk keras pelarangan tersebut kerana:
1. kuasa berkaitan perhimpunan di tempat awam adalah kuasa mutlak pihak polis persekutuan;
2. kerajaan negeri tidak ada apa2 kuasa berkaitan dengannya;
3. Ini adalah tindakan provokasi berterusan Kerajaan DAP pimpinan Lim Guan Eng setelah menimbulkan provokasi menggalakkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah di Pulau Pinang;
4. Ini jelas satu penghinaan kepada kuasa YDP Agong kerana hal berkaitan Islam di Pulau Pinang adalah dibawah kuasa dan bidangkuasa YDP Agong yang memerintah melalui wakilnya YDP Negeri;
5. Ini juga adalah tindakan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan krn Islam adalah agama bagi Persekutuan dan melarang sambutan hari kebesaran Islam adalah satu pencabulan Perlembagaan.
Saya menyeru kepada umat Islam Pulau Pinang supaya tidak mematuhi arahan haram kerajaan negeri Pulau Pinang dan meneruskan perarakan sambutan Maulidurrosul sebagaimana yang dirancang dan dilaksanakan saban tahun.
Hanya pihak polis sahaja yang berhak melarang dan menyuraikan sebarang perhimpunan di tempat awam.
Saya juga mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas terhadap Kerajaan negeri Pulau Pinang dan mana-mana individu yang dengan sengaja secara berterusan cuba mencetuskan provokasi dan memainkan sentimen anti agama Islam yang boleh menyebabkan keamanan dan keselamatan negara ini terancam!
Enough is enough!
Sekian terima kasih.
Yang benar
Zulkifli Bin Noordin
Khamis
26 Safar 1436
18 Dis 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan