Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

04 Disember 2014

@ZulkifliNordin Cabar @Anwaribrahim Serah Gelaran Raja-Raja Melayu Kembali

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada titah Tuanku Sultan Selangor yang telah menarik balik gelaran Seri Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah yg membawa gelaran Dato' Seri kepada Anwar Ibrahim.

Saya mengucapkan tahniah keatas Paduka Tuanku Sultan atas tindakan yang bertujuan memelihara dan memperkasa martabat dan kedudukan institusi DiRaja Selangor.

Malahan saya mencabar Anwar supaya bersikap gentleman dengan melakukan perkara-perkara berikut:

1. Meletakkan jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor;

2. Mengembalikan semula semua pingat dan darjah kebesaran yang telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu kerana sebagai Ketum pakatan pembangkang beliau gagal dalam menjalankan amanah mempertahankan institusi DiRaja & Kesultanan Melayu yang tidak habis-habis diserang oleh pembangkang!

3. Meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen yang sepatutnya mempertahankan institusi Raja-Raja Melayu. Titah Tuanku Sultan Selangor jelas membuktikan kegagalan beliau!

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
11 Safar 1436


Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate