Pengikut Blog Panglima

31 Mac 2014

#MH370 : MIMPI KEDUA USTAZ KHAIRUL Darul Manzil PESAWAT di Landasan Sebuah Pulau


#MH370: LAGI MIMPI NGERI USTAZ BERTEMU PENUMPANG PESAWAT DI SEBUAH PULAU | Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Mimpi MH370 – Petunjuk Ke-2: Back to the Past
(Baca Sahaja…. Percaya Jangan… Hanya Mainan Tidur…)

Assalamualaikum.. Semalam (malam Jumaat), saya tersedar sekitar jam 3:15 pagi. Mungkin sebab rasa panas kerana penghawa dingin sengaja tidak dipasang. Anak saya seramai 5 orang semuanya diserang demam dan batuk selsema. Atas nasihat doktor petang kelmarin, penghawa dingin jangan dibuka selagi mereka belum sembuh untuk mengelak serangan penyakit berulang dan mudah merebak.

Oleh kerana mata tidak pula mahu lelap, saya membuka FB di laptop saya. Macam biasa, selepas viral MIMPI MH370, ada saja 'friend request'. Saya hanya memerhati post dan komen yang ada. Kira-kira setengah jam selepas itu, saya menutup laptop saya dan mandi. Walaupun kata orang tak elok mandi lewat malam, tapi kerana keadaan badan yang panas berpeluh, maka saya teruskan juga niat tersebut.

Selesai mandi dan berpakaian, saya baring di katil. Puas dicuba, saya tetap tidak rasa mengantuk. Tiba-tiba saya rasa berdebar. Saya tertanya-tanya dan cuba mencari punca. Nampaknya masih tiada jawapan yang saya dapat. Debaran semakin kuat…..

Maka, saya ambil bauan ros merah dan saya bacakan surah Az-Zumar:23 beberapa kali. Alhamdulillah, saya rasa tenang dan mata mula mengantuk…

Saya dikejutkan dengan bunyi beberapa buah kenderaan. Bila saya membuka mata, saya berada di belakang sebuah jip yang terbuka. Ada beberapa lagi kenderaan yang sama di depan dan di belakang saya. Kesemua jip ini menuju ke arah sebuah kapal terbang yang masih belum dimatikan enjinnya. Walaupun saya berada di dalam jip tersebut, pemandu dan penumpang semuanya seakan-akan tidak dapat melihat saya. Mereka semuanya berceloreng warna biru lengkap dengan senjata.

Bila dekat dengan kapal terbang tersebut, hati saya melonjak gembira.. "MH370..!!!!!!! Tapi sekarang ni di mana?" Hati saya bertanya sendiri.

Setelah diletakkan tangga besi, pintu kapal terbang terbuka. Mula-mula saya lihat hanya seorang yang keluar sambil mengangkat kedua-dua tangan kanannya. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan adalah Kapt. Zaharie. Perlahan-lahan dia menuruni tangga dan berjumpa dengan orang yang paling dekat dengan tangga tersebut. Saya kira orang itu pegawai atasan kerana melihat banyak lambang di sisi kanan serta kiri bahunya.

Setelah bercakap yang saya kira lebih kurang 10 minit (perbualan nampak tegas, Kapten jelas ketakutan di wajahnya). Di mengisyaratkan agar ke semua penumpang turun. Dimulai dengan Co-Pilot, krew dan seluruh penumpang. Kesemua mereka nampak terkejut dan ketakutan.

Kesemua mereka saya lihat dipaksa berjalan kaki dengan pengiring bersenjata ke sebuah dewan. Bila dilihat macam hangar tempat simpanan kapal terbang. Apa yang saya hairan, ada lagi 3 buah kapal yang sama jenis, warna dan bertulis MALAYSIA di situ….

Mereka kemudiannya dipisahkan antara jantina dan tangan mereka diikat dengan Cable-Tight di belakang. Seluruh tubuh mereka diperiksa dan barang yang ada termasuk duit syiling dirampas. Tiada seorang pun yang berani bersuara.

Kemudian, mereka dipisahkan lagi kepada kumpulan yang lebih kecil. Kepala mereka diselubung dengan kain dan dibawa dengan jip secara berperingkat. Kumpulan terakhir yang dibawa adalah kumpulan Kapten Zaharie. Saya turut sama naik di belakang jip untuk mengetahui kemana kumpulan ini di bawa.

Mereka dibawa ke sebuah bilik berdinding zink. Di dalamnya tiada sebarang lampu dan suhunya amat membahang. Mereka diberi amaran untuk tidak bercakap sesama sendiri semasa mereka masih di situ. Ada seorang lelaki dalam kumpulan itu cuba minta izin untuk ke tandas, tapi bukan izin yang dapat, di dimarahi dan di acu senapang ke dahinya. Lelaki itu angkat tangan sambil menangis. Mujurlah tiada apa yang berlaku.

Dari dalam bilik tersebut, sesekali saya mendengar bunyi kicauan burung-burung. Ada juga kedengaran bunyi helicopter yang terbang rendah di udara. Saya menjenguk ke luar bilik dan lihat banyak sekali burung-burung berwarna putih terbang berkicauan..

Selama 2 hari saya berada di situ, saya lihat kumpulan Kapten Zaharie tidak di apa-apakan. Mereka diberi makan pada waktu pagi, tengah hari dan petang. Mereka juga dibekalkan 1 gelen air basuhan. Untuk keluar dari bilik adalah dilarang sama sekali. Kumpulan lain saya tidak tahu dimana mereka berada.

Tepat tekaan saya bila saya mengambil keputusan untuk melilau di tempat itu. Ia adalah sebuah pulau kecil yang diubah suai. Di situ adalah tempat pendaratan kapal terbang dan MH370 masih di situ sebagaimana hari ia tiba. Saya ke sana bila melihat ada 2 buah jip terletak berdekatan tayar belakang. Saya masuk melalui ruang tayar tersebut dan nampak beberapa orang lelaki sedang membuat penyambungan litar. Mereka sambungkan dengan 1 kotak berlampu yang juga mempunyai wayar.

Saya keluar dari pesawat bila mendengar ketibaan jip dari luar. Dari situ, saya lihat mereka memunggah beberapa kotak kayu masuk ke dalam jip dan beredar.

Saya kembali ke kumpulan Kapten Zaharie. Sedih saya tengok suasana mereka. Walaupun tiada seksaan fizikal, saya percaya mental mereka menderita. Mereka nampak lesu dan murung. 

Sekitar waktu hampir Subuh, kesemua mereka dikumpulkan bersama di dewan (tempat sama di hari pertama). Mereka dipaksa beratur dan masuk dalam bilik sementara (bilik yang hanya ditutup dengan tabir papan plywood). Bila saya intai apa yang berlaku dalam bilik tersebut, rupanya mereka di cucuk dengan sejenis cecair ke lengan mereka. Apa yang saya dengar dari perbualan 'tukang' cucuk dengan kawan-kawannya, mereka guna ubat nama TOLUENA… Saya pun tidak tahu apa tujuan mereka.

Kesemua penumpang MH370 di kerah untuk naik semula ke kapal terbang mereka. Maka sekali lagi mereka terpaksa berjalan dan menaiki MH370. Sebelumnya, ada suara mengatakan seorang penumpang (katanya duduk di kerusi depan) tidak ada. Pihak baju biru yang memeriksa buat macam tidak dengar aduan mereka.

Kapal terbang itu berlepas pergi dan disusuli sebuah pesawat yang lebih kecil mengekori mereka. Selepas itu terjadi peristiwa sebagaimana MIMPI MH370 yang pertama……

Saya dibawa semula ke tempat awal. Di sini, saya termasuk sebuah bilik yang dalamnya ada banyak komputer dan radio. Ada sebuah peta dunia yang besar di dinding. Tertarik pula untuk saya amati lebih dekat pada peta tersebut. Terkejut saya bila ada tanda 'X' berwarna merah di beberapa negara yang saya kenal… 

Saya tersedar..
Memang tak pernah saya rasa begitu takut dalam hidup…. Tapi misteri sepenuhnya belum terjawab.. Adakah saya masih diberi peluang oleh-Nya..? Wallahu'alam..

---------------------

PERINGATAN…!!

Ini hanya MIMPI… Benar atau Tidak, jawapannya bukan pada saya. Pandanglah dengan mata hati sahabatku… Sekian..

Ustaz Khairul Syakirin bin Abdul Wahab.
Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul Manzil
Umur: 32 Tahun


http://www.mazeermohamad.com/2014/03/mh370-mimpi-kedua-ustaz-khairul.html?m=1


Sent from my iPhone

#MH370 : Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA

MH370: Objek dikutip tiada kaitan, hanya buangan terapung - AMSA
Gambar Fail 
 
 
KUALA LUMPUR: Beberapa objek yang dikutip oleh HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu telahpun diperiksa dan dipercayai tiada kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac.

Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) malam Ahad, berkata objek berkenaan diperiksa di atas kedua-dua kapal dan dinyatakan sebagai peralatan menangkap ikan dan buangan terapung.

Bagaimanapun, menurut AMSA, pesawat

Objek yang dikesan tidak dapat disahkan atau dianggap sebagai serpihan dari pesawat MH370. Setakat ini, tiada objek yang disahkan adalah dari MH370.

Pesawat Boeing 777-200ER, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari radar pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam.
 
Penerbangan MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Menurut AMSA, aktiviti pencarian hari ini meliputi kawasan seluas 252,000 kilometer persegi membabitkan sembilan pesawat.

Antaranya, dua pesawat P3 Orion Tentera Udara Diraja Australia (RAAF), sebuah pesawat P3 Orion Jepun, pesawat Ilyushin China, sebuah pesawat P3 Orion Tentera Laut Korea Selatan, sebuah pesawat P8 Poseidon Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia dan dua pesawat awam.

Kenyataan itu juga menyebut lapan kapal ditugaskan di kawasan pencarian MH370 dan ini merupakan jumlah terbesar yang pernah menyertai operasi SAR setakat ini.

Menurut kenyataan itu, cuaca di kawasan pencarian agak baik dengan jarak penglihatan melebihi 10 kilometer.

Sementara itu, Kapal Kementerian Pertahanan Australia 'Ocean Shield' dijadual berlepas dari Perth esok selepas dilengkapi alat pengesan kotak hitam dan kenderaan di bawah air.

Operasi pencarian bersambung hari ini.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-objek-dikutip-tiada-kaitan-hanya-buangan-terapung-amsa-32846?cp

Important: My Blog Penembak-Tepat.com Back To Blogspot

 
Ekoran kelewatan pembayaran domain name maka blog ini akan kembali menggunakan blogspot.

Sebarang kesulitan sejak semalam harap dimaafkan.

terima kasih.

teruskan sokongan anda kepada blog panglima ini.
 
 
 
Since experiencing miss payments domain name then this blog will re-use blogspot.

Please forgive me for any trouble happen since last night .
 
Thank you.

Please continue your support to my blog.

#MH370 : 15 'Trillion Dollar ' Questions For USA

Such questions should not be shot down by those who have a hidden agenda that such queries amount to “conspiracy theories”. Far from being conspiracy theories, we assert that the questions tabled below and the rationale for asking them are well founded and must be addressed by the relevant parties, failing which an inference ought to be drawn that they are complicit in the disappearance of MH 370.
Lets us begin.
1)        Was the plane ordered to turn back, if so who gave the order?
2)        Was the plane turned back manually or by remote control?
3)        If the latter, which country or countries have the technologies to execute such an operation?
4)        Was MH 370 weaponised before its flight to Beijing?
5)        If so, what are the likely methods for such a mission – Biological weapons, dirty bombs?
6)        Was Beijing / China the target and if so why?
7)        Qui Bono?
8)        The time sequence of countries identifying the alleged MH 370 debris in the Indian ocean was first made by Australia followed by France, Thailand, Japan, and Britain via Immarsat. Why did US not offer any satellite intelligence till today?
9)        Prior to the switch of focus to the Indian ocean, was the SAR mission in the South China seas, used as a cover for the deployment of undersea equipment to track and monitor naval capabilities of all the nations’ navies competing for ownership of disputed territorial waters? Reuters as quoted above seems to have suggested such an outcome.





10)     Why was there been no focus, especially by foreign mass media, on the intelligence and surveillance capabilities of Diego Garcia, the strategic naval and air base of the US?
11)     Why no questions were asked whether the flight path of MH 370 (if as alleged it crashed in the Indian Ocean), was within the geographical parameters of the Intelligence capabilities of Diego Garcia? Why were no planes deployed from Diego Garcia to intercept the “Unidentified” plane which obviously would pose a threat to the Diego Gracia military base?
12)     The outdated capabilities of the Hexagon satellite system deployed by the US in the 1970s has a ground resolution of 0.6 meters;  what’s more, the present and latest technologies boast the ability to identify objects much smaller in size. Why have such satellites not provided any images of the alleged debris in the Indian Ocean? Were they deliberately withheld?
13)     On April 6th, 2012, the US launched a mission dubbed “NROL-25” (consisting of a spy satellite) from the Vandenberg Air Force Base in California. The NROL-25 satellite was likely rigged with “synthetic aperture radar” a system capable of observing targets around the globe in daylight and darkness, able to penetrate clouds and identify underground structures such as military bunkers. Though the true capabilities of the satellites are not publicly known due to their top-secret classification, some analysts have claimed that the technology allows the authorities to zoom in on items as small as a human fist from hundreds of miles away. How is it that no imagery of MH370 debris was forwarded to Malaysia, as this capability is not classified though other technologies might well remain classified? (Source: Slate.com)
1
14)     Could it be that the above capabilities were not as touted?
15)     However, in December, 2013, the USAtlas V rocket was launched carrying the spy satellite NROL-39 for the National Reconnaissance Office, an intelligence agency which is often overshadowed by the notorious National Security Agency (NSA), only it scoops data via spy satellites in outer space. The “NROL-39 emblem” is represented by the Octopus a versatile, adaptive, and highly intelligent creature. Emblematically, enemies of the United States can be reached no matter where they choose to hide. The emblem boldly states “Nothing is beyond our reach”. This virtually means that the tentacles of America’s World Octopus are spreading across the globe to coil around everything within their grasp, which is, well, everything (Source: Voice of Moscow). Yet, the US with such capabilities remained silent. Why?

read more : 

Malaysian Airline Flight #MH370: Disappearance of Boeing 777 Made Illuminati Member Jacob Rothschild Sole Owner of Major Semiconductor Patent

 

Malaysian Airline Flight 370: Disappearance of Boeing 777 Made Illuminati Member Jacob Rothschild Sole Owner of Major Semiconductor Patent

read more :

http://au.ibtimes.com/articles/545653/20140329/malaysian-airline-flight-370-disappearance-boeing-777.htm#.UzkDVqLkdy0 

 

before that please read this malaysia language article :



KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 pekerja Freescale Semiconductor merupakan antara penumpang pesawat MH370 Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang dilapor hilang di Laut China Selatan.  

 
Dalam satu kenyataan di sini, syarikat yang berpangkalan di Austin, Texas, Amerika Syarikat itu berkata pekerjanya terdiri daripada 12 warga Malaysia dan lapan dari China.

Menurut syarikat, seluruh komuniti Freescale Semiconductor sedih dengan kejadian berkenaan dan akan terus memantau situasi serta memaklumkan sebarang perkembangan apabila memperolehnya.

"Pada masa ini, kami memberi tumpuan kepada pekerja kami dan anggota keluarga mereka," kata Presiden dan Ketua Pegawai Esekutif Freescale Gregg Lowe dalam kenyataan itu.
 

 "Doa kami untuk semua yang terlibat dalam kejadian tragik ini."

Menurut kenyataan itu, syarikat telah meminta kaunselor dan profesional lain melalui Program Bantuan Pekerja Freescale, memberikan sokongan sepanjang masa kepada mereka yang terbabit dalam tragedi ini ~ Bernama 


Kehilangan mereka adalah satu kehilangan yang amat besar buat firma Freescale itu.. dan ianya hampir menyerupai tragedi terhempasnya pesawat JAL 123 dan ianya mewujudkan satu lagi spekulasi..

Di mana dalam tragedi JAL 123 ianya telah membunuh 17 Jurutera dari satu firma yang membangunkan satu perisian hasil dari kajian seorang Proffesor dari Tokyo University.

Apa yang dibangunkan oleh mereka ialah perisian TRON dimana pada ketika itu TRON didakwa jauh lebih maju dari Google Chrome yang ada pada masa ini.

Ianya adalah percuma dan akan digunakan oleh seluruh sektor awam dinegara Jepun.

Pembangunan perisian tersebut terbantut bilamana seluruh Jurutera yang terlibat terbunuh dalam tragedi itu dan oleh itu Microsoft menguasai pasaran..

Apa yang berbeza antara Jurutera TRON itu dengan pekerja Freescale ini ialah, para Jurutera itu telah terbunuh manakala nasi para pekerja dari Freescale pula tidak diketahui lagi hingga ke hari ini..

Ramai yang tidak tahu bahawa dari 20 orang pekerja Freescale itu 4 orang adalah antara 5 pemegang hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan mereka.

Apa yang hendak di 'patent' kan oleh mereka ialah memaksimakan 'dies' dalam sekeping 'wafer'.

Apake bendanya 'dies' dan apa pulaknya 'wafer'?..

'Dies' adalah litar atau 'circuit' yang dibina di atas 'Wafer', 'Dies' adalah apa terkandung didalam mikrochip.

Bergantung kepada tujuan ianya dibina saiz 'Dies' adalah berbeza antara satu sama lain dan ianya dibina di atas wafer yang diperbuat dari silikon dan seramik.

Oleh itu jumlahnya juga adalah berbeza bergantung kepada saiz 'wafer' yang biasanya bergarispusat 4",6" atau 8.

Dalam setiap 'wafer' biasanya terkandung lebih atau kurang dari 5,000 'dies'.

Kalau tak faham juga tanyalah kawan-kawan korang yang bekerja dalam bidang semikonduktor..

Untuk makluman kebanyakkan peralatan elokronik kini dikuasai atau digerakkan oleh 'dies' yang terdapat dalam mikrochip.

Silicon adalah bahan yang sesuai digunakan untuk membangunkan 'chips' yang advanced dan bahan ini adalah mahal.

Memaksimakan 'dies' di dalam sekeping 'wafer' bermakna memaksimakan keuntungan.

Dalam hal pekerja Freescale Semiconductor of Austin ini pula hakcipta ataupun 'Patent' yang baru didaftarkan itu berada dibawah pegangan 5 individu dengan setiap individu menguasai 20% dari royalti.

Dimana 20% dikuasai oleh Peidong Wang, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% dikuasai oleh Zhijun Chen, juga dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China.

20% dikuasai oleh Zhihong Cheng, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China, 20% Li Ying, dari Freescale Semiconductor of Suzhou, China dan Freescale Semiconductor sendiri 20%..

Jika salah seorang dari di atas terbunuh atau hilang maka ianya tetap akan dibahagikan sama rata.. dan jika empat dari lima itu ternunuh atau hilang maka keseluruhan royalti akan dibayar kepada yang tinggal..

Siapa pemilik Freescale Semiconductor?.. seorang Yahudi yang terkenal,,, siapa dia?.. Jacob Rothschild melalui Blackstone.


Huraiannya…

Rothschild owned Blackstone Group benefits from missing flight 370,


By Shepard Ambellas



AUSTIN — New information, fact checked by Intellihub News, may shed some light on the missing Malaysian Airlines flight which was recently reported by Malaysian officials to have ended tragically in the Indian Ocean despite the lack of physical evidence.



While the disappearance of MH370 which had 239 people aboard is tragic, new bombshell information reveals that a Texas-based technology giant, Freescale Semiconductor Ltd., may have benefited in some way from the missing airliner which was reported to have been carrying 20 of Freescale’s employees.


Although it’s obvious the loss of human life likely saddened employees and co-workers of Freescale, the possibility still remains that higher-ups in the corporation may have benefitted from the event.


“Freescale previously confirmed that the 20 employees — 12 from Malaysia and eight from China — were among 239 people on flight MH370. The company has not released the names of those employees, and again declined to do so on Monday.”, as reported by Brian Gaar, the American Statesman, Mar. 24.



It has also been mentioned in a statement by a company spokesperson that the employees who were aboard MH370, were extremely talented and valuable in the technological field.



Freescale Semiconductor Ltd. is primarily owned by the Blackstone Group, i.e. Lord Jacob Rothschild, the same group responsible for spraying the highly-toxic Corexit 500A into the waters of the Gulf of Mexico in the months following the BP oil spill as reported early on by Intelihub News. Shockingly, we also see the Carlyle Group listed as a secondary investor adding another layer of suspicion for investigators.



The official entry listed under Freescale Semiconductor’s “financials” section on Wikipedia states:



On September 15, 2006, Freescale agreed to a $17.6 billion buyout by a consortium led by Blackstone Group and its co-investors, Carlyle Group, TPG Capital, and Permira. The buyout offer was accepted on November 13, 2006 following a vote by company shareholders. The purchase, which closed on December 1, 2006, was the largest private buyout of a technology company until the Dell buyout of 2013 and is one of the ten largest buyouts of all time.



As a journalist, I have to point out the vast amount of monies invested into this technology firm. It’s not like $17.9B is a drop in the bucket by any means, likely signifying the true importance of this corporation. I also have to question why so many Freescale employees were on the same flight at the same time, as four of them were reported by several sources to have been U.S. patent holders of a new technology. This would likely have been a breach of protocol, but at the least a costly oversight.



In fact it’s been reported that Peid Ong Wang, Suzhou, Zhijun Chen, Suzhou, Zhihong Cheng, Suzhou and Li Ying, Suzhou, Freescale employees from China who were said to have been onboard flight 370, were each 20% holders of U.S. Patent #US008671381B1.



Shockingly, the remaining 20% has been reported to be held by Freescale Semiconductor Ltd., which now after the disappearance of flight 370 becomes the sole patent holder. In laymen’s terms, Lord Jacob Rothschild is now the patent holder by virtue of invested interest into Freescale Semiconductor Ltd.



To bring things further into perspective, putting the icing on the cake, the Rothschild dynasty owns the Malaysian Central Bank which in-turn is heavily invested into the Malaysian government and Malaysian Airlines ~ INTELLIHUB Jadi rasanya tak boleh kita mengenepikan plot jahat Yahudi dan Amerika ni..!


Lu Fikir La Sendiri!!!

Ini adalah dokumen mengenai 'Patent' tersebut..


http://politikputramerdeka.blogspot.com/2014/03/mh-370-lagi-teori-yahudi-yang-perlu.html

Malaysian Airlines Flight #MH370 & Relation With USA - RUSIA - CHINA - IRAN - Dollar Amerika


Very Good Article - #MH370 - USA - RUSIA - CHINA - Dollar Amerika



Please use translator to read this article...





Oleh : Imran Haaz

Bismillahir Rahmanir Raheem..

3 bahagian perkara yang mungkin akan berlaku ke atas negara ini.

Pertama, usaha perubahan rejim akan dijalankan. Jika gagal, perkara kedua akan dilaksanakan.

Perkara Kedua, sebaik usaha perubahan rejim untuk mengangkat boneka dinilaikan sebagai gagal untuk dijalankan, satu bentuk false flag akan dijalankan. Jika ini turut gagal untuk memaksa dasar pro Amerika di dalam negara, maka pilihan ketiga akan dijalankan dirantau ini.

Ketiga, meletuskan perang setelah kekuatan China dinilaikan Berjaya diruntuhkan sedikit-demi sedikit melalui Modus Operandi yang sama dengan cara yang digunakan untuk meruntuhkan Kesatuan Soviet satu ketika dahulu.

Sentiasa saya tegaskan berkali-kali bahawa kehilangan MH370 tidak dapat dipisahkan dari isu perubahan rejim pemerintahan Malaysia, penguasaan Selat Melaka, kedudukan Malaysia sebagai Ring og Pearls China, serta perkembangan yang sedang berlaku di Ukraine.

Apa hubungkaitnya dengan krisis Russia-Ukraine-US?

Pada Mei 2013, satu kertas kerja telah dibentangkan di Sidang Kemuncak BRICS, di Durban. Kertas kerja yang membentangkan agenda Russia untuk memperkukuhkan kesepakatan ekonomi negara-negara BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan) bagi menangani asakan ekonomi Amerika dan Euro.




Antara perkara berani yang dibentangkan ialah :

1. Pemansuhan penggunaan Dollar sebagai matawang dagangan untuk urusniaga minyak antara negara BRICS + Iran + Venezuela.

2. Memperkenalkan satu matawang yang akan digunakan secara bersama dalam urusan urusniaga minyak.

3. Memperkenalkan serta mempromosikan kedua dasar di atas untuk digunakan secara meluas di dunia.

Sergei Glaziev, pemikir ekonomi dibelakang penubuhan Eurasian Union, telah mengajak Russia melakukan satu anjakan kepada perubahan sistem ekonomi baru yang lebih kukuh, stabil dan kuat. Glaziev menempelak sistem ekonomi yang diamalkan oleh Amerika dan sahabat mereka di Eropah yang menggunakan sistem riba secara melampau untuk menampung piramid-piramid hutang dan dalam masa yang sama menjajah dunia melalui hutang-hutang yang diberikan. Glaziev menyatakan, sistem hutang dengan riba yang tidak masuk akal ini, memenjarakan setiap pihak yang berhutang di dalam satu putaran hutang yang tidak akan habis. Ianya melumpuhkan keupayaan kewangan pihak yang berhutang sehingga akhirnya asset-aset milikan mereka dirampas. Beginilah cara sistem ekonomi barat menjajah dunia tanpa perlu mereka mempunyai wang dan keupayaan kewangan untuk mendapatkan sebarang pemilikan. Dengan mempunyai pihak yang berhutang dengan mereka, mereka menjual hutang tersebut sebagai satu lagi bentuk hutang dan menggandakannya dengan sistem yang tidak bersandarkan sesuatu yang realiti.

Semua ini perlu dihentikan menurut Sergei Glaziev. Lalu beliau mencadangkan agar Russia mengetuai dunia untuk melakukan satu perubahan drastik. Cadangan drastik ini termasuklah membuang amalan menggunakan Dollar Amerika di dalam urusniaga minyak antara negara-negara bersekutu dengan mereka. Tiada siapa pernah berani mencadangkan perkara demikian rupa kecuali Tun Dr. Mahathir sepuluh tahun lebih awal daripada Glaziev. Yang membezakan Tun Dr. Mahathir dengan Glaziev ialah, Tun Dr. Mahathir merupakan seorang pemimpin berfikiran jauh dari sebuah negara kecil tanpa kekuatan tentera untuk memastikan setiap apa yang diutarakan dapat dijalankan tanpa perlu takut dengan ugutan negara kuasa besar. Tetapi beliau tidak pernah takut untuk mengutarakan idea tersebut berulang kali.



Berbeza dengan Sergei Glaziev yang menjadi penasihat ekonomi kepada sebuah kuasa besar dunia. Sebuah negara yang dikatakan oleh jurucakap media mereka sebagai berkemampuan untuk menukarkan Amerika Syarikat dari sebuah negara kepada lebuan radioaktif yang beterbangan di udara. Russia sebuah negara dengan keupayaan nuclear yang hebat dan kemampuan keupayaan perang yang digeruni.

Apabila Sergei Glaziev mengutarakan idea tersebut, dia menyatakan bahawa ini merupakan jalan perubahan ekonomi yang bakal mengundang risiko retaliasi termasuk sehingga mencetus sebuah perang yang besar.

Russia tidak akan bertindak sedemikian jika Washington tahu berpegang kepada janjinya 30 tahun dahulu kepada Gorbachev. 30 tahun dahulu, Washington telah berjanji untuk tidak mengganggu blok negara Eropah Timur supaya menjadi sebahagian daripada negara NATO.

Tetapi, sepertimana Uncle Sam yang biasa, satu persatu negara Eropah Timur ditarik masuk ke dalam NATO. Malah tentera-tentera NATO sudah pun mula ditempatkan pada sebahagian Ukraine ketika krisis ekonomi Ukraine mula memuncak.

Washington menyedari Russia sedang cuba mengumpulkan kekuatan lamanya kembali. Jika dahulu, melalui Warsaw Pact, Russia diperkukuhkan sehingga menjadi satu blok ekonomi yang memberi saingan kepada Amerika dan Eropah. Lalu, satu persatu tiang sokongan Russia di dalam Warsaw Pact ini diruntuhkan sehingga kejatutah Kesatuan Soviet berlaku pada 1991. Melalui dasar Perestroika dan Glasnost, Gorbachev merosakkan kekuatan Kesatuan Soviet dengan anai-anai yang kemudiannya menamatkan era Perang Dingin antara Amerika dan Russia.

Lewat beberapa tahun ini, Washington melihat Russia sedang mengumpulkan kekuatannya kembali. Eric Margiolis, melalui kolumnya yang disindiketkan kepada akhbar the Sun menyatakan bahawa Russia sedang menjalankan Ancshluss (penggabungan) secara senyap. Pungutan suara yang memasukan Crimea ke dalam Russia menunjukkan bahawa Ancshluss itu benar-benar kini sedang berlaku tanpa diselindungkan.

Bermula 2013, Russia cuba memperkukuhkan ekonomi negaranya dan membersihkan pemimpin politik serta golongan oligarki daripada golongan yang senang diugut oleh negara barat. Vladimir Putin telah memperkenalkan dasar anti-dana pesisir (Anti-offshore) bagi membersihkan negaranya daripada kelompangan yang boleh menyebabkan golongan politikus dan oligarki menjadi mangsa ugutan barat. Dalam masa yang sama dasar anti-offshore tersebut akan mengembalikan sebahagian besar dana milik orang Russia di luar pesisir kembali untuk mengukuhkan ekonomi Russia. Pada mula dasar ini diperkenalkan, golongan mewah, politikus dan oligarki Russia dipujuk untuk membawa masuk dana kembali secara sukarela. Tetapi, ramai yang tidak mengendahkannya sehinggalah berlaku krisis ekonomi di Greek dan Cyprus. Keruntuhan Ekonomi Cyprus menjadi titik tolak kepada kejayaan Putin untuk menggalakkan dasar Anti-pesisir untuk ditegakkan di dalam negara.

Cyprus merupakan antara negara luar pesisir di mana ramai golongan kaya Russia menyimpan kekayaan mereka. Apabila berlaku masalah ekonomi sehingga memaksa kerajaan Cyprus mengambil harta-harta yang disimpan untuk menghidupkan ekonomi mereka kembali, kerajaan Russia berlepas diri daripada membantu golongan rakyatnya yang menyimpan kekayaan di luar Russia. Dari cara pujukan, ia kemudiannya dijadikan undang-undang dengan mengharamkan mana-mana golongan politik dan oligarki untuk mempunyai apa-apa kepentingan perniagaan serta simpanan dana di luar pesisir. Kembalinya dana-dana milik Russia dari luar, maka ekonomi Russia mula dipekukuhkan. Kita akan segera teringat dengan tindakan yang sama dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir bersama Tan Sri Mohd Nor Yaacop, apabila negara menghadapi krisis matawang pada 1998. Tahun yang sama boneka dan kolum kelima yang dipasang Amerika untuk membuat perubahan rejim gagal mencapai matlamat.

Vladimir Putin mempunyai sokongan yang kuat dan kukuh di Russia biarpun Washington cuba memasang kolum kelima dan membiayai puak-puak penentang untuk menggugatkan pemerintahannya. Dasar Anschluss menyebabkan Wahinton tidak senang duduk. Apabila mereka mengganggu kecenderungan sokongan politik di Ukraine, Russia sudah mentafsirkan tindakan Uncle Sam tersebut sudah melampaui batas yang sepatutnya dihormati sejak 30 tahun dahulu. Tiada guna untuk berdialog dengan Amerika. Vladimir Putin mengarahkan tentera Russia untuk segera masuk ke dalam Crimea untuk menunjukkan tahap seriusnya Russia dalam mempertahankan rakan-rakan sekutunya daripada jatuh ke dalam perangkap Washington dan Nato. Vladimir Putin menendang maruah Amerika dengan penuh bergaya.

Tetapi Washington, salah sebuah negara Yakjuj dan Makjuj, masih bijak memanipulasi keadaan. Perhatikan kini mereka sedang berusaha memencilkan sokongan ke atas Russia dengan cuba menggunakan prinsip 'Enemy of my enemy is my friend'. Mereka kini sedang cuba memencilkan China daripada menyokong Russia di dalam isu di Crimea. Orang Islam dengan matahati yang terang akan segera sedar permainan mereka di sini. Walaupun Amerika cuba menggunakan prinsip 'Enemy of my enemy is my friend', kita melihat cara mereka mendekati China ialah dengan menggunakan prinsip dalam pepatah Klingon sepertimana yang pernah digunakan di dalam filem Star Trek, 'Enemy of my enemy is the enemy I killed last'.

Bagaimana mereka melakukannya? Masih ingat dengan peristiwa pembunuhan beramai-ramai di stesen keretapi di China dua minggu lepas? Puak pemisah Uighur telah dituduh sebagai bertanggungjawab dalam peristiwa tersebut. Seluruh negara China sekarang ini berada di dalam satu bentuk sentimen membenci orang Islam kerana 'perbuatan etnik Uighur di stesen keretapi tersebut'. Tahukah sahabat-sahabat pengunjung blog satuhala ini, bahawa apa yang berlaku di stesen keretapi tersebut adalah satu skrip berulang dengan tempoh masa yang hampir sama sepertimana yang Amerika pernah gunakan satu ketika dahulu sebelum menjajah Afghanistan? Mari kita lihat persamaannya.

Dua minggu sebelum Amerika melancarkan perang ke atas Afghanistan, mereka telah mengirimkan dua orang wartawan yang dikatakan mewakili National Geographic untuk membunuh Ahmad Shah Masood. Ahmad Shah Masood ialah pemimpin golongan mujahidin Pakatan Utara yang digelarkan sebagai Singa Panjsher. Allahyarham tidak pernah mengizinkan mana-mana wartawan menemubual dirinya kecuali oleh dua wartawan tersebut. Apabila sesi temuduga tersebut dijalankan, sebutir bom yang diletakkan di dalam kamera salah seorang wartawan tersebut telah diletupkan.

Pakatan Utara sebelum daripada itu telah mencapai satu perjanjian damai dengan puak Taliban supaya pihak mereka tidak bertembung dan berperang sesama sendiri. Tetapi peristiwa letupan bom ini mengejutkan pihak Pakatan Utara. Amerika segera mencadangkan kepada dunia melalui salakan anjing-anjing di dalam media mereka bahawa Puak Taliban yang membunuh Ahmad Shah Masood. Oleh kerana majority daripada penduduk Afghanistan tidak berminat untuk membaca dan meneliti berita, sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia, maka fitnah itu kemudiannya dikipaskan dengan deras. Hasilnya, Pakatan Utara mengangkat senjata kembali dan memulakan perang mereka dengan golongan Taliban. Selang beberapa minggu selepas itu, Amerika melancarka perang ke atas Afghanistan dengan membantu Pakatan Utara untuk berperang bagi pihak Amerika dengan menundukkan Taliban di beberapa kawasan.

Itulah juga modus operandi yang sedang dijalankan sekarang ini. Setelah mengejutkan negara China dengan berita pembunuhan warga mereka dan menuduh puak pemisah Uighur yang beragama Islam melakukannya, maka mereka telah menyediakan rakyat China dengan satu bentuk sentiment membenci kepada orang Islam. Apa yang mereka perlukan sesudah itu ialah satu lagi bentuk percikan api yang menyebabkan China mengambil sikap anti Islam yang Amerika harap-harapkan. Disinilah sebahagian cerita MH370 bermula.















Buku Bertajuk The Writing On The Wall : Why We Must Embrace China As
A Pertner or Face It As An Enemy. Bukankah ia senada dengan apa yang
dicadangkan Rupert Murdoch baru-baru ini selepas MH370?



Bunuh Seribu Ekor Burung Dengan Sekali Lastik:

Ingat timeline yang telah saya berikan pada 2013? Sebaik masa depan politik boneka yang ditaja mereka selama 4 dekad dimatikan, maka satu operasi False Flag akan dijalankan segera bagi merejuvenasikan harapan penguasaan mereka ke atas Selat Melaka, Malaysia dan seterusnya melumpuhkan China.

Ingat prinsip pepatah watak Klingon? The enemy of my enemy is the enemy I'll last. Malaysia telah lama mengambil pendekatan tidak terlalu mesra Amerika. Malah Tun Dr. Mahathir telah berkali-kali mencadangkan bahawa untuk melumpuhkan Amerika, maka Dollar itu perlu dilumpuhkan. Untuk melumpuhkan Dollar, maka jalan termudah ialah dengan menghentikan penggunaannya dalam urusniaga jualan minyak dunia. Bersama Dr. Mahathir, cadangan tersebut kekal sebagai cadangan yang menyedarkan ramai pihak mengenai cara untuk melemahkan hegemoni Amerika.

Selat Melaka dan negara String of Pearls kepada China terutamanya Malaysia perlu dikuasai untuk menghalang kuasa China daripada terus memberi ancaman kepada Amerika dan dalam masa yang sama China akan disibukkan dengan isu sentiment rakyatnya yang semakin membenci orang Islam kerana dua peristiwa besar yang berlaku. Satu, pembunuhan di stesen keretapi. Kedua, isu MH370.

Isu di Crimea juga sedang dipotretkan sebagai pertembungan antara orang Islam Crimea dengan pihak berkuasa Russia.

Malaysia pula sedang ditekan dengan bersungguh-sungguh oleh media antarabangsa dan dipotretkan sebagai tidak cekap dalam menangani isu kehilangan MH370. Mereka mahu memaksa campurtangan pihak Amerika di dalam perkara ini. Mereka tidak akan berdiam diri sehingga mereka dapat menembus masuk untuk memainkan peranan 'pencuri mencari barang yang dicurinya'.

Apabila China disibukkan dengan masalah MH370, dan Selat Melaka kini dipenuhi dengan kapal-kapal perang pro Amerika, sebarang bantuan ketenteraan kepada Russia dari China sekiranya krisis di Crimea meletuskan perang besar akan berjaya dihalang.

Saya telah nyatakan di dalam penulisan pada 2013, bahawa prinsip serta modus operandi yang digunakan oleh Amerika untuk melumpuhkan Russia ala Warsaw Pact diruntuhkan, akan digunakan sekali lagi. Ini termasuklah manipulasi harga minyak dunia supaya ia jatuh sepertimana ia dijatuhkan pada 1985 dahulu.

Amerika sedang mengugut Russia dengan sekatan ekonomi. Russia membalas ugutan tersebut dengan menjual Dana Treasury Amerika sebanyak US 104.6 Billion sehingga menyebabkan Treasury Amerika merudum jatuh.




Amerika membalas dengan mengeluarkan simpanan minyak sebanyak 5 juta tong daripada Strategic Petroleum Reserve (SPR) mereka untuk melumpuhkan ekonomi Russia. Sama sepertimana yang telah saya jelaskan pada 2013 bahawa inilah perkara yang akan terjadi.
Berikutan itu, Russia sudah bertekad mahu melancarkan serangan ke atas petrol dollar dengan mengajak negara BRICS + Iran + Venezuela untuk mengenepikan Dollar dalam urusniaga minyak mereka. Ini adalah ancaman terbesar selepas ancaman Nuklear ke atas Amerika. Sebuah senjata untuk melumpuhkan Uncle Sam sebagaimana diilhamkan Tun Dr. Mahathir.

Apakah kita fikir Uncle Sam akan berdiam diri sekiranya salur nafas mereka dicekik Russia? Dengan Kolum kelima di dalam negara, apakah kita rasa kita sudah sedia selamat dengan isu demi isu yang terjadi? Masih ingat dengan peristiwa sebuah kapal Amerika tersangkut pada terumbu karang di Filipina sebelum serangan Lahad Datu berlaku? Beberapa bulan sebelum serangan itu berlaku, saya sudah memberikan amaran bahawa saat genting itu akan sampai ke negara ini jika kita berterusan berpecah belah.

Begitu juga apabila saya memberi amaran bahawa tahun-tahun tanpa hujan akan datang pada tahun lepas sebelum kita dihidangkan dengan kemarau yang panjang baru-baru ini.
Bukankah saya sudah nyatakan bahawa false flag seperti ini akan berlaku sejak setahun lalu? Bukankah saya juga telah menyeru supaya kita semua bersatu sebagai satu umat Islam yang teguh, kerana hanya dengan cara itu sahajalah imuniti yang telah Allah berikan kepada kita supaya kita tidak akan dimusnahkan oleh mana-mana musuh dari luar? Tetapi kenapa seruan bersatu itu sentiasa disambut dengan cemuhan, makian dan penghinaan?

Kenapa masih mahu bergaduh sesama Islam? Masih tidak mahu bersatu kerana merasakan diri lebih maksum daripada orang lain.. Brader.. sudah-sudahlah.. jam kemusnahan sudah berdetik. Mereka sudah berpijak di bumi Iraq, Afghanistan, Libya, Palestin, Syria, Afrika Tengah, Myanmar dan mereka sedang mengetuk pintu kita? Tidak terdengarkah ada pihak dengan pedang penyembelih sedang mengetuk pintu dengan kuat?

Bersatu.. nescaya kita selamat atas izin Allah.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari 'Amir bin Sa'ad seperti berikut :

Dari 'Amir bin Sa'ad, dari bapanya r.a. katanya, "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. datang dari daerah perbukitan. Ketika beliau sampai di Masjid Bani Mu'awiyah beliau masuk ke masjid lalu solat dua rakaat. Kami pun solat bersama-sama dengan beliau. Beliau mendoa kepada Tuhan panjang sekali. Setelah mendoa beliau berpaling kepada kami lalu bersabda, "Aku memohon kepada Tuhanku tiga perkara. Dia memperkenankan dua perkara dan menolak satu perkara. Aku memohon kepada Tuhanku supaya jangan membinasakan umatku dengan musim susah yang panjang, maka diperkenankan. Aku memohon supaya jangan dimusnahkan umatku dengan bencana tenggelam, permohonanku itu juga diperkenankanNya juga. Aku memohon supaya umatku jangan dibinasakan kerana pertentangan sesama mereka. Permohonan ini tidak diperkenankan." (Hadis Riwayat Muslim)

Begitu juga dengan hadis di bawah ini.

Dari Tsauban r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah Ta'ala memperlihatkan kepadaku bumi secara keseluruhan, sehingga aku dapat melihat bumi sebelah Timur dan Barat. Dan sesungguhnya kekuasaan umatku akan sampai keseluruh tempat yang Allah Ta'ala tunjukkan kepadaku. Kepadaku diberikan dua macam perbendaharaan, yaitu merah dan putih. Aku memohon kepada Tuhan untuk membantu umatku agar mereka tidak dibinasakan oleh kekuatan asing selain oleh diri mereka sendiri, sehingga kekuasaan mereka menjadi hancur luluh. Tuhanku berfirman, "Ya, Muhammad! Apabila aku sudah memutuskan suatu putusan, maka putusan-Ku tidak dapat diubah lagi. Aku memperkenankan doamu untuk umatmu, bahawa mereka tidak akan binasa dengan musim susah yang panjang. Dan bahawa Aku tidak akan menjajahkan kepada mereka suatu kekuatan musuh selain selain diri mereka sendiri sehingga kekuatan mereka hancur luluh, sekalipun musuh-musuh mereka bersatu mengelilingi, kecuali bila sebahagian mereka membinasakan sebahagian (yang lain) dan mereka saling tawan menawan." (Hadis Riwayat Muslim)

Wallahua'lam..


Bacaan Tambahan :
1.http://www.testosteronepit.com/home/2014/3/15/kremlin-if-the-us-tries-to-hurt-russias-economy-russia-will.html
2.http://voiceofrussia.com/2013_01_18/The-world-is-in-a-state-of-financial-war-Russian-presidential-advisor/
3.http://www.testosteronepit.com/home/2014/3/10/from-now-on-no-compromises-are-possible-for-russia.html

sumber http://satuhala.blogspot.com/http://akhzaman.blogspot.com/2014/03/mh370-usa-dan-dollar.html?m=1

29 Mac 2014

Blog Anak Seberang: Keputusan terkini #PRKBalingian - Tidak Rasmi - BN Mendahului





5.39 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Petanak;
Jumlah Pengundi: 962 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 705 orang (73.28%)
Undi BN: 640 undi
Undi PKR: 57 undi
Undi Rosak: 8 undi
BN menang majoriti 583 undi

5.25 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Suyong;
Jumlah Pengundi: 676 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 499 orang (73.82%)
Undi BN: 423 undi
Undi PKR: 73 undi
Undi Rosak: 3 undi
BN menang majoriti 350 undi

5.23 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Litong;
Jumlah Pengundi: 1,059 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 795 orang (75.07%)
Undi BN: 727 undi
Undi PKR: 61 undi
Undi Rosak: 7 undi
BN menang majoriti 666 undi

5.18 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Bedengan;
Jumlah Pengundi: 401 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 291 orang (72.57%)
Undi BN: 235 undi
Undi PKR: 51 undi
Undi Rosak: 5 undi
BN menang majoriti 184 undi

5.10 petang – Keputusan tidak rasmi PDM Balingian;
Jumlah Pengundi: 611 pengundi
Jumlah Keluar Mengundi: 412 orang (67.43%)
Undi BN: 328 undi
Undi PKR: 81 undi
Undi Rosak: 3 undi
BN menang majoriti 247 undi
http://panggungopera.blogspot.com/2014/03/keputusan-terkini-prk-balingian-bn.html?m=1


Sent from my iPhone

Video Terbaru @Youtube : Raja Bomoh VIP Dirakam Buat Upacara Doa Untuk Penemuan Mayat #MH370



28 Mac 2014

@Youtube : Raja BOMOH VIP Kecewa @anwaribrahim Lupa Jasa Beliau Jaga @DrWanAzizah dan Dedah Bukti Bergambar




Suara TV – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin jelas kecewa dengan kenyataan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengkritiknya seolah-olah tidak pernah kenal dengannya.
Menurut pengamal perubatan tradisional itu, Anwar pernah memintanya agar menjaga Wan Azizah Ismail sekiranya berlaku sesuatu ke atas dirinya.

“Masa itu saya pernah jumpa di pejabat beliau (Anwar), beliau pernah berkata kepada saya. Datuk kalau terjadi apa-apa dalam penentangan saya ini… Datuk tolong jaga Isteri saya. Saya kata Insyallah.

“Sebab pada masa itu, parti Keadilan menang satu kerusi sahaja di Permatang Pauh. Jadi pada masa itu, Wan Azizah selalu kena buli dekat Parlimen. Jadi Pak Sheikh suruh saya jaga isteri dia. Datuk tolong tengok-tengok (kata Anwar).

“Jadi saya jagalah isteri dia kalau orang nak buat tak tentu (khianat). Macam mana dia boleh kata tak kenal?” jelas Raja Bomoh itu ketika ditemui baru-baru ini.
Anwar Ibrahim sebelum ini menghentam hebat Raja Bomoh itu dan menggelarnya sebagai Bomoh 1Malaysia.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa agar siasatan segera dijalankan terhadap Ibrahim kerana melakukan ritual di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), bagi membantu menjejak kehilangan pesawat MH370.

“Saya nak tahu siapa yang suruh, siapa yang membayar mereka, siapa yang membenarkan? Apakah ini bomoh ’1Malaysia’?” ujar beliau ketika membahaskan titah ucapan Diraja ketika Sidang Dewan Rakyat baru-baru ini.
Tidak cukup dengan itu, Anwar turut secara sinis mengatakan Ibrahim sebagai ‘Bomoh bubu’ dan baling kelapa ketika berceramah di Kajang.

Mengulas lanjut, Ibrahim turut mendakwa telah berkhidmat hampir 8 bulan untuk menjaga isteri Anwar itu tanpa mengambil sebarang bayaran.

“Jadi lebih kurang saya selalu bantu isteri dia lebih kurang 8 – 9 bulan. Sebab dia seorang perempuan dalam parti pembangkang. Takut orang tolak isteri dia kat lif atau takut orang buat tak tentu.
“Saya selalu bersembang dengan dia (Wan Azizah). Buktinya saya panggil orang ambil gambar dan menjaga (Azizah) seperti keluarga (untuk) tolong dia (Anwar).

“Saya tak terima apa-apa bayaran, saya ikhlas nak tolong. Tetapi lepas itu banyak tohmahan kepada saya, mengatakan Datuk orang Keadilan, mengata saya mengganggu isteri Pak Syeikh (Anwar). Saya panggil dia Pak Syeikh. Tapi tidak, kerana Allah saya menjaga (agar) jangan terjadi apa-apa.
Ibrahim turut menyifatkan Anwar sebagai ‘kacang yang lupakan kulit’ walaupun beliau sebelum ini ikhlas berbakti untuk Anwar atas dasar persahabatan.
 

Himpunan Reformasi 2.0 dihadiri @anwaribrahim Di Kelantan Malam Ini Guna nama @NikAbdulAziz Ketepi MB Ust Mad ?

Agak ganjil membaca berita dan berharap sesiapa dapat sahkan adakah sudah ada permit atau tidak perhimpunan ini.

Selepas gagal di Kajang pihak PKR nampaknya cuba mencari sisa-sisa penyokong mereka yang semakin hilang kerana kecewa melihat penipuan demi penipuan dilakukan oleh ANWAR, termasuk Wan Azizah.

Terbaru penafian mereka mengenali pilot MH370 kapten Zaharie akhirnya ditukar kepada pengakuan bahawa mereka sebenarnya mengenali beliau. Namun penipuan ini gagal disedari pengundi Kajang sehingga mereka tetap tegar memilih Wan Azizah juga sebagai wakil mereka. Jangan kata penipu habuan

 
Selain itu nampak agenda mengangkat nama Nik Aziz apabila nama beliau diletak lebih tinggi dari nama Menteri Besar Kelantan dalam iklan akhbar Sinar Harian edisi Kelantan di atas.

Sepatutnya kedudukan Ust Ahmad sebagai MB perlu dihormati penganjur dan kita nampak ia seperti taktik untuk merendahkan MB Kelantan yang semakin mesra dengan Kerajaan Persekutuan demi kebaikan rakyat sekelian - Panglima Perang Cyber



Video @YouTube MYKMU - Parlimen : @Anwaribrahim “Nyanyuk” Bila Kata Saya Menteri Pertahanan – @Zahid_Hamidi | AIDC


Berita ANWAR desak Zahid Hamidi letak jawatan :




Artikel AIDC :

AIDCNews – 27/3/14 – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,67, adalah seorang 'nyanyuk' apabila menyatakan jawatannya sebagai Menteri Pertahanan.

Bercakap dalam sidang Parlimen semalam, Ahmad Zahid dilaporkan mykmu.net telah menasihati Anwar agar berhenti bermain politik dalam hal membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman negara.

"Perkara keselamatan jangan dicampuradukkan dan saya fikir perkara-perkara seperti ini jangan dimainkan sentimen masyarakat umum keseluruhannya.

"Soal keselamatan adalah (untuk) semua," katanya.

Share
63
Twitter
24
Email



Link : http://www.anwaraidc.com/?p=45385


Sent from my iPhone