Bagi membuktikan kaitan DAP dengan kongsi gelap Cina yang kontrol judi pelacuran dan gangster maka disalin kembali artikel blog di bawah untuk rujukan pembaca.
Kerana itu DS Zahid Hamidi tidak pelik dikecam oleh Malaysiakini dan The Malaysian Insider dengan berbagai tuduhan isu surat beliau kepada FBI walhal ia bukan ada sesuatu yang pelik pun di dalam kandungannya.
Penjelasan demi penjelasan tidak mematahkan serangan DAP kerana mereka barangkali sudah diberi arahan untuk membalas dendam menghapuskan imej Zahid Hamidi yang gigih menentang judi pelacuran maksiat dan gangster melalui pasukan STAFOC STING dan terbaru STAGG.
Selagi Zahid menjadi Menteri selagi itu mereka akan kerugian bila kegiatan mereka sukar dijalankan dan pegawai polis juga tidak lagi mahu menerima suapan seperti sebelum ini.
Oleh sebab itu serangan bertali arus ditujukan kepada Zahid dan hanya beliau sahaja diserang bertubi-tubi tanpa ada yang mahu membela tindakan beliau walaupun sudah terbukti kejayaan pasukan khas polis membanteras judi jenayah pelacuran menerima pujian melangit rakyat.
Artikel dimaksudkan seperti di bawah :
DAP pada tahun 2008, apabila menang PRU 12 di Pulau-Pinang, telah menjadikan Red Rock Hotel yang terletak di Jalan Macalister sebagai kubu kuat mereka dan juga disitulah DAP Penang telah bertapak dengan Pusat Gerakan War Room mereka terdapat di Hotel tersebut. Red Rock Hotel adalah kepunyaan dua orang "Gangster" Cina yang bernama - Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng.
Mereka berdua ini adalah daripada kumpulan kongsi gelap - Hung Mung yang bermakna "Pintu Merah"...Lazimnya, jika ahli kongsi gelap Cina ingin membuat perniagaan yang sah maka mereka akan masuk dalam bidang "construction". Maka selepas Pulau-Pinang berjaya ditawan DAP atas sokongan undi dari orang-orang Melayu PAS dan PKR....maka habuan yang diberi kepada Loh Lam Peng dan Loh Nam Seng oleh kepimpinan DAP adalah dengan diberi projek-projek "construction" di seluruh Pulau-Pinang kepada syarikat "construction" milik Loh bersaudara ini yang diberi nama - Red Rock Constrcution Sdn Bhd.
Di sinilah terdapat - pusat-pusat hiburan Aboo Siti Lane yang terkenal dengan disko-diskonya yang lebih hebat dari Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Selain dari disco, terdapat juga perkhidmatan seks kira jam bagi pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke pusat-pusat hiburan di sini.
Dengan penglibatan Low Eng Hock dari Ivory Property, maka Red Rock Construction Sdn Bhd juga akan berkesempatan meluaskan perniagaan mereka yang HARAM dan HALAL apabila orang-orang Melayu Islam memberi sokongan kepada DAP menerusi PAS dan PKR.....Maka segala macam FASAD (pencemaran) akan berlaku apabila TEROWONG RM 8 billion dibina dan ianya menguntungkan syarikat yang depannya BUMIPUTERA tetapi hakikatnya dikawal oleh gangster gangster Cina seperti Loh Lam Peng dan Loh Lam Seng....
Atas bantuan kerajaan DAP maka kini Red Rock Construction Sdn Bhd pula diberi peluang bagi membina projek-projek mewah yang tidak mampu dibeli oleh orang-orang Melayu Islam di sekitar Logan Road.Inilah hakikat sokongan orang-orang Melayu Islam PAS dan PKR kepada DAP P.Pinang dimana kita menang sorak tetapi malangnya, kampung, maruah agama dan bangsa telah tergadai. Wahai orang-orang Melayu Islam di Pulau Pinang, bangun dan sedarlah !
Sent from my iPhone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan