Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Januari 2015

Kes Altantuya: Azilah dan Sirul dihukum mati




NORLIZAH ABAS DAN NORAZLITA MOHD. SIES | 13 Januari 2015 10:16 AM

113 0 Google +0


CIF Inspektor Azilah Hadri (kiri) dan Koperal Sirul Azhar Umar (kanan) yang di tuduh membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu diiringi anggota polis ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. - Gambar fail UTUSAN 2009.



Advertisement




PUTRAJAYA 13 Jan. - Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar bersalah dan disabitkan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.


Mereka berdua dihukum gantung sampai mati.

Mahkamah juga mengeluarkan waran tangkap terhadap Sirul Azhar selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah ekoran kegagalan anggota polis itu hadir ke mahkamah hari ini.

Keputusan itu mula dibacakan pada pukul 9.30 pagi tanpa kehadiran Sirul Azhar.

Azilah, 39, dan Sirul Azhar, 44, dituduh membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang, Selangor.

Kedua-duanya yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman ketika kejadian itu berlaku menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Bekas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, 51, yang pada mulanya didakwa bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim bersidang bersama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong; Tan Sri Ahmad Maarop serta Tan Sri Suriyadi Halim Omar. - UTUSAN ONLINE

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/mahkamah/kes-altantuya-azilah-dan-sirul-dihukum-mati-1.47489#sthash.1SepzIpn.dpuf

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate