Pengikut Blog Panglima

Translate

Video Pilihan

13 Januari 2015

Kesilapan Demi Kesilapan Menteri dalam Negeri @Zahid_Hamidi @KdnPutrajaya Tubuh STAFOC STING STAGG @pdrmsia CC @NajibRazak


Isu surat Zahid kepada FBI makin panas.... Terbaru mendapat reaksi TPM. Hasil lontaran soalan wartawan Malaysiakini.



Bukan hari ini Malaysiakini memutar belit berita untuk kepentingan musuh negara. Banyak pembohongan telah dilakukan sekaligus menimbulkan keraguan kepada kita untuk mempercayai berita mereka.

Lihat berita di sini http://klxpress.com.my/?p=16012 



dan sini 



Silap DS Zahid Hamidi kita lihat kerana berani sangat nak banteras Gangsterisme Judi Dadah Dengan tubuh pasukan STAGG STAFOC STING. 

(Untuk makluman Unit khas STAFOC ditubuh 1.1.2014 diikuti STING pada 30.1.2014 dan STAGG pada 7.12.2014) 





Menariknya Isu surat FBI untuk mengaitkan Menteri Dalam Negeri DS Dr Ahmad Zahid Hamidi bermula Januari 2015 genap setahun selepas pasukan taktikal khas ini ditubuhkan. Selepas serbuan demi serbuan digerakkan membanteras kegiatan haram penjenayah di negara kita.

Masa Ops Cantas ramai telah lari keluar negara buang tatoo. Mereka ini geng underworld yang pegang kedai judi kedai urut kelab malam dll. Mereka ini yang berdendam dan mereka juga dikatakan baik dengan pembangkang khasnya DAP.


dan 


Harap kalau takut diserang Malaysiakini The Malaysian Insider boleh berhenti berperang dengan kongsi gelap dan memilih makan duit rasuah mereka...hujung tahun boleh bawa anak bini ke luar negara. 

Kalau mahu selamat dan mahu jadi PM jangan buat silap mcm Zahid Hamidi. 

Lebih silap bila dia yang merupakan anak tokoh agama dan banyak terlibat projek Quran dan Tahfiz selain berucap bersemangat dengan keras mahu ahli-ahli Unno menegakkan empat tiang perjuangan Umno. Iaitu Islam Raja Bangsa dan Bahasa.

Kesilapan Zahid ini sepatutnya tidak berlaku jika beliau bercita cita mahu jadi Perdana Menteri. Kan senang jika beliau hanya berlakon banteras jenayah tentu tidak sakit dihentam segenap penjuru isu surat ini.

Sekarang Malaysiakini makin ganas menyerang dengan membuat TPM menjawab isu surat beliau kepada FBI.

Tidak cukup dengan isu lain Malaysiakini tajaan George Soros ini terus menekan dan menghentam beliau. Anda boleh taip nama Zahid Hamidi dan Paul Phua untuk lihat bagaimana isu ini dimainkan.

Silap lagi bila Zahid juga tidak memelihara ramai cyber-trooper untuk pertahan beliau dan menyebar gambarnya berselfie ketika menemui rakyat. Nak tunggu pejuang siber yang ikhlas di akhir zaman ini rasa umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Silap Zahid antara lain juga kerana tak pandai beri projek kepada Ketua Bahagian untuk pertahan beliau. Kalau tidak tentu ramai akan bangkit buat kenyataan media membela beliau.

Silap beliau paling besar ialah Zahid tidak berani nak terima duit Tauke Judi Tauke Pelacuran Tauke Disko untuk biayai politik beliau.

Tolong pemimpin-pemimpin UMNO jangan buat silap macam Zahid jika jadi Menteri dalam Negeri !!!


Isnin 12.1.2015




Sent from my iPhone

Tiada ulasan:

Cari Blog Ini

Translate